Cerekarama
Nur Hidayah ni dah tengok 2 minggu lepas .. tapi baru la ni baru berkesempatan
nak buat sinopsis dia … huhu … busy la lately … wah .. gitu … cerekarama Nur
Hidayah ni mengisahkan kehidupan seorang gadis yang bernama Nur Hidayah … watak
Nur Hidayah ni dilakonkan oleh Faradiya … bergandingan dengan hero malaya Pierre
Andre yang memegang watak Amril … Nur Hidayah mempunyai seorang adik perempuan
bernama Nur Salihah … Nur Hidayah sangat sayangkan adiknya itu … dia sanggup
melakukan apa sahaja demi adiknya … walau maruah diri menjadi cagarannya …
perkahwinan yang disangka akan membawa bahagia rupanya hanya anganan … Nur
Hidayah dibenci oleh ibu mertuanya (lakonan Dian P.Ramlee) … ibu mertuanya
lebih sayangkan bekas menantunya dari Nur Hidayah … bekas isteri Amir (lakonan
Lisdawati) menghasut anak mereka, Sofi supaya
membenci Nur Hidayah … kehidupan Nur Hidayah bertambah sengsara apabila Amril
disahkan menghidap penyakit kelamin … kerana cara pergaulan bebas yang
diamalkannya dahulu … Amril menyesal tapi nasi sudah menjadi bubur … keadaan
diburukkan dengan tindakan ibu Amril yang membekukan semua akaun atas nama
Amril … bagaimana kesudahan hidup Nur Hidayah dan Amir selepas itu??? … jeng ..
jeng … jom layan jek la sinopsis cerekarama Nur Hidayah ni …
Sinopsis
oleh : aznanie
Nur
Hidayah adalah seorang gadis yatim piatu. Dia tinggal bersama adiknya, Nur
Salihah. Adiknya masih menuntut di sebuah kolej. Nur Hidayah sanggup melakukan
apa sahaja asalkan masa depan adiknya terbela. Dia bersusah payah mencari wang
untuk memastikan adiknya itu meneruskan pelajarannya tetapi Nur Salihah tidak
pernah menghargai usaha Nur Hidayah. Dia membenci Nur Hidayah. Padanya Nur
Hidayah hanya berpura-pura baik di hadapanya.
Nur
Salihah menjadi liar. Dia selalu ponteng kelas dan selalu lepak di kelab malam.
Suatu hari, Nur Salihah bertemu dengan Amril. Amril adalah anak orang kaya yang
tertekan hidupnya gara-gara kecewa dengan bekas isterinya yang lari
meninggalkannya selepas melahirkan anak mereka. Sejak itu Amril berubah sikap.
Dia mulai kenal kelab dan minuman keras. Sewaktu Amril mabuk, Nur Salihah
membawa Amril balik ke rumah mereka. Nur Hidayah memarahi adiknya itu kerana
membawa lelaki yang bukan muhrim ke rumah mereka. Dia takut sekiranya orang
kampong tahu akan perbuatan Nur Salihah itu, namanya akan terlibat sama. Tetapi
Nur Salihah tidak peduli akan kata-kata Nur Hidayah.
Nur
Hidayah bermohan kepada ALLAH semoga dirinya dan adiknya dihindarkan dari
malapetaka dan dia juga bermohon semoga Nur Salihah berubah dan tidak menjadi
liar seperti sekarang. Sedang dia leka di dalam bilinya, tidak disedari yang
Amril mengintainya dari luar bilik. Seperti ada suatu kuasa yang menarik Amril
ke dalam bilik Nur Hidayah. Nur Hidayah yang terkejut dengan kehadiran Amril
mulai keresahan dan ketakutan. Amril cuba menenangkan Nur Hidayah kerana dia
tidak berniat jahat.
Tiba-tiba
terdengar pintu rumah mereka diketuk orang. Nur Salihah yang terjaga dari
tidurnya, membuka pintu dan di dapatinya orang kampung berkumpul di luar
rumahnya sambil bertanyakan kereta yang terpakir di luar rumah mereka. Orang
kampung masuk ke dalam rumah mereka dan ternampak Amril dan Nur Hidayah sedang
berdua-duaan di dalam bilik. Nur Hidayah yang tidak menyangka akan kehadiran
orang kampung berasa sangat terkejut dan panik.
Kisah
penangkapan Amril di rumah Nur Hidayah menjadi kes mahkamah. Nur Hidayah berasa
bimbang sekiranya adiknya didapati bersalah, pihak kolej akan membuangnya dari
kolej. Jadi, Nur Hidayah mengaku yang Amril itu adalah kekasihnya. Dan
penangkapan itu tiada kena mengena dengan Nur Salihah.
Nur
Salihah berasa bengang dengan perbuatan Nur Hidayah itu. Baginya, Nur Hidayah
tidak layak mencampuri urusan kehidupannya. Nur Salihah memberitahu Nur Hidayah
yang dia akan ke luar Negara bersama kekasihnya. Nur Hidayah tidak mahu Nur
Salihah pergi ke luar negara kerana adiknya akan bertambah tersesat sekiranya
berada di sana. Dia meminta bantuan Amril. Amril memberikan Nur Salihah
sejumlah wang tetapi Nur Salihah tetap dengan keputusannya.
Amril
berjanji akan membantu Nur Hidayah memujuk Nur Salihah dengan syarat Nur
Hidayah sudi menjadi isterinya. Nur Hidayah tersentak tetapi akhirnya bersetuju
dengan syarat Amril itu. Ibu Amril begitu menentang kemahuan Amril itu. Begitu
juga dengan anak perempuan Amril, Sofi. Sofi tidak mahu ayahnya berkahwin denga
perempuan lain kerana dia mahukan ayahnya bersama semula dengan ibunya.
Kemunculan
bekas isteri Amril iaitu ibu Sofi lebih memburukkan suasana. Dia menghasut Sofi
supaya membenci Nur Hidayah. Begitu juga dengan ibu Amril. Hasutan demi hasutan
membuatkan perasaan benci pada Nur Hidayah semakin memuncak.
Amril
selalu demam. Nur Hidayah membawanya bertemu dengan doktor. Dan doktor
mengesahkan yang Amril menghidap penyakit kelamin. Penyakitnya sudah ditahap
serius dan sukar untuk di pulihkan kerana organ dalaman tubuhnya sudah di
jangkiti virus itu. Amril menyesal dengan tindakannya bertukar-tukar pasangan
dahulu. Kini dia menanggung akibat dari perbuatannya.
Ibu
Amril mulai menjalankan rancangannya. Dia membekukan semua harta yang dibawah
nama Amril. Dia berpendapat sekiranya Amril sudah tidak ada wang, dia akan
kembali semula kepadanya dan akan meninggalkan Nur Hidayah. Tetapi sangkaannya
meleset. Nur Hidayah membawa Amril pulang ke kampungnya. Ibu Amril meletakkan
semua urusan perniagaannya di atas nama bekas menantunya. Dia amat percayakan
bekas menantunya itu. Kata-kata nasihat dari suaminya langsung tidak
