Friday, May 05, 2006

Sinopsis Novel 'Kasih Antara Kita'

Tajuk Novel : Kasih Antara Kita
Penulis : Aleya Aneesa
Terbitan : Alaf21


Sinopsis oleh : aznanie

Novel ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Emelda yang terpaksa berkorban demi menjaga maruah kakaknya, Emira yang telah meninggal dunia kerana barah hati setelah melahirkan sepasang anak kembar perempuan. Emelda terpaksa mengaku yang bayi tersebut adalah anaknya bagi mengelakkan kemarahan keluarga terhadap kakaknya yang di ambang maut.

Meskipun hidup di pandang hina oleh masyarakat sekelilingnya, namun Emelda rasa bertuah kerana ibu dan bapanya sentiasa memberi sokongan dan semangat kepadanya. Dengan semangat itulah Emelda meneruskan kehidupannya seperti biasa.

Namun, kehidupannya yang tenang tiba-tiba menjadi tidak keruan dengan kehadiran Aril Fatah, iaitu lelaki yang bertanggungjawab menghamilkan Emira dahulu. Setelah mengetahui yang Dania dan Atiea itu adalah anaknya Aril Fatah mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda tanpa menyedari bahawa Emelda bukanlah orang yang ditidurinya 8 tahun yang lalu.

Emelda berkeras menolak cadangan Aril Fatah. Namun, Aril Fatah berkeras dengan keputusannya lalu, meminta pertolongan dari kedua ibubapanya untuk berbincang dengan ibubapa Emelda. Aril Fatah menceritakan semua kejadian hitam itu kepada keluarganya dan mereka setuju untuk menolongnya.

Setelah perbincangan dibuat oleh kedua-dua belah pihak, akhirnya dengan perasaan berat hati Emelda terpaksa bersetuju juga. Demi Dania dan Atiea, Emelda berkorban lagi. Walaupun dia tahu yang rahsianya pasti akan terbongkar dengan perkahwinan itu. Tapi dia tidak berdaya untuk menolaknya. Akhirnya dia pasrah dan menyerahkan segalanya pada ketentuan takdir.

Seperti yang telah di duga Emelda, rahsia yang tersimpan kejap terbongkar jua bila Aril Fatah mendapat tahu yang dia bukan wanita yang sama yang ditemui dulu. Dan tanpa berselindung dia menceritakan apa yang sebenarnya terjadi setelah diminta oleh Aril Fatah.

Penjelasan Emelda menjadi kemarahan bagi Aril Fatah. Tanpa belas kasihan dia telah menyakiti Emelda. Tidak mahu mendengar rayuan dan rintihan isterinya itu. Aril Fatah mengangap bahawa Emelda mempunyai niat yang lain semasa dia melamarnya dulu.

Emelda rasa tertekan. Bila suaminya tidak pulang berminggu-minggu lama, dia mula mencarinya. Namun, dia sering di halau oleh Aril Fatah melalui pekerjanya. Di pejabat juga dia sering di sindir oleh Maliki yang suatu masa dulu pernah menaruh hati kepadanya.

Di saat Aril Fatah kembali ke rumah, Emelda rasa kosong dan terasing. Tiba-tiba dia rasa terlalu merindui ibunya. Dan tanpa berfikir panjang, Emelda terus memandu pulang ke rumah ibunya. Dia tahu yang dia amat memerlukan sokongan ibunya untuk meneruskan kehidupannya itu.

Sekembalinya Emelda dari rumah ibunya dia bertembung lagi dengan bekas teman lelaki Emira, iaitu Nazri. Dan sebenarnya itu bukanlah kali pertama mereka berjumpa. Nazri tidak mahu mempercayainya apabila Emelda memberitahunya yang dia adalah Emelda dan bukannya Emira yang di sangkakannya.

Aril Fatah masih berkeras untuk tidak menerimanya. Masih mahu menyalahikanEmelda kerana berbohong terhadapnya. Namun, begitu ada rasa kesal yang bertandang di hatinya bila mengenangkan perbuatan kasarnya terhadap Emelda.

Aril Fatah tak pasti apa perasaannya pada Emelda. Sayangkah dia pada isterinya itu? Namun, dia rasa cemburu bila melihat Emelda bersama Maliki. Lantas, tanpa usul periksa dia mula menuduh Emelda berlaku curang di belakangnya.

