Monday, February 28, 2011

Resepi 'Mee Hoon Goreng' (Versi Kenduri)

Maksud versi kenduri tu maknanya, masak dalam kuantiti yang banyak. Ye ler kan, dah namanyer pun kenduri musti ler masak banyak ... kalau masak sikit karang tak cukup makanan pulak tetamu yang datang .. huhu ... kat sini aku serta kan gambar-gambar cara-cara membuatnya bagi memudahkan kerja-kerja memasak mee hoon goreng ni ...

Mee Hoon Goreng
Bahan-bahan:
Mee hoon - direndam dengan air biasa dalam 2 jam sebelum nak masak
Lada kering - direbus dan diblend
Bawang merah - diblend bersama lada kering
Bawang putih - diblend bersama lada kering
Halia - diblend bersama lada kering
Daging ayam - dipotong kecil
Fishball - dibelah 4
Sayur Sawi - di potong sedang-sedang
Taugeh - dibuang ekor dan dibersihkan
Tauhu - diramas-ramas sampai hancur
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Timun - dihiris untuk ulam

Cara-cara membuatnya:




Panaskan minyak dalam kuali yang besar. Tunggu hingga minyak benar-benar panas. Kalau tidak nanti masakannyer mamek rasa minyak.









Setelah minyak panas, masukkan lada kering yang telah diblend bersama dengan bawang putih, bawang merah dan halia.










Kacau lada tadi sehingga naik bau dan nampak garing ladanyer.













Setelah lada kelihatan garing, masukkan garam, gula dan ajinomoto ke dalam lada. Agak-agak je ler. Kalau leh rasa lagik bagus








Kacau lagik hingga garam, gula dan ajinomoto sebati dengan lada tadi









Kemudian, masukkan tauhu yang telah diramas tadi ke dalam tumisan lada tadi 










Masukkan daging ayam yang dipotong kecil-kecil kedalam kuali










Kacau hingga daging ayam masak











Kemudian, masukkan fishball ke dalam tumisan lada tadi. Dan kacau sebati.













Masukkan mee hoon yang telah direndam tadi.














Kacau mee hoon hingga sebati dengan tumisan tadi. Seperti dalam gambar.













Kemudian, masukkan sayur sawi dan gaul dengan rata.













Masukkan pula taughe dan digaul lagik sehingga sebati sayurannyer dengan mee hoon tadi.











Begini ler mee hoon goreng yang telah siap digoreng. Boleh lah di angkat dan di hidangkan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...