Saturday, February 12, 2011

Sinopsis Novel 'Setia Menanti'

Sinopsis oleh : aznanie

Novel Setia Menanti ini mengisahkan tentang pergolakan cinta seorang gadis bernama Adrina. Cinta pandang pertamanya dengan seorang lelaki bernama Ajmal. Malangnya, lelaki itu memilih Fatiha sebagai teman wanitanya. Adrina kecewa. Bertahun dia memujuk hatinya agar melupakan Ajmal.

Tanpa disangka Ajmal menjadi abang tirinya bila ayah Adrina mengahwini ibu Ajmal. Pertemuan semula itu bagai petanda yang mereka memang ditakdirkan bersama.

Setelah janji diikat, muncul Fatiha merobek kesetiaan Ajmal. Malah, Ajmal sedia menikahi Fatiha yang tercela maruahnya. Namun itu bukanlah salah Fatiha. Dia terperangkap dengan keadaan dimana dia diperkosa oleh bosnya. Ajmal yang kasihan pada Fatiha sanggup menjadi 'pak sanggup'. Sebenarnya masih berbaki rasa kasih pada Fatiha yang pernah menjadi suri dihatinya dulu.

Adrina ditinggal lagi. Dua kali dilukai lelaki yang sama. Adrina kecewa. Marah. tapi apa kan daya. Takdir tidak mampu diubah. Walaupun marah, benci pada Ajmal perkahwinan terpaksa diteruskan bila Datuk Adrina memaksa angkara fitnah orang kampung.

Dalam kekalutan meneruskan hidup muncul Zulfaris memberi semangat dan harapan. Sukarnya membuka hati pada lelaki lain. Sayangnya pada Ajmal tidak bisa digugat. Walaupun hatinya parah dilukai Ajmal, Adrina tetap tabah. Segala cerita dukanya disimpan kemas seorang diri. Tak siapa yang tahu derita hatinya.

Kehidupan rumahtangga Ajmal bersama Fatiha bahagia selepas kelahiran Faisal. Namun, jauh disudut hati Ajmal masih menyimpan harapan agar Adrina dapat menerima dirinya sebagai suami.

Pemergian Fatiha mengejutkan Adrina. Tidak diduga Fatiha menderita barah otak. Barulah Adrina mengerti mengapa Fatiha sengaja menyakiti hatinya dahulu. Fatiha hanya ingin menguji sejauh mana ketabahan dan keikhlasan hati Adrina.

Fatiha tinggalkan Ajmal dan Faishal pada Adrina. Dengan harapan Adrina dapat menjaga keduanya sebaik mungkin. Adrina rasa bersalah kerana sebelum ini dia pernah meminta Ajmal melepaskan dirinya.
Setelah membaca diari Fatiha, Adrina membulatkan tekad untuk menjernihkan keadaan. Hati Ajmal harus dipujuk.

Akhirnya, cinta mereka kembali bertaut. Hidup bahagia bersama si kecil Faishal.

Penulis   : Fauziah Ashari
Terbitan : Alaf 21
Point     : 5/5

*Suka gak novel ni ... sian ngan Adrina ... macam-macam dugaan datang dalam hidup dia... baru nak bahagia ...derita lagik yang tiba ... Adrina ni pentingkan perasaan orang lain dulu dari perasaan dia ... tu yang jadi kelam kabut hidup dia ... lagik satu sian gak ngan Fatiha ... jadi mangsa kerakusan bos dia ... tapi geram jugak masa dia sengaja sakitkan hati Adrina tu ... kononnya nak rampas keluarga Adrina ... tapi sebenarnya nak uji Adrina jek ... huhu ... tapi novel ni best ...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...