Dan perasaan itu makin membara apabila Emelda membawa Maliki pergi ke kliniknya dengan alasan Maliki perlukan rawatan darinya. Aril Fatah tidak dapat mengawal perasaannya lalu menghamburkannya pada Emelda.

Dan Emelda yang tidak mengerti dengan sikap Aril Fatah yang berubah tiba-tiba menjadi semakin tertekan. Puas di terangkan antara dirinya dengan Maliki tiada perhubungan apa-apa melainkan kawan biasa. Dan nampaknya Aril Fatah tidak mahu menerima kata-katanya.

Dalam melayan kemelut perhubungannya dengan Emelda, bekas teman wanitanya, Zalida pula masih mengharap agar dirinya kembali semula membina impian yang runtuh di tengah jalan. Merayu agar dia kembali kepadanya. Zalida masih menyintainya.

Manakala hubungannya dengan Emelda masih dingin. Hari-hari ada sahaja perkara yang membuatkan Aril Fatah mengamuk. Dan sudahnya Emelda yang menjeruk rasa.

Namun, Aril Fatah tahu, dia perlu lakukan sesuatu agar perhubungannya dengan Emelda tidak terus retak. Dan dia akui bahawa dia yang bersalah di atas segala kejadian yang berlaku dalam rumahtangganya. Dia harus mengambil langkah positif untuk dirinya dan juga Emelda.

Tetapi semakin dia berusaha untuk berbaik dengan Emelda, semakin galak pula Maliki mencabar kesabarannya. Seperti menyimbah minyak pada api yang mula padam. Aril Fatah kalah dengan api cemburu itu. Lalu, membiarkan emosi menguasai dirinya. Menyebabkan Emelda keletihan melayan kerenah cemburunya itu.

Pemergian mereka ke Sabah, menjadikan hubungan mereka semakin pulih. Walaupun tujuan Emelda ke Sabah sebenarnya atas alasan kerja tetapi kehadiran Aril Fatah bersamanya telah membuatkan tujuannya tersasar. Bersama Aril Fatah, Emelda rasa bahagia. Dia merasakan Aril Fatah adalah seorang lelaki yang romantis dan penyayang.

Bahagia yang diharap berpanjangan terkulai jua akhirnya. Bila Zalida memberitahu Emelda bahawa Aril Fatah adalah kekasihnya dulu, Emelda rasa dirinya dibohongi. Terasa dirinya sebagai perampas hak wanita lain.

Dengan perasaan yang terguris, Emelda mendapatkan kepastian dari Aril Fatah. Bertanya tentang perasaannya terhadap Zalida juga bertanya dimana letak dirinya dalam hidup Aril Fatah.

Dan bersama kemarahan, Aril Fatah bertemu dengan Zalida. Mereka bertengkar. Dan Zalida mendapat kemalangan pada malam itu.

Aril Fatah berasa kesal dengan apa yang berlaku dan berjanji akan membina hubungan mereka semula apabila Zalida sembuh kelak. Tanpa disedari Aril Fatah menyalahkan Emelda di atas apa yang berlaku. Marah, benci silih berganti bila terpandang wajah Emelda.

Walaupun apa yang berlaku bukan salah Emelda, tetapi Emelda terima lakaran takdir untuknya. Emelda masih tenang meskipun dihina suaminya sendiri. Terasa dirinya ibarat sampah di mata Aril Fatah.

Namun, takdir Tuhan tak siapa menduga. Zalida pergi jua menyambut panggilan Ilahi. Aril Fatah tidak dapat menerima kenyataan itu. Dendamnya pada Emelda semakin membara.

Nazri datang meminta kembali haknya bersama Mira. Dia mengaku bahawa Dania dan Atiea itu adalah anaknya bersama Mira. Dan Aril Fatah dengan perasaan terkejut bersetuju menyerahkan anak-anaknya itu kepada Nazri.

