Monday, February 28, 2011

Sinopsis Novel 'Pergilah Sepi'

"Bila Kegirangan singgah di hati, kesepian terus berlalu pergi"

Sinopsis oleh : aznanie
Andai jodoh bukan suatu ketentuan, pasti Afiqah mampu menolak kehadiran Syafiq dalam hidupnya. Apatah lagi, perkahwinan itu bagaikan satu pelarian bila terjadinya peristiwa yang mengaibkan.

Terlalu payah bagi Afiqah untuk meminggirkan segala kekecewaan dan menerima begitu sahaja apa yang ditakdirkan. Tanpa sekelumit rasa kasih terhadap Syafiq,bagaimanakah Afiqah mampu menutup kehambaran dan mencipta kebahagian.

Menyedari kesilapan diri, Syafiq cuba sedaya upaya mencorak kehidupan barunya. Meski sukar untuk menembusi benteng kemarahan Afiqah namun jauh di sudut hati, Syafiq mohon akan sampai ketikanya Afiqah mengerti kemurnian kasihnya. Hakikat hatinya tidak dapat dibohongi bahawa Afiqah adalah cinta pandang pertamanya.

Kata orang, kita akan rasa kehilangan apabila orang yang dibenci telah jauh dari mata. Sayangnya, kesedaran itu terlewat hadir dan hanya menambah luka di hati. Di manakah silapnya? Syafiqkah yang telah berubah atau Afiqahkah puncanya? Tertutupkah pintu kemaafan di antara mereka hanya kerana saling curiga dan salah sangka?

Namun, bila Zek, teman lama Afiqah muncul menagih janji, Afiqah tak tega membiarkan rumah tangga Tuminah iaitu isteri Zek yang merupakan kawan Afiqah jua porak peranda. Mentelah Tuminah disahkan mengandung. Kepada Zek dikhabarkan dirinya bahagia bersama Syafiq. Meskipun itu yang dirasa dalam hati untuk meluahkan Afiqah tak berdaya.

Untuk apa menongkah arus, hidup musti diteruskan. Afiqah tekad melupakan segala sengketa dan salah sangka pada Syafiq. Akhirnya, Afiqah menerima cinta Syafiq dan melayari kehidupan dengan bahagia.

Penulis   : Fauziah Ashari
Terbitan : Alaf 21
Point      : 4/5

* Best gak walaupun di permulaan cerita ada sedikit rasa bosan membaca ... tapi bila dah sampai part yang Afiqah kena tangkap basah ngan Syafiq tu ... baru timbul rasa seronok nak baca ... Afiqah ni cam pendendam orang nyer ... konon-konon marah kat Syafiq ... tapi dalam hati ada taman gak ... huhu ... yang Syafiq ni pulak ... sekejap jek rasa konon-konon nak lembutkan hati Syafiq ... tapi bila Afiqah kena fitnah sikit jek ... dah tak nak pedulikan Afiqah ... entah apa-apa je ... hehe .. tapi endingnya best ... sukeeeee ...

15 comments:

Hanny da boos ! said...

sy nak novel pergilah sepi nih..boleh ta ? puas cari kat pasaran n pameran buku antarabangsa..tp xde jugak dpt !

tentang aku said...

Maksud nyer apa yer? Kamu mahu novel pergilah sepi sayer atau mau sinopsis novel ni? Maaf kurang faham nih .. hehe

Unknown said...

citer ni mmg best..lama dh baca klu x silap masa form 4 thn 2001...x rugi klu baca...

aznanie said...

Hmm ... betul .. setuju sesangat ...

ida said...

salam aznanie.. sy minat nk beli novel pergila sepi. nk jual x?
klu nk jual blh sms sy x? 019-3658598
tq :)

Dila Nasurudin said...

nk cr novel nie la ...1st time bce mse form 1...cr kt bookstore tp xde la

aznanie said...

Salam Dila ..
cuba email alaf21 .. tanyakan .. mungkin mereka boleh usahakan sesuatu ..

Noorul0206 said...

saya pun dulu ada beli buku ni, tapi dah hilang kawan pinjam sedihhhhhh..

aznanie said...

salam Noorul0206 ...
sedih kan kalau hilang .. makanya saya tak bagi orang pinjam buku saya .. bukan lokek tapi berhati-hati ... kadang2 diaorang ni tak berapa nak prihatin dengan barang orang lain .. hehe .. tu pandangan saya sahaja ... jangan mare yer ..

alia akma said...

salam..
akak, kat mna saya nak dapatkan buku ni?
xreprint lg ker?
sbb dh hampir bbrapa thn sya cari buku ni tp xprnh2 jumpa..

Anonymous said...

klu x silap, sy ada contact alaf21 tnyakn diorg kot2 nk cetak balik buku ni...diorg ckp, dh x cetak pun...sdih...

Anonymous said...

novel ni akan dipublish balik under intens idea...ad smbungan dari yg asal... about 800 pages...

Anonymous said...

novel ni akan dipublish balik under intens idea international (company Fauziah Ashari)... ad psmbungan dri yg asal...it pages will be about 800 like that...

Anonymous said...

Sy dh cari buku ni kat Pesta BUku Antarabangsa 2012 kat PWTC, tp xderlh.. cmner nk dptknyer....

Anonymous said...

best lah nvel ni..nvel pergilah sepi nvel first yg sy baca..rse2 nye masa skolah rendah..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...