Thursday, February 24, 2011

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai ...

Daging Masak Merah Ala Thai
Bahan-bahan:
1/2 kilo Daging  - dipotong nipis dan di rebus dengan pewarna merah
2 sudu besar lada kering - yang diblend
1 biji bawang besar - dipotong bulat
3 biji bawang putih - diketuk
10 biji cili api - diketuk (terpulang ler pada masing2, nak pedas tambah lagi, tak nak buleh kurangkan)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Daun limau purut - dikoyakkan
Serai - dititik
Kacang panjang - dipotong memanjang (terpulang, nak letak buleh, tak nak pun tak mengapa)
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Sedikit tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air untuk pekatkan kuah

Cara membuatnya:
Memula, goreng ler daging tu sebentar, ketepikan
Tumiskan bawang putih hingga naik bau
Masukkan lada kering yang diblend tadi
Kacau hingga lada nampak sedikit garing
Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram
Kacau seketika
Masukkan air bancuhan tepung jagung
Masukkan air ke dalam kuali itu
Masukkan daun limau purut dan serai
Masukkan bawang besar
Masukkan garam dan ajinomoto
Kacau sebentar
Masukkan air bancuhan tepung jagung
Setelah kuah nampak likat, bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi putih

*Aku suka makan lauk daging merah ni ... en.suami pun suka ... en.suami aku ni sebarang produk dari daging memang kesukaannya ... hehe ... dulu depan kedai aku ni ada kedai makan ... nama kedai makan tu 'Jering Tomyam' ... sedap masakan kat kedai tu ... espacilly daging merah ... memang selalu ler aku mengorder ... hehe ... tapi sekarang tinggal kenangan jek ... sebab kedai tu dah tutup ... ceday ... tak dapat makan daging merah yang sedap cam tu lagik ... tapi nasib baik sebelum dia tutup kedai tu, sempat ler aku menuntut ilmu sikit ... hehe ... tima kasih ita ...  





12 comments:

Afin said...

Thanks :)

aznanie said...

salam Afin ...
Sama-sama .. dah cuba ker??? sedap kan .. hehe

hanna said...

nyum2!!! =)cuti nnt sy try >_<

aznanie said...

salam hanna ...
try la .. senang jek .. bahan2 pun mudah didapati .. yang penting sedap .. sama rasa yang kat kedai makan .. thanks singgah blog akak

Kak Noor said...

Salam Aznanie....
Bila Kak Noor tengok bahan-bahannya, memang dah terasa kesedapan masakan ini. Yang paling penting ada limau purut, baru dikatakan masakan Thai. Kak Noor mohon kongsi dalam blog Kak Noor ye. Hari ini nak try masak resepi ini. Nanti Kak Noor tayang dalam blog Kak Noor. Singgah le dapur Kak Noor nanti ye!

Anonymous said...

Terima kasih dan moga allah panjangkan umur serta murahkan rezeki. Sedap dan mudah nak ikut resepinya.

..::Mama Chrysalis::.. said...

Macam sedap jek tengok gambar ni...harus cuba ni...:-)

Rain Aziz said...

ni bukan paprik daging ke?

Anonymous said...

Pewarna merah tu sirap ke?

Noor Sita Hj Pa said...

paprik daging,dagingnya tak direbus dengan pewarna merah.warna paprik daging dengan daging merah berbeza sikit

Obat Kuat said...

saya sering berkunjung di blog-blog, postingan ini sangat menarik serta enak dibaca tentang resepi daging masak merah ala thai.... saya berharap bisa berkunjung lagi

Anonymous said...

10Q akak post menu ni...dh cari lama yg mcm di kedai makan...yahuuuu...boleh buat untuk si suami tersayang

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...