Emelda kecewa. Sakit hatinya bila dituduh suaminya sebagai pembunuh. Malah, suaminya menganggap dia sebagai perempuan kotor yang menjijikan. Hancur perasaannya bila suaminya menghalau dia keluar dari rumah itu. Dengan perasaan sedih, ditinggalkan rumah itu juga ditinggalkan anak-anaknya. Dia tahu mereka bukan anaknya tapi anak Aril Fatah.

Setelah terjaga dari tidurnya, barulah Aril Fatah sedar akan keterlanjuran perbuatannya. Namun, semua itu sudah terlambat. Emelda sudah tiada. Dia telah ditinggalkan oleh Emelda. Dia kesal. Benar-benar menyesal.

Emelda membawa diri ke San Francisco. Bertemu dengan adiknya, Emeriz yang belajar di sana. Namun, ke mana saja dia pergi dia masih tidak dapat melupakan apa yang berlaku. Kepedihan, kesakitan tetap terasa di sanubarinya. Meskipun begitu, ada juga terselit rasa rindu di hatinya buat lelaki yang bernama Aril Fatah itu yang pernah dan masih lagi menjadi suaminya.

Aril Fatah buntu. Mencari Emelda bukan satu pencarian yang mudah. Akhirnya dia berjumpa adiknya, Nazihah. Barulah dia mengetahui bahawa Emelda membawa diri ke San Francisco.

Untuk menjejaki Emelda, dia takut. Takut kalau Emelda terus lari darinya. Takut kalau terus kehilangan Emelda. Selebihnya dia malu. Malu pada wanita yang bernama Emelda.

Kedatangan Nazri mengusutkan lagi keadaan. Nazri datang menuntut haknya walaupun dia tahu kembar itu bukanlah darah dagingnya, namun, dia perlukan mereka untuk menebus kesalahannya kepada Emira. Aril Fatah enggan memberikannya kepada Nazri lalu berlakulah pertengkaran antara mereka.

Dalam keributan, muncul Emelda dengan langkah longlai, dan menyerahkan keputusan DNA Dania dan Atiea kepada Aril Fatah. Maka terbuktilah bahawa Aril Fatah adalah ayah kepada kembar itu. Dan Nazri berlalu dengan rasa kecewa kerana hajatnya tidak kesampaian.

Dengan seribu penyesalan, Aril Fatah memohon kemaafan dari Emelda. Dan Emelda dengan rela hati telah memaafkannya. Tetapi tidak mahu menerima Aril Fatah dalam hidupnya lagi.
Emelda tidak mahukan dirinya lagi.

Di saat segala rahsia yang di simpan rapi diketahui keluarga mereka, Emelda rasa tertekan. Namun begitu, ada hikmah di sebalik semua kejadian ini. Dan kebahagian itu sememangnya milik mereka berdua. Itulah harga untuk segala pengorbanan yang dilakukan Emelda.


Pendapat aku:
Novel ni memang best. Aku dah baca 5 kali. 5 Kali jugak aku nangis. Memang tangkap syahdu betul. Tak boleh nak berhenti kalau baca novel ni. Nak baca terus sampai habis. Betul .....

Penilaian : 5/5

25 comments:

farel hotcute said...

best of the best novel in the worldddddd.............
sgt2 mnyedihkan,mnggembirakan dan mnyakitkan hati spe2 yg mmbacanya..........

aznanie said...

Setuju sangat .. best of the best .. yang pasti tetap nangis baca novel ni .. haha

orang said...

sedihnye

Anonymous said...

Novel tu dah diadaptasi menjadi telenovela kat tv3 kul 7 bermula 26.3.2012 (Isnin) watak fizol agak kurang tapi ok ler daripada org lain he tapi kalu aron aziz mesti lagi tril he...

otromen13 said...

Kesimpulan sy:

1) Aril Fatah adalah seorg yg sgt bodoh bangang yg suka mengikut perasaan. Lelaki mcm ni lebih layak dilahirkan sebagai selipar jepun.

2) Imelda pun sama. Bodoh jg sbb xbterus terang pd mulanya sbelum kawen dgn c encik aril yg sadis tu. Imelda lebih suka didera zahir & batin


Star: -10/5

syafa mizan said...

novel yg sangat best10000x !!!!

aznanie said...

salam otromen13 ...
itulah yang dinamakan novel .. mesti ada rasa geram .. rasa marah ... rasa sedih ... rasa gembira .. semua rasa digarap jadi sebuah cerita yang memberi kesan pada pembacanya ...

salam syafa mizan ...
betul .. setuju sangat .. tahniah pada penulisnya Aleya Annesa ... kerana menghasilkan karya yang begitu touching ..

