Wednesday, February 09, 2011
Makan sarapan dan makan angin....
Kategori:
Jalan-jalan
Inilah sarapan pagi aku hari ni. Mee goreng telur dan air milo ais. Lokasinya di kedai makan bersebelahan dengan Terminal Bas Bandar Penawar. Tak ramai yang makan sebab dah pukul 10 lebih masa tu. Hanya aku dan adik perempuan aku jek... Boleh tahan gak mee gorengnya. Sedap. Sambalnya pun sedap. Cuma air milo nya manis sampai ais dah abis pun masih manis lagik. Aku ni kalau air manis-manis tak leh nak telan. Tekak tak leh terima... haha... dah tua la katakan...
Ini Terminal Bas Bandar Penawar. Ramai gak yang tunggu bas. Ini pandangan dari sisi kedai makan.
Ini salah satu kaunter yang terdapat di Terminal Bas Bandar Penawar.
Pandangan dari tepi kedai makan.
Di sebelah Terminal Bas Bandar Penawar ini terdapat taman permainan. Di sini lah anak aku selalu di bawa oleh atuknya bermain. Semasa aku makan ni pun dia dan sepupunya main di situ. Suka sangat...
Semasa dalam perjalanan pulang teringat pulak nak singgah pasaraya Sakan yang terletak berdekatan dengan perumahan Desaru Utama. Adik aku nak beli hadiah untuk majlis perkahwinan kawan dia. Beli sarung kusyen dan sarung bantal. Abah aku membeli stokin. Wah... borong SAKAN........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment