Thursday, February 03, 2011

Sinopsis Novel 'Kau Yang Satu'

Novel 'Kau Yang Satu' ini di karang oleh Nia Azalea. Jalan cerita nya best... mudah difahami... dan plotnya tidak berbelit-belit.

Sinopsis oleh : aznanie

Kisah bermula apabila Datuk Mustaza ditimpa bencana di tengah lautan ketika memancing di Laut China Selatan. Dan diselamatkan oleh seorng nelayan bernama Sulaiman. Kerana ingin membalas budi hasrat menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina iaitu anak Sulaiman di laksanakan.


Taufik menentang keras tindakan ayahnya kerana dia sudahpun mempunyai kekasih iaitu seorang modal terkenal bernama Isabella. Manakala Salina pula sudah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung.

Namun jodoh tiada siapa dapat menghalang. Mereka disatukan walaupun hati dan perasaan diamuk tentangan. Jadi la mereka ibarat orang asing walaupun sebumbung.

Sekian lama serumah akhirnya Taufik kecundang dalam egonya. Tanpa disedari tumbuh bibit-bibit cinta antara dirinya dengan Salina. Ditambah dengan kehadiran Zulkifli yang berkerja di syarikat milik Taufik. Api cemburunya marak tanpa di pinta. Dan dia berusaha agar Salina menyintainya.

Dan sesungguhnya, mereka memang ditakdir bersama. Apabila Salina bersedia menerima cinta Taufik. Dan mereka melayari bahtera cinta dengan bahagia.

Namun, sedang hangat menyemai rasa datang musibah tidak dipinta. Isabella membuat onar dengan mengatakan dia hamil hasil hubungan cintanya bersama Taufik. Sedangkan dia tahu Taufik tidak pernah menyentuhnya ketika mereka bersama dahulu. Taufik tertekan. Semua orang menyalahkannya termasuk isteri tercinta. Dia buntu. Tiada lagi kepercayaan untuk dirinya. Dan dia tidak diberi peluang untuk membela diri.
Bersama rasa kecewa, Taufik membawa diri ke luar negeri. Memujuk hati sendiri. Merendam lara diri. 
Kebenaran terungkai sudah, Salina menyesali ketelanjuran diri. Menuduh suami yang setia tanpa usul periksa. Kekesalan  mencengkam jiwa lantas Taufik dijejaki.

Menemui suami tercinta yang sudah tercalar hatinya bukanlah mudah untuk Salina memujuk Taufik memaafkankan dirinya. Taufik mengeraskan hatinya walaupun sayang masih menebal dan rasa kasih dan kasihan pada Salina yang sedang sarat itu.

Akhirnya Taufik melembutkan hatinya, menepis ego demi kebahagian masa hadapan. Sesungguhnya 'tiada lagi setelah kau apatah lagi sebelummu...'

Terbitan : Alaf 21
Tahun    : 2003
Point     : 5/5

*Novel ni best ... memula baca ada rasa tak best ... dah suku baca baru nak rasa best ... ahaks ... suka watak Salina tu ... dia tau Taufik tak suka dia ... memula tu dia nak berbaik jugak la ... tapi lama-lama dia wat hal dia jek ... Taufik tu pulak yang terhegeh-hegeh kat Salina ... haha ... tapi watak Taufik tu digambarkan sebagai seorang suami yang romantik sangat, loving, ideal, perfect la kononnya ... hehe ...

23 comments:

Anonymous said...

mcm mne salina pjuk taufik??nk cari la novel ni..da trlambat k??
dr liliey_tomey

tentang aku said...

salam ...
macam mana salina pujuk taufik ...hehe .. tak perlu pujuk sangat sebab taufik sememangnya cintakan salina .. salina just say sorry and dia pun merajuk sama .. haha ... bila taufik balik rumah, bila lihat keadaan salina yang sarat mengandung .. dia tak sampai hati nak membiarkan salina menderita lagi .. so .. dia maafkan salina kerana tidak percayakan dia .. mereka hidup bahagia lepas tu .. habis cite .. hehe

Unknown said...

wah,,bes sgt2 cite ni,my first novel,walaupn novel ni da lame gile,,tp tetap x boring dibace berulang kali..huhuhu

Unknown said...

nvel yg plg best prnah sy baca..wtak taufik 2 sweet sgt..

Anonymous said...

best tau Novel ni, sy mula baca Novel since tingkatan 5 thn 2005, ni Novel pertama sy baca (kau yg 1), hingga jatuh cinta ngan novel ni, tak terhingga, sampai hari ini, sy sdh mempunya 58 buah novel, dah mcm hantu Novel dah,,,

Juliza said...

I pun suka sgt2 baca novel... dah nak penuh 1 box dengan novel2 ni since zaman sekolah lg.. hehe...

Unknown said...

Novel ni bakal diadaptasi ke drama x lama lagi. Serius.oleh pengarah ombak rindu klu xsilap. Tunggu

tentang aku said...

salam ..
wah ... mesti meletup cam ombak rindu kannn ... tak sabo nak tunggu ...

Unknown said...

Aaron Aziz bawak watak taufik
.. izahara watak salina... 😍😍😍

Unknown said...

Adaptasi ke filem je... nanti tayang 27hb July 2017...

Unknown said...

Adaptasi ke Filem mcm ombak rindu oleh pengarah yg sama. Tayang 27hb Julai 2017 nanti..tak sabarnya!

Unknown said...

Adaptasi ke Filem mcm ombak rindu oleh pengarah yg sama. Tayang 27hb Julai 2017 nanti..tak sabarnya!

Anonymous said...

ye 27 julai ni wayangg

auntyejah said...

Saya suka ending novel ni.. Watak isabela.. Scary tpi puas...

Unknown said...

Akhirnya di adaptasi juga setelah bertahun sy baca buku ni. Tak sabar nya nk tengok

Tena Aryan said...

dah bace novel nie. scene paling kejam masa isabella kena bunuh. tu je nak tgk mcm mne ia di realiti kan. hihi

Unknown said...

Tetiba terminat pulak ngan citer ni..tapi spoil betul..hero agak berusia..

dariilhamkehati said...

Dah pernah baca...haha tapi tak ingat jalan cite macam mana...kebetulan tengok trailer movie novel ni...search sinopsis citer ni...dan terkebetulan sampai kat sini...haha

Unknown said...

Pernah baca novel ni..tp dh byk lupa perjalanan ceritanye..dan mcm berkait dgn novel ombak rindu..

Auntie Lizz said...

Kau Yang Satu dah jadi filem dah...

Auntie Lizz said...

Kau Yang Satu dah jadi filem dah...

adu said...

Novel nih dah lama...14 tahun

Anonymous said...

Dh kua pun kt panggung.tgk tygn prdana dia pn dh best dh

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...