Anonymous said...

saya nk pegi beli lah novel ni.....mcm best la plak...hihihi

aznanie said...

salam ...
beli la .. memang tak rugi ... best sesangat novelnya .. nanti bila baca .. terbayang muka Fizo watak heronya .. muka Almy Nadia heroinnya .. hehe ..

Anonymous said...

selipar jepun? hhahaha....saya setuju! totally agree...yang lain jgn marah tau wif my statment

blackrose said...

Bila baca sinop cite ni cm menarik sgt....rasanya nk beli jgk la novel ni....lakonan almy nadia pun x mengecewakn...

Cik Kentang said...

salam..sy google tajuk novel kuar pulak sinopsisnya. best jugak..ni semua sebab drama kat tv3 tu. macam dah terbayang2 dah perjalanan citer ni. tq owner blog rajin pulak buat sinopsis. wlaupun fizo taklah sehebat aaron tapi ok lah jugak dia bawak watak aril tu. amy nadia pulak sangat cantik ngan rambut pnjg mengurai. eh dlm novel tu aril tu jadi doctor jugak ke. mcm tak logik pulak kalau dlm drama ni si aril tu boleh konpius smaadaa Dania tu anak dia. Nama nya doktor. Senang je boleh wat DNA. hihi..panjg pulak ulasan aku ni kan..

Anonymous said...

eleh selalunya baca nmovel lg best dr drama...

Superwoman said...

terujer saya nak dapatkan novel ni...kompom pepagi sok saya dah g cari...thaks yer kasik sinpsis...betui2 membakar smangat saya nak baca novel ni !!

makcikmakcik said said...

mula2 tengok drama tu..tuk tuk nak tahu ending mcmne...bila baca sinopsis ni memang best giler citer ni...tapi kenape emelda menyiksa diri spai gitu skali....touching2

Anonymous said...

27hb 4 ni pesta buku kat PWTC..slh satu novel yg akan sya bli thn ini..

alexa yussida said...

baca sinopsis je da tension..berat sungguh dugaan tuk emel..aduhai

HanaKhairi said...

cter kat tv3 tu lain....diorang da ubah jalan cternya....hopefully not sad ending.

noraaini_saaidin said...

x sempat nak baca novel, sibuk dgn kerja :-(
thanks to TV3, sebab siarkan drama "Cinta Buat Emelda" yang diadaptasi dari novel ini..tambah2 pulak, heroinnyer Almy Nadia (ex-junior aku masa SMKTK yang comel & manis) serta Fizo Omar (hero kiut-miut)..
setuju dengan HanaKhairi, harap jugak happy ending..x lena tidur malam, kalau sad ending ;-)

noraaini_saaidin said...

x sempat nak baca novel, sibuk dgn kerja :-(
thanks to TV3, sebab siarkan drama "Cinta Buat Emelda" yang diadaptasi dari novel ini..tambah2 pulak, heroinnyer Almy Nadia (ex-junior aku masa SMKTK yang comel & manis) serta Fizo Omar (hero kiut-miut)..
setuju dengan HanaKhairi, harap jugak happy ending..x lena tidur malam, kalau sad ending ;-)

Anonymous said...

Suka sesangat kat this cerita..benci kat aril tak tahu nak fikir lerr

rosses -- ismail said...

best la crite ni, myentuh prasaan. smua seckup rasa, ade geram,marah, benci, sayang, rindu dsb. tmbah plak heroin dio almy nadia. hero plak fizo. org kg. klau blik kg msti aku pndang kat rmah org tua dio kat kg.

Darya Rivera said...

urm... menyedihkan but happy ending

Hana Alisa said...

Salam...
novel ni sangat best. Tipu kalau saya kata, novel ni tak sedih. Dramanya pun best.

bulat larh said...

rasa macam drama ariana mikhail adaptasi dari novel ni je..yg beza cuma,ariana xde kembar..n anak ariana pun xkembar..tapi jalan cerita seakan sama..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...