Wana yang pernah putus tunang menyerahkan soal jodoh pada keluarganya. Antara rela dan terpaksa, dia menerima Risyam sebagai suami. Rumah tangga mereka diserikan dengan sepasang anak kembar, Rayyan dan Rania. Ternyata, pilihan keluarga juga membuahkan cinta dan bahagia.
Kegembiraan mereka 'dirampas' bila Risyam disahkan menghidap HIV positif akibat pemindahan darah. Risyam yang amat kecewa menganggap ini sebagai malapetaka. Namun, Wana dan seluruh keluarganya memberikan sokongan moral agar Risyam tabah meneruskan kehidupan.
Konflik antara Wana dan Risyam terjadi dengan kemunculan Haiqal, bekas tunangan Wana. Lelaki itu cuba mengoda Wana agar kembali kepangkuannya. Dengan cara halus, dia memporak-perandakan rumah tangga Risyam dan Wana. Namun, keimanan suami isteri ini yang sabar, berjaya menangkis kejahatan manusia.
Akhirnya, setelah mengharungi pelbagai derita, Risyam pergi jua... pergi yang tak kan kembali... Wana berasa bersalah kerana tidak berada di samping Risyam ketika dia menghembuskan nafas terakhirnya. Haiqal pula menyesal akan perbuatannya selama ini.
Penulis : Shanika Latisha
Terbitan : Alaf 21
Point : 5/5
*Novel ni best ... sad ending ... sedih ... meninggal akhirnya si Risyam tu ... Wana tu tabah betul ... cool jek ...hmmm... geram dengan Haiqal tu ... dulu dia yang putuskan tunang dengan Wana ... pastu dia pulak yang nak ngurat Wana balik ... isteri orang pun nak .... apa daa ...
6 comments:
from reading your post, I gather it must be very sad.
yes, it is very sad but really interesting.
read it a few years back, a real 'tear jerker' novel....nice one.
minat gangat novel ni ..best !!!!!!!
assalammualaikum,saya kak ma dr sarawak..nak tanya,ada lg ke novel kasih ku abadi.sye punye dh hlg owg pnjm..erm..lau sape2 ade n nak jual email sye kat gurlzskull@yahoo.com k or www.facebook.com/Kak Ma
sis, still ade x novel ni? if ade, b'minat x nk jual kat sy? sy da lame cari novel ni tp x jmpe2. if sis nk jual, kindly sms 0177213304. thank u so much sis
Post a Comment