Monday, December 11, 2006

Cinta (Five Different Love Stories in One Film)



Filem 'CINTA'


Para Pelakon:
Rahim Razali ... Cikgu Elyas
Fatimah Abu Bakar ... Rubiah
Eizlan Yusof ... Azlan
Fasha Sandha ... Azura
Nanu Baharuddin ... Dyan
Que Haidar ... Dhani
Rashidi Ishak ... Harris
Rita Rudaini ... Airin
Mohd Pierre Andre ... Taufiq
Sharifah Amani ... Arianna
Baizura Kahar ...
Nasrizal Ngasri ...
Tony Eusoff ...
Vanida Imran ...

Sinopsis:

'Cinta' mengisahkan tentang jalinan cinta berbagai konflik. Di mana semuanya saling berkait dan berlatar kota metropolitan Kuala Lumpur.

Kisah cinta Rubiah dan Cikgu Elyas:

Rubiah seorang peniaga gerai makanan di tapak bekas kedai jam Chong. Mereka bertemu apabila Cikgu Elyas ingin membaiki jam tangannya yang rosak. Bermula dari situlah mereka mula rapat tetapi malangnya Cikgu Elyas mengidap penyakit iaitu sejenis penyakit hilang memori tetapi kejadian masa silam dia dapat mengingatinya. Rubiah di beritahu penyakit Cikgu Elyas itu melalui cucu Cikgu Elyas, iaitu Amen setelah Rubiah sendiri mengesaki ada sesuatu yang tidak kena dengan Cikgu Elyas. Dan di atas ketulusan dan keluhuran hati Rubiah, dia sanggup menjaga dan menemani Cikgu Elyas sehingga ke akhir hayatnya.

Kisah cinta Harris dan isterinya, Airin:

Harris merupakan seorang suami dan bapa yang penyayang. Mencintai isterinya, Airin sepenuh hati dan berusaha membahagiakan keluarganya. Namun malangnya, mahligai yang disangka harmoni rupanya hanya anganannya sahaja. Kecewa jiwanya bila isterinya memberitahu bahawa isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Sedihnya hati mengenangkan anak yang terpaksa melalui kesedihan perpisahan antara mereka. Namun, Harris cekalkan hati dan bersama ketabahan hatinya, dia dapat melalui semua itu.

Kisah cinta Azlan dan Azura:

Azlan seorang penerbit majalah yang banyak menghasilkan majalah. Azura pula seorang jurujual di MPH bookstore. Mereka bertemu apabila Azlan mengunjungi kedai buku tersebut untuk melihat majalahnya yang dijual di situ. Berlaku sedikit pertengkaran antara mereka. Dan dengan tidak sengaja Azura telah mengkritik majalah tersebut tanpa mengetahui bahawa Azlan adalah penerbit majalah tersebut.
Azlan memandang serius pada kritikan Azura itu dan meminta Azura menilai majalah terbaru yang bakal dikeluarkan syarikatnya. Dan disitulah mereka mula rapat dan seterusnya menjalinkan hubungan. Namun malangnya, Azlan menafikan hubungan mereka apabila diajukan wartawan. Baginya, cinta tidak perlu dihebohkan pada dunia. Cukuplah antara mereka sahaja yang tahu.
Tapi Azura tidak dapat menerima perlakuan Azlan itu. Dia mengambil keputusan menjauhkan diri dari Azlan.
Azlan akhirnya mengakui kesilapan diri dan berusaha mengejar Azura yang dalam perjalanan ke kampungnya. Dan akhirnya dia melamar Azura di khayak ramai dan diterima.

Kisah cinta Dyan dan adiknya, Dhani:

Dyan, berusaha menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang kakak, namun dalam pada itu dia terlupa bahawa adiknya juga ada kemahuan diri sendiri. Hasratnya hanya mahu memastikan adiknya hidup senang dan terbela. tapi keinginan adiknya lain. Dia bahagia dengan apa yang dilakukannnya sekarang.
Mereka sering bertengkar apabila bertemu. Dan sehinggalah Dhani, disahlan menghidap penyakit kegagalan buah pinggang. Dan kakaknya Dyan berjanji akan melindungi dan menjaganya. Akhirnya, dia mendermakan buah pinggangnya kepada Dhani, walaupun mengorbankan nyawanya sendiri. Itulah pengorbanan seorang kakak kepada adiknya.

