Tuesday, February 15, 2011

Koleksi Brooch ku ...

Aku memang minat mengumpul brooch. Ya la sebab aku bertudung kan. Pasti brooch menjadi kewajiban. Berbagai-bagai jenis brooch yang aku ada. Ada yang mengikut kala tudung dan jenis tudung. Kebanyakan brooch tu aku beli di pasar malam jek. Asal cantik dan berkenan di mata aku beli je .... lagi satu murah ... hehe...
Ada jugak di antara brooch-brooch itu hadiah yang diberikan sempena hari lahir ku. Tak hari lahir pun ada yang beri brooch pada aku ... hehe .. Terima kasih yer ... 

Brooch sekarang bermacam-macam jenis. Kalau dahulu hanya ada yang kecil untuk dipinkan dibawah dagu dan yang besar dipinkan dibahu tetapi sekarang sudah ada yang berantai dan yang berjuntai. Yang diperbuat dari manik ada, dari kristal pun ada. 

Sekarang ni orang jual brooch online jek. Senang dan mudah. Tapi ya la orang kampung macam aku ni ada sedikit susah ler kan nak beli ikut online ni. Lagipun pasar malam kat tempat aku ni seminggu sekali iaitu setiap malam jumaat. Aku ni pulak kaki pasar malam. Pantang dengo pasar malam nak pegi jek ... huhu ...

Lagi satu, brooch ni produk yang senang didapati di pasaran. Gi pasaraya ke, kedai sebanika ke, kat stesen minyak pun ada jual. Mungkin kerana harganya yang murah dan salah satu aksesori yang wajib ada bagi wanita.

Sekarang ni dah ada brooch yang diperbuat daripada emas dan batunya dari batu swiss. Wah ... cantik. Aku pernah tengok sekali kali di "Jumbo Emas" kat Kota Tinggi. Harganya macam beli sebentuk cincin emas... huhu ...  Tengok jek laa ... manalah tau ada rezeki taun-taun depan ... haha ...

Antara koleksi brooch kepunyaanku:


Ni brooch berjuntai ... yang kala coklat tu hadiah dari kakak aku ...
Yang ni pun brooch berjuntai gak ... yang warna pink no.1 barisan atas dan warna pink no.3 barisan bawah tu hadiah dari anak aku, ayen ...

Yang ni pulak brooch berantai .... brooch ni sesuai untuk tudung empatsegi yang berbatu ditepi tu ... kalau pakai tudung sarung tak berapa nak sesuai ... tapi pakai jek ... siapa nak marah kan .... huhu


Yang ni brooch berjuntai versi panjang ... macam janggut kata en.suami .... brooch ni aku beli kat pasaraya Econsave Kota tinggi ... dengan pembelian Rm 20.00 ke atas boleh beli dengan harga Rm 7.99 ... haha... 
Yang ni, antara brooch terawal yang aku beli ... sebenarnya, dah banyak yang luntur kalanya ... maklumla brooch murah ... hehe ...

Ni la brooch emas yang aku katakan tadi ... huhu ... cantik ... reganya ratus-ratus rm .... musti malatop kalau aku pakai ni ... ahaks ..... ni bukan koleksi aku yer ... tak de lagik dalam simpanan ... hehe ...




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...