Kuih bahulu biasa dan kuih bahulu gulung inti jem nanas ...
Showing posts with label Hiasan dan Kraftangan. Show all posts
Showing posts with label Hiasan dan Kraftangan. Show all posts
Tuesday, October 04, 2011
Bahulu Gulung Dalam Beg Untuk Para Jemputan
Kategori:
Hiasan dan Kraftangan
Pagi tadi gi soping kuih bahulu kat kerepek house ... hari tu cuma borong kerepek jek .. tak teringat nak beli kuih bahulu sekali .. hehe .. saja nak buat 2 kali kerja kata abah .. hehe .. jangan le marah .. bukan sengaja .. hehe ..
Monday, October 03, 2011
Hamper Kenduri Teh
Kategori:
Hiasan dan Kraftangan
Hari ni dah mula buat hamper .. tak banyak buat .. 24 biji jek .. hamper ni khas untuk kendarat blok yang bertungkus-lumus membantu kami bagi menjayakan majlis perkahwinan adik aku, Teh ni ... hamper ni sebagai tanda penghargaan kami di atas bantuan yang telah diberikan dengan seikhlas hati ...
Saturday, October 01, 2011
Reben Hamper
Kategori:
Hiasan dan Kraftangan
Tadi pagi gi bandar Kota .. soping barang-barang nak buat hamper untuk kendarat blok ... jugak gudis-gudisan nak letak dalam beg para jemputan ... beli kat pemborong makanan ringan .. ada sikit murah lah kat situ ... tak beli banyak .. cuma nak wat 24 biji hamper sahaja ...
Thursday, September 15, 2011
Kerja-Kerja Pengisian Kotak Telur
Kategori:
Hiasan dan Kraftangan
Hehe .. cam best jek bunyi ayat aku ni ek .. haha .. semalam dah bentuk-bentukkan kotak telurnya .. so, ari ni isi kan le barang-barangnya .. bukan isi telur dalam kotak telur ni .. hehe .. kalau letak telur .. alamatnya busuk le .. sebab majlisnya lagi 2 minggu lebih lagik .. hehe .. saja buat awal .. tak yah tergesa-gesa nanti ... sebab nanti banyak lagi kerja yang nak di buat .. nak wat kenduri kawin ni bukan leh wat sambil lewa jek .. kena la ada tumpuan dia kan .. kalau main boh jek .. alamat jadi lintang pukang le majlis tu nanti .. mengamuk pulak pengantin nanti .. haha ...
Wednesday, September 14, 2011
Aktiviti Aku Petang Ni ...
Kategori:
Hiasan dan Kraftangan
Hari ni dah mulai membentuk kotak telur untuk majlis perkahwinan adik aku, teh yang akan diadakan pada bulan 10 nanti .. tapi kotak telur ni tak diisi dengan telur tapi diganti dengan sumi dan gula-gula .. hehe .. zaman dah berubah ..
Wednesday, September 07, 2011
Melipat Duit Kertas Untuk Hiasan Bunga Dada ..
Kategori:
Hiasan dan Kraftangan
Aktiviti hari ini .. melipat duit untuk dijadikan hiasan pada bunga dada yang akan diberikan kepada kendarat-kendarat yang bergotong-royong menjayakan majlis perkahwinan adik aku, teh pada bulan 10 nanti ...
Thursday, July 28, 2011
Cenderahati Saputangan Bunga Ros
Kategori:
Hiasan dan Kraftangan
Cenderahati saputangan bunga ros ni adalah tempahan Iza. Untuk majlis cukur jambul. Warna yang dipilih adalah warna hijau. Jadi, aku pilih warna hijau yang berlainan untuk setiap bahan yang aku gunakan. Reben kala hijau terang, net organza kala hijau lumut, saputangan kala hijau pekat tapi terang .. but semuanya hijau le ...
Tuesday, June 07, 2011
Bunga Telur Batang Pisang
Kategori:
Hiasan dan Kraftangan
Baru saja selesai buat bunga telur untuk majlis perkahwinan Didie dari Felda Semencu .. bunga telur ni bukan bunga telur pahar yang diletak dikaki pelamin tu .. bunga telur nih nak diletak kat batang pisang yang dipotong dalam 2 depa .. batang pisang tu diletak dalam pasu besar .. bunga telur tu di cucuk di sekeliling batang pisang tu la ..
Saturday, May 28, 2011
Cenderahati Saputangan Kipas Cover Net Organza
Kategori:
Hiasan dan Kraftangan
Friday, May 27, 2011
Cenderahati Saputangan Gulung Berkipas
Kategori:
Hiasan dan Kraftangan
Thursday, May 19, 2011
Cenderahati Saputangan Kipas Dalam Beg Organza
Kategori:
Hiasan dan Kraftangan
Hari nih menyiapkan cenderahati saputangan kipas dalam beg organza tempahan dari Rabiah, Jerantut Pahang. Tema cenderahati nih kala merah. Cenderahati nih untuk majlis perkahwinan yang akan diadakan pada awal bulan 6 nanti .. kena siapkan cepat le nih .. nak pos lagik .. amik masa jugak kan .. hehe ..
