Wednesday, February 16, 2011

Sinopsis Novel 'Gemersik Kalbu'

"Mengapa berpaut pada kenangan sedangkan impian boleh digapai"

Sinopsis oleh : aznanie

Raihana ... seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup. Sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya kerana ibu bapa mengalami desakan hidup. Dia merasakan dirinya terbuang dari keluarga. Dan apabila neneknya meninggal dunia terkontang-kanting lah dia mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri.

Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Wan Ariffin yang merupakan anak kepada ibu angkatnya yang juga kawan baik kepada makcik Raihana.

Setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul. Dia keliru, sebak, dan terperangkap dalam diri sendiri.

Hadirnya Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana. Baginya cinta bukan paksaan. Juga bukan simpati. Cinta Wan Ariffin masih di hati, masih terasa di sanubari. Raihana mengunci hati. Enggan membiar cinta itu pergi. Mendakap erat ikrar kasih sehidup semati.

Rancangan Sufian berjaya menjerat Raihana dalam satu ikatan perkahwinan. Namun hati tiada rela, namun hati tiada sudi. Akhirnya Raihana membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta, tanpa mesra.

Hanya Sufian yang bersungguh-sungguh mempamerkan rasa, sedangkan permaisuri hatinya dingin dan kaku. Sufian percaya suatu hari nanti pasti Raihana akan membuka pintu hatinya untuk insan yang bergelar suami.

Masa berlalu, Raihana tetap begitu. Sufian bagai hilang arah. Terlalu lama Raihana menidakkan kehadirannya. Raihana perlu disedarkan dari mimpinya. Dan Sufian tekad ....

Rancangan Sufian disokong oleh adiknya, Azila. Bersama sepupunya, Darlina. Sufian berlagak kononnya dia mempunyai kekasih lain. Raihana yang sudah mula belajar merindui Sufian berasa tertekan. Cemburu menyelinap dalam dirinya. Tapi apa kan daya. Untuk mengakui hakikat dia tak berani apalagi meminta Sufian memahami dirinya. Tinggallah dia merintih keseorangan.

Kebenaran terserlah. Sufian mengaku dia hanya membohongi Raihana tentang dirinya berkahwin lagi dan juga tentang dirinya telah ternoda. Itu semua rancangan Sufian untuk membuat Raihana mencintai dirinya. Dan Raihana akhirnya, menerima Sufian sebagai suami. Dan amat bersyukur kerana Sufian tidak jemu menantinya dan Sufian adalah lelaki yang ditakdirkan untuk dirinya.

Pemulis   : Anis Ayuni
Terbitan  : Alaf 21
Point      : 5/5

* Novel ni adalah salah satu novel kesukaan aku. Baca ulang-ulang kali pun tak jemu. Apabil aku baca novel ni seakan-akan terbawa dalam dunia Raihana. Best sangat ... masa mak dia masuk hospital ...tu dia yang jaga... tapi mak dia tak suka dia ... sian dia ... nangis aku baca ... hehe ... tapi akhirnya mak dia boleh terima dia semula ... mak dia bukan benci tapi tak tau nak respon cam mana sebab dia tak duduk dengan mak dia sejak kecik... tapi yang masa Sufian kononnya ada bini baru tu pun best gak .. mengelabah Raihana  ... hehe ... tapi kalau aku pun mengelabah gak ... tapi aku lain ... aku cinta sama en.suami aku ni ... huhu 

11 comments:

Anonymous said...

nak tanya . kenapa mak raihanna tu tak suka dekat raihanna ?

aznanie said...

salam ...
Mak Raihana tu bukan tak suka ... masa kecik Raihana di bela oleh nenek dia .. bila nenek dia dah meninggal .. dia duk sekolah asrama ..mak dia tau Raihana tu marah dan merajuk ngan diaorang sebab tak bela dia cam adik beradik dia yang lain .. mak dia rasa bersalah .. sebab tu mak dia rasa tertekan bila jumpa Raihana ... itu yang saya baca dalam novel .. yg disiarkan kat drama tv3 tu tak tau la pulak .. sebab saya tak dapat tengok abis .. waktu maghrib banyak kerja wajib nak di buat .. hehe ..

Aku,Diriku n Sekeliling said...

saya rasa dalam citer tv3 tu,maybe raihana tu anak mak dia kena rogol xpn anak mak dia ada skandal...heheheehe....sbb semalam time ayh dia nk gtau hana,mak dia xbagi...

aznanie said...

salam .. la ye ker .. kalau gitu, tak sama langsung la ek dalam novel ngan drama kat tv3 tu .. mesti lebih tragik dan penuh ngan suspen drama Gemersik kalbu dari novelnya ..

cplud miera said...

salam kenal. wah, sy dh tau sedikit sebnyak citer ni dr sinopsis akk nih ;)

aznanie said...

salam cplud miera ...
akak wat sinopsis ni berpandukan novel nya .. yang dalam cite kat tv3 tu akak tak follow sangat .. hehe .. waktunya tak bersesuaian .. hehe .. sinopsis ni tak le selengkap cam novel .. ada part2 yang tak akak masukkan dalam sinopsis .. maklum la dah namanya pun ringkasan cerita kan .. hehe

Anonymous said...

apa jadi kat hisyam?(lakonan zain saidin) bg aku dia lebih ikhlas berkawan dgn raihana drp suffian..:)

aznanie said...

salam ...
dah heronya Suffian .. mesti lah hero dapat heroin .. hehe ... dah tertulis dalam novelnya Suffian memang kahwin dengan Raihana ... kalau yang dalam cite tv3 tu lain jalan citenya .. tak tau la pulak akak .. hehe .. apa pun ramai lelaki yang nampak cam gentelmen nak kat Raihana .. cuma yang bertuah tu Suffian .. kannn

Anonymous said...

dan Suffian adalah Aqasha... bila baca balik novel terbayang muka setiap watak. bertambah best kot...hahahh

aznanie said...

salam ...
betul .. dulu baca tak terbayang muka aqasha untuk watak suffian .. hehe .. sekarang watak raihana dah terbayang muka ayu raudhah .. kelaka la pulak rasanya .. apa pun novel Gemersik Kalbu ni memang best sesangat ...

Cho Zila said...

dah baca lama dahulu... bestkan... tapi tak ingat sangat...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...