Kisah cinta Taufiq dan Arianna:

Arianna seorang gadis yang baru datang ke Kuala Lumpur kerana mencari teman lelakinya. Apabila sampai di alamat tempat teman lelaki nya berkerja dia diberitahu teman lelakinya telah berhenti berkerja.
Arianna kebuntuan. Dia tidak punyai sesiapa di Kuala Lumpur. Semasa dalam perjalanan, begnya diragut.
Dia mengambil keputusan untuk mengiklankan pencariannya di dalam akhbar. Di situlah dia bertemu dengan Taufiq.
Dan Taufiq dengan rela hati membantunya. Memberikannya tempat tinggal, memberikan pakaian dan makanan kepadanya.
Akhirnya, Arianna bertemu semula dengan teman lelakinya tetapi teman lelakinya tidak mengendahkannya. Arianna berasa kecewa. dan mengambil keputusan untuk pulang ke Johor.
Tanpa diketahuinya, rupanya dirinya mengandung. Dan tanpa diduga terjadi sesuatu yang mengakibatkan kegugurannya.
Arianna bertegas untuk pulang ke kampung halamannya. Dan semasa menunggu kenderaan, teman lelakinya muncul dan merayu untuk kembali kepadanya. Rupa-rupanya teman lelakinya telah di minta berbuat demikian oleh Taufiq. Dan akhirnya Arianna sedar siapa yang lebih dia perlukan.

Tuesday, December 05, 2006

Resepi Sardin Roll

Resepi ni kakak aku yang bagi. Senang di sediakan dan sedap rasanya.

Sardin 'Roll'

Bahan-bahan:
1 buku roti sandwich
1 tin sardin
10 biji lada kering - di tumbuk lumat
3 biji bawang merah - di tumbuk halus
3 biji bawang putih - di tumbuk halus
sedikit air asam jawa
garam dan serbuk perasa secukup rasa
sedikit bancuhan tepung gandum- untuk melekatkan roti
3 biji telur - untuk dicelupkan roti yang telah diisikan inti sardin.
minyak masak - untuk mengoreng.

Cara-cara:
Roti di kukus dan dileperkan. Biarkan.

Cara membuat inti sardin:
Tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi dalam kuali.
Apabila sudah garing, masukkan sardin dan air asam jawa.
Masukkan garam dan serbuk perasa. Rasakan.
Biarkan mereneh sebentar. Hancurkan isi sardin tadi.
Angkat dan sejukkan.

Cara membuat sardin roll:
Ambil roti yang telah di leperkan tadi.
Kemudian, letakkan inti di hujung roti.
Dan di hujung yang satu lagi, sapukan dengan sedikit bancuhan tepung gandum.
Kemudian, gulung roti tersebut.
Ulang sampai roti habis.

Cara menggoreng sardin roll:
Panaskan minyak ke dalam kuali.
Sementara menunggu minyak panas, pecahkan telur ke dalam bekas.
Masukkan garam ke dalam telur dan pukul sehingga kembang.
Ambil roti yang telah digulung tadi dan celupkan ke dalam telur tadi.
Apabila minyak telah betul-betul panas, bolehlah digoreng roti tadi.
Angkat apabila roti menjadi warna kuning keemasan.
Toskan minyaknya.

Saturday, September 16, 2006

Ngetop Movie Indonesia!!!


Title : Heart
Director: Hanny R. Saputra
Scriptwriter: Armantono
Cast: Nirina Zubir, Irwansyah, Acha Septriasa, Ari Sihasale
Production Company: Starvision













Rachel (Nirina Z) secretly loves Farel (Irwansyah), her long time best friend. When she found out that Farel is in love with a comic writer named Luna (Acha Septriasa), Rachel is burned by her jealousness then attempted to become more feminine as to attract Farel’s attention. The full of sacrifices love between Luna and Farel makes Rachel realized her position.


