Hari ni aku mengadakan majlis hari lahir anak aku, Nazrin yang ke-10 thn.
Dari pukul 10.00 pagi aku menyiapkan masakan untuk majlis. Menunya, ketupat, ayam masak merah,mee hoon goreng, mee segera (sedap)goreng,nuget,sosej,kentang goreng,kek,puding krimer dan buah tembikai.
Jemputan hadir pada pukul 3.00 petang. Majlis bermula pada jam 3.20 petang.
Meriah sangat. Kawan-kawan ayen sporting. Masing-masing mengikut jek arahan yang ayen berikan.
Permainan kotak beracun menjadi gamat apabila mereka bersorak pada kekawan yang terkena. Pada mulanya mereka seperti takut jika mereka yang terkena tetapi apabila melihat yang terkena mendapat hadiah selepas melakukan arahan yang diberi, mereka menjadi teruja untuk mendapat hadiah banyak...hehe...
Rentetan majlis:
sebelum majlis, acara menyusun makanan atas meja
Antara tetamu yang hadir
Birthday boy, Ayen bersama kek birthday nya
Para tetamu mengambil makanan
Permainan kotak beracun sedang dijalankan
Salah seorang tetamu sedang melakukan tugasan dalam permainan kotak beracun
Acara membuka hadiah
Para jemputan menerima sedikit ole-ole sebelum pulang
0 comments:
Post a Comment