Monday, May 16, 2011
Cenderahati Potpouri Gantung
Kategori:
Hiasan dan Kraftangan
Hari ni menyiapkan cenderahati tempahan Mimi dari Kota Tinggi .. cenderahati yang menjadi pilihannya adalah Cenderahati Potpouri Gantung .. tema kala hijau lumut .. cenderahati ni di tempah sempena majlis akikah dan cukur jambul ... jadi, tak banyak tempahannya .. hanya 100 pcs aje ..
Thursday, May 05, 2011
Cenderahati Perkahwinan Potpouri Dalam Sudu
Kategori:
Hiasan dan Kraftangan
Wednesday, May 04, 2011
Cenderahati Perkahwinan Saputangan Buluh Versi Simple
Kategori:
Hiasan dan Kraftangan
Hari ni buat cenderahati tempahan pelanggan dari Kota Tinggi .. dia nak cenderahati saputangan buluh tapi reben hiasan tu nak yang simple-simple jek ... jadi, aku cadangkan buang net organza ... just letak reben, bunga ngan manik bola berantai jek .. dia kata ok ... buat 30 pcs jek ... tema cenderahati kala hijau .. hehe ... kala hijau lagik .. memang tahun ni tema hijau kot .. hehe ..
Monday, May 02, 2011
Mengubah Suai Album Gambar Kahwin Tam ..
Kategori:
Hiasan dan Kraftangan
Seharian menghadap album gambar kahwin adik aku, Tam .. ari tu aku ada buat posting pasal beli album gambar nih .. jadi, semalam bermulalah aktiviti memindahkan gambar-gambar dari album lama ke album baru yang aku beli ari tu ..
Ini album gambar kahwin Tam yang diberi oleh jurufoto majlis kawin dia ari tu ..
Yang ni pulak, album gambar kawin yang aku beli kat Pustaka Buku Kota ... lihat la perbezaannya .. huhu ...
Monday, April 25, 2011
Glue Gun Aku Wat Hal!!!
Kategori:
Hiasan dan Kraftangan
Hajat di hati nak menyiapkan Cenderahati Sabun Butterfly aku yang tinggal sikit jek nak siap tu .. aku pun menyediakan bahan-bahannya .. dah stand by semuanya .. aku pun amik le glue gun aku .. nak pasang kat plug utama .. sebab kalau guna extension plug nanti meletup glue gun aku ni .. masa nak cucuk wayar plug glue gun .. nampak cam terkangkang kaki plug tu .. kaki glue gun aku ni yang 2 kaki punya ... kala itam .. jadi, aku betulkan le .. aku tekan kaki plug tu sikit .. tiba-tiba .. alamak .. patah la pulak kaki plug glue gun aku ni ... aisyeh .. cam mana nak buat ni .. ngelabah aku di buatnya .. tak sangka pulak aku kaki plug tu lembut .. aku ingat kan keras .. aduiiiiyaiii ... cam mana nih ..
Wednesday, April 20, 2011
Bunga Sumi Untuk Maulidur Rasul Sekolah
Kategori:
Hiasan dan Kraftangan
Hehe .. selalu orang panggil bunga telur .. sebab diletak telur pada bunganya .. tapi aku panggil bunga sumi sebab aku letak sumi kat bunga tu .. memandai jek bagi nama .. haha ..
Tuesday, April 19, 2011
Barang Tak Cukup .. Cam Mana Nihh!!!
Kategori:
Hiasan dan Kraftangan
Sekarang ni tengah buat cenderahati sabun butterfly .. dah tinggal 100 pcs jek nak siap ... tapi tengok kotak terakhir tu tak cukup 50 pcs .. kalau ikut kiraan 1 kotak mengandungi 50 pcs .. tapi kotak yang paling bawah sekali ni ada tertera 45 pcs .. aku kira balik isi dia .. cuma ada 44 pcs jek .. laaa ... cam mana nihh .. tak cukup ler 600 pcs .. kurang lagik 6 pcs .. cam mana nak cakap kat tokei kedai tu .. ni first time pulak aku beli barang kat tempat dia ni .. nak ke dia percaya cakap aku .. nanti dia kata aku tipu pulak ..
Wednesday, April 06, 2011
Cenderahati Sabun Butterfly
Kategori:
Hiasan dan Kraftangan
Cenderahati Sabun Butterfly tema kala hijau ni ditempah oleh Salwa dari Sarawak .. nak kena hantar awal bulan 5 ni .. dah siap packing separuh .. huhu .. yang lain akan di siapkan kemudian ..
Saturday, April 02, 2011
Cenderahati Perkahwinan Saputangan Buluh
Kategori:
Hiasan dan Kraftangan
Akhirnya, siap jugak cenderahati tempahan pelanggan aku ni .. berhari-hari mengerjakannya .. haha .. siap yang ni, bukan bermakna buleh rilek yer .. no .. no .. no .. ader lagik satu cenderahati yang perlu disiapkan .. cenderahati sabun butterfly pulak ... nak kena siapkan sebelum bulan depan .. cause awal bulan 5 dah nak kena hantar .. huhu ..
Subscribe to:
Posts (Atom)