Lirik OST Heart:

Tajuk : My Heart

Di sini kau dan aku
Terbiasa bersama
Menjalani kasih sayang
Bahagia ku denganmu

Pernahkah kau menguntai
Hari paling indah
Ku ukir nama kita berdua
Di sini syurga kita

c/o:
Bila kita mencintai yang lain
Mungkin kah hati ini akan tegar
Sebisa mungkin tak akan pernah
Sayang ku akan hilang

If u love somebody could we be this strong
I will fight to win our love will conquer all
Wouldn't risk my love
Even just one night
Our love will stay in my heart
My heart

Penyanyi : Irwan Syah & Acha Septriasa


Wednesday, May 31, 2006

Lagu Tema Slot Identiti 'Salina 2'


Tajuk : Kita Rasa Cinta
Penyanyi : Quest

Pernahkah kau rasakan,
Rinduku makin dalam,
Semua yang ku pandang,
Siang dan malam,
Kerna dirimu oh sayang,.

Kutahu kau pun jua,
Merasa Geloranya,
Kerana hati kita,
Diuji dan percaya..
Setulusnya..

c/o
Kita sama punya cinta,
Kita sama memujanya,
Kita saling punya rasa,
Kita saling sayang,
Benar saling percaya...

Tak mungkin ku lepaskan,
Genggamanmu oh sayang,
Andai Cinta dihalang,
Sanggup nyawa ku korbankan,
Sesungguhnyaa....

c/o
Kita sama punya cinta,
Kita sama memujanya,
Kita saling punya rasa,
Kita saling sayang,
Benar saling percaya...

(Bridge)
Jangan dibiar ikatan ini terbuka,
Selagi takdir tak membenarkannya,.
oOo..
Hatimu tetap kekal berteduh,..
Dihatiku Selamanya....

c/o
Kita sama punya cinta,
Kita sama memujanya,
Kita saling punya rasa,
Kita saling sayang,
Benar saling percaya...

* Ini lagu tema Slot Identiti 'Salina 2' yang ditayangkan di Tv3. Sambungan dari Salina lakonan Sharifah Haslinda dengan Fahrin Ahmad. Tapi dalam Salina 2 ni pulak watak Salina tu dah dilakonkan oleh Sabrina Ali.
* Pada aku cerita 'Salina' yang pertama lebih best. Watak Salina tu memang kena dengan Sharifah Haslinda. Kenapa diaorang tak kekalkan watak Salina tu untuk Sharifah Haslinda ya???

Sunday, May 28, 2006

Mee Segera Goreng Punya!!!

Walaupun tahu mee segera itu satu makanan yang tidak elok untuk tubuh badan, tapi makanan inilah yang paling digemari keluarga ku. Time malas nak memasak, time tak de selera nak makan nasi atau pun time malas nak gi kedai beli lauk. Lagi-lagi time gaji lum masuk .....

Ada orang kata yang bahaya hanya lah serbuknya tetapi mengikut kajian, meenya pun ada mengandungi sejenis lilin yang hanya akan hilang selama 2 hari dari tubuh kita. Jadi, pakar kesihatan tidak mengalakkan memakan mee segera ini selama 3 hari berturut-turut.

Mengikut kajiannya, lilin ini akan berkumpul dalam tubuh kita dan seterusnya akan men jadi barah.

Tapi, tadi aku baru sahaja bedal sebungkus mee segera yang goreng punya. Nama saja mee goreng tapi tak goreng pun. Gaul-gaul dengan perencah dia dah siap. Senang tul.

Aku bagi gak lah cara nak buatnya. Ikut arahan yang tertera pada kulit bungkusan mee segera itu lah.


Mee Goreng Indo Mie
- Rendam mee dalam air yang sedang mendidih selama 3 minit.
- Keluarkan mee dan tuskan.
- Keluarkan perencah dan sos-sos mee dan letakkan dalam pinggan.
- Gaulkan mee dengan perencah dan siap dihidangkan.



Untuk Terakhir Kali

Cerekarama : Untuk Terakhir Kali
Pelakon : Rashid Salleh sebagai Aidil
Fadillah Mansur sebagai Datin Noriah
Lis Dawati sebagai Shafiqa
Eizlan Yusuf sebagai Adam
Maizurah Hamzah sebagai Marina
Wan Maimunah sebagai Ibu Shafiqa
Zulkifli Zain sebagai Hassan (Ayah Shafiqa)
Riezman Khuzaimi sebagai Razis
Joanna Bessy sebagai Jescecca

Ringkasan cerita:

Kematian Dato' Taufik mengejutkan seluruh keluarga terutama Datin Noriah, yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa suami tercinta sudah tiada lagi di dunia ini.

Lebih menyedihkannya lagi, anaknya Aidil tidak sempat menatap wajah ayah mereka buat kali terakhir. Aidil yang membawa diri setelah hasratnya untuk menikahi gadis pilihannya tidak direstui ayahnya.

Abangnya Adam berusaha mencarinya namun gagal hinggalah ayah mereka menghembuskan nafas terakhirnya.

Dengan tidak di sangka, Aidil muncul pada suatu hari. Kepulangannya mengejutkan mereka semua. Adam berasa gembira dengan kepulangan Aidil dan merancang untuk bersama-sama menjaga syarikat mereka.

Aidil mengajak ibunya pulang ke kampung dengan alasan untuk menemui saudara-mara mereka. Dan tanpa disedari, rupa-rupanya Shafiqa ada menaruh hati padanya sedangkan dia menganggap Shafiqa hanyalah sebagai adiknya sahaja. Dia terkilan bila mengetahui yang Shafiqa merana dengan keputusannya untuk berkahwin dengan orang lain.

Aidil juga terkejut apabila mendapat tahu yang Shafiqa telah menutup pintu hatinya untuk orang lain termasuk Razis yang juga merupakan sahabat mereka semasa kecil.

Untuk menebus kesalahannya yang lalu, Aidil telah melamar Shafiqa walaupun dia tidak mencintainya. Dan Shafiqa telah bersetuju untuk menerima Aidil yang merupakan sepupunya dan rakan sepermainannya semasa kecil.

Tetapi manusia hanya merancang namun Tuhan juga yang menentukan segala-galanya. Aidil disahkan menghidap penyakit barah otak yang kritikal ketika persiapaan untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Shafiqa dilakukan.

Isterinya, Jescecca mendapat tahu penyakit suaminya itu dan bergegas datang ke Malaysia untuk menemui suaminya.

Bila dia sampai Aidil telah dimasukkan ke hospital kerana pengsan di rumah pak Langnya. Di hospital, doktor telah memberitahu Datin Noriah tentang penyakit Aidil. Datin Noriah berasa sungguh sedih kerana tahu yang anaknya itu akan pergi meninggalkannya lagi.

Setelah meminta maaf kepada ibunya, kepada isterinya, kepada Shafiqa juga kepada abangnya, Adam, Aidil telah pergi menyahut panggilan ilahi.

Setelah dua tahun kematian Aidil, akhirnya Shafiqa bersetuju menerima cinta Razis yang sememangnya setia menanti cintanya. Dan ternyata mereka sememangnya ditakdirkan bersama.

Jescecca pula telah melaksanakan amanat terakhir Aidil iaitu selalu mengunjungi Datin Noriah di Malaysia.

Saturday, May 27, 2006

Bubur Sum Sum

Minggu lepas ada kenduri kahwin di sebelah rumah emak aku. Jadi, memang sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat kampung, selepas selesai kenduri, pihak tuan rumah mesti buat Bubur Sum Sum. Mereka percaya dengan memakan Bubur Sum Sum ini segala keletihan atau kesakitan semasa kerja-kerja kenduri dilakukan akan hilang.


