Friday, February 18, 2011

Sinopsis Novel 'Cinta Pertama'

"Cinta itu belum lagi cinta selagi belum dilafazkan"

Sinopsis oleh : aznanie

Nurul Iman seorang wanita yang tidak pernah kenal bapa kandungnya. Dia dibesarkan oleh ibu dan ayah tirinya. Ibunya berpisah kerana keadaan yang memaksa. Bukan kerelaan mereka. Sejak itu ayah kandung Nurul Iman menghilangkan diri.

Nurul Iman bertemu dengan Carl Zafran, seorang lelaki yang pernah dikecewakan oleh wanita yang disayanginya. Jadi Carl Zafran begitu berhati-hati dalam perhubungannya dengan wanita. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Carl Zafran merupakan ketua di tempat Nurul Iman berkerja. Lama-kelamaan timbul perasaan cinta di hati Carl Zafran terhadap Nurul Iman tetapi dia membohogi perasaannya. Menafikannya.

Tetapi setelah mengetahui Nurul Iman bertunang dengan Muiz iaitu kenalan ibunya, hatinya bagai ditusuk sembilu. Bagai disiat-siat. Dia keliru, sedih, kecewa dan marah pada diri sendiri. Tapi apa kan daya. Segalanya sudah berlaku. Dia pasrah.

Sebenarnya Nurul Iman jugak ada mempunyai perasaan terhadap Carl Zafran tetapi tidak diucapkan. Takkan perigi mencari timba, desis hatinya. Dia cuma merasakan yang Carl Zafran menggangapnya pekerjanya sahaja.

Nurul Iman cuba menerima tunangannya, Muiz. Tetapi lelaki itu terlalu berlainan dengan kemahuannya. Muiz inginkan seorang isteri yang mampu berada di sampingnya sepanjang masa. Sedangkan Nurul Iman mahu menjadi wanita bekerjaya. Dan lagi, Muiz tidak sukakan kanak-kanak sehinggakan tidak mahu mempunyai anak apabila mereka berumahtangga kelak. Nurul Iman merasa tertekan, sedangkan dirinya inginkan zuriat yang ramai untuk menyerikan rumahtangga mereka.

Akhirnya, pertunangan antara Nurul Iman terputus selepas Muiz di temui di bilik Miza, adik tiri Nurul Iman. Nurul Iman lega. Dia bersyukur kerana mengetahui perangai sebenar Muiz sebelum sempat dia berkahwin dengan Muiz.

Carl Zafran mengambil kesempatan itu untuk meluahkan perasaannya terhadap Nurul Iman. Bagaikan tidak percaya bahawa mereka sebenarnya mempunyai perasaan antara satu sama lain. Nurul Iman yang pada mulanya terkejut dengan pengakuan Carl Zafran tetapi akhirnya menerimanya jugak.

Akhirnya, Nurul Iman dapat berjumpa dengan ayahnya. Rupa-rupanya ayah kandungnya adalah Dr. Rahmat yang dipanggil 'Pak Tabib' iaitu sahabat ayah tirinya. Nurul Iman bagai tidak percaya pada mulanya, tetapi itulah hakikat sebenarnya. Dan dia bersyukur dengan pertemuan itu.

Akhirnya, mereka disatukan setelah segala permasalahan selesai.

Penulis   : Norhayati Berahim
Terbitan : Alaf 21
Point     : 4/5

*Best gak novel ni, masa memula baca rasa bosan gak, rasa lembab jek jalan citenya, tapi lepas dah separuh baru datang feel ceritanya ... bagi aku permasalahannya mudah jek ... masing-masing tak mahu berterus terang ... suka pendam jek ... dari Nurul Iman, Carl Zafran sampailah umi ngan ayah dia .. semuanya tak mahu berterus terang ... pastu jadi lah konflik ... tapi tu la jalan ceritanya ... hehe ... 

3 comments:

Noraini said...

nk buku ni.. yg lama ..hilang..

Unknown said...

Hurm..ade jual lg x novel nie..wtlah kluaran bru utk novel nie..

Unknown said...

Novel ni la yang membuat kan aku terjebak untuk baca novel..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...