Sunday, February 27, 2011

Cerekarama 'Mesej Terakhir'

Malam tadi nyambil-nyambil wat sirih junjung untuk hantaran tam, tengok cite ni .. banyak berenti buat ... mata asik melekat kat tv jek ... huhu ... cedey citenya ... pelakon pulak power-power ... yang famous semuanya ... dari watak kecik sampai ler watak besar ... huhu ... beso budget wat cite ni kot .. sebab tu pelakon nyer semua yang terkenal ... huhu ... suke tengok Tiz Zaqyah berlakon ... suara dia tu unik ... tak jumpa lagik pelakon yang suara cam tu .. cam suara gembing .. haha ... lagu tema cite ni ... wah ... best ler ... dari Firman ... tajuk dia 'kehilangan' ... nanti aku wat lirik dia ... huhu


Antara pelakon cerekarama Mesej Terakhir Tiz Zaqyah dan Rita Rudaini
Sinopsis oleh : aznanie

Mesej Terakhir ni mengisahkan tentang Marina yang baru kematian suami, Hafiz. Hafiz dan Marina mempunyai seorang anak lelaki bernama Danial dan seorang lagi masih dalam kandungan. Kematian Hafiz membuatkan Marina hilang semangat untuk meneruskan kehidupan. Mentelah Hafiz meninggal akibat kemalangan.

Marina perlu mengantikan tempat Hafiz di pejabatnya. Semasa mengemaskan barang-barang milik arwah, Marina terpandang handphone Hafiz, dan alangkah terkejut nyer dia bila melihat ada tertera mesej dari seorang perempuan.

Marina bertanyakan pada Julia tentang perempuan tersebut, tetapi malangnya Julia tidak mengetahuinya. Marina bertekad mencari siapa perempuan yang berjaya mencuri cinta Hafiz itu. Akhirnya, Marina berjaya berjumpa perempuan itu yang dikenali sebagai Kartini tapi tidak bersua muka. Marina belum bersedia untuk berjumpa Kartini dan mengelaskan keadaan sebenar.

Kartini, seorang janda anak satu. Bercerai kerana suaminya, Adam kaki judi, panas baran. Menjadi kan Kartini tempat sepak terajang. Sedang Kartini dilanda masalah, muncul Hafiz menawar bantuan. Di situ ler cinta mereka bertaut. Kartini tahu yang Hafiz sudah berkahwin, tetapi Kartini tidak kisah kerana Hafiz seorang yang penyayang dan bertanggungjawab.

Adam pula, menyatakan penyesalan dan berjanji akan berubah. Dia memujuk Kartini kembali kepadanya. Dan Kartini menolaknya. Kartini masih menanti Hafiz walaupun tiada perkhabaran dari Hafiz setelah sekian lama.

Marina pula, menjadi seorang wanita yang murung, patah semangat apalagi bile mengetahui yang suaminya, Hafiz ada skandal dengan perempuan lain. Hatinya sakit, dia tidak dapat menerima kenyataan yang suaminya curang di belakangnya. Walaupun Hafiz sudah meninggal dunia, tetapi perasaan marah itu tidak dapat di lupuskan dari hatinya.

Setelah dinasihatkan oleh Julia, akhirnya Marina berjumpa dengan Kartini. Menjelaskan perkara sebenar, pada mulanya, Kartini tidak percaya tetapi akhirnya dia akur.

Akhirnya, Kartini menerima Adam kembali setelah yakin yang Adam sudah berubah dan memberi peluang kedua kepada Adam. Marina pula mengambil alih tugas Hafiz, menerajui syarikat peninggalan suaminya itu.

Para pelakon:
Rita Rudaini - Marina
Tiz Zaqyah - Kartini
Zafrul - Hafiz
Fiz Fairuz - Adam
Amyza Adnan - Julia

*Memula tengok cam best ... pastu lepas Hafiz meninggal ... ada sikit lembab jalan citenyer ... nak tonjolkan emosi dalaman ler konon tu ... hehe ... yang aku geram tu, si Marina tu leh wat tak peduli jek dengan anak dia, anak dia demam pun dia tak kisah ... nak lepas geram kat arwah suami dia ler tu ... bak kata mak dia, marahkan nyamuk kelambu dibakar, marahkan Hafiz, Danial yang jadi mangsa ... huhu ...  

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...