Bubur Sumsum
Bahan:
100 g tepung beras
½ sudu garam
650 ml santan
2 lembar daun pandan, potong-potong

Sos:
200 g gula merah
50 g gula pasir
250 ml air1 lembar daun pandan, potong-potong




Cara membuat:
Campur tepung beras, dengan sebahagian santan dan garam.
Aduk rata.
Masak sisa santan dan pandan hingga mendidih.
Tuangkan larutan tepung beras, kacau hingga pekat.
Angkat.

Sos:
Masak semua bahan hingga mendidih dan gula larut.
Angkat dan tapis.
Sajikan bubur dengan Sosnya.

CENDOL!!!

Hari panas-panas kalau pekena cendol, fuhh mesti best. Pastu makan dengan goreng pisang panas ke, tempe goreng ke, keropok lekor ke, barulah ngam. Lagi pulak makan kat bawah pokok sambil melihat orang lalu lalang. Hmm ... tapi kalau buat sendiri pun orait gak. Makan adik-beradik kat umah. Boleh tambah-tambah.

Ni cara nak buat Cendol yang aku dah cuba. Boleh tahan rasa dia. Macam yang jual kat pasar ramadhan tu.

Cendol
Bahan:
3 cawan jus pandan + daun pucuk manis/cekur manis
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil air kapur
secubit garam

Cara:
- Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
- Masakkan dalam kuali sehingga naik wap dan kental. (Sentiasa kacau supaya tidak hangus)
- Sediakan mangkuk berisi air sejuk atas meja.
- Tekan atas acuan berlubang.

- Sediakan air gula dan santan untuk makan cendul.
- Juga ketulan ais.
- kalau suka boleh letakkan pulut dan kacang merah.


Friday, May 26, 2006

Renung-Renungkan ....

Aku terbaca artikel yang bertajuk 'Lelaki' dalam majalah Mastika keluaran februari 2006. Tentang seorang gadis yang sukar memahami perangai kaum lelaki. Sesuai untuk kita renungkan sejenak.

Apabila dilayan dengan baik, lelaki kata si gadis jatuh cinta padanya. Syok sendiri. Tapi kalau dilayan ala kadar, lelaki tuduh si gadis sombong, bongkak, hidung tinggi.

Apabila gadis bergaya anggun, lelaki menuduhnya cuba mengoda. Tapi jika berpakaian ala kadar, diejek kampungan pula.

Kalau berselisih faham, mereka tuduh si gadis degil. Tapi kalau si gadis berdiam diri, lelaki kata dia b***h.

Kalau si gadis lebih cerdik daripada lelaki pun susah, mereka malu. Tapi kalau mereka lebih cerdik pulak dengan bongkaknya, meninggi diri.

Apabila si gadis tidak mencintai si lelaki, mereka cuba memujuk rayu. Tapi bila si gadis betul-betul jatuh cinta, si lelaki pula meninggalkannya.

Kalau tidak turutkan kehendak nafsunya, si gadis dituduh tidak cinta sesungguh hati. Tapi bila diserahkan tubuh badan, lelaki kata si gadis perempuan murahan.

Apabila si gadis mengadu masalahnya, si lelaki merengus kerana si gadis membebankan fikirannya. Tapi bila tidak diceritakan masalah diri, lelaki tuduh si gadis tidak percayakan dirinya.

Andai si gadis naik angin, dengan sesedap mulut si lelaki kata dia suka membebel macam mak nenek. Tapi bila si gadis protes sebab selalu dimarahi, lelaki jawab, "Itu tandanya saya prihatin terhadap awak."

Andai si gadis mengecilkan hati si lelaki, mereka menuduhnya kasar. Tapi bila si lelaki berkasar dan si gadis menangis kerana terluka hatinya, si lelaki kata dia terlalu sensitif hingga mereka bosan.

Kalau diceritakan keluhannya ini kepada lelaki, pasti mereka tidak mengaku. Tapi kalau dipendamkan saja, lelaki akan menuduhnya pentingkan diri sendiri pula.

(*Sumber dari Mastika keluaran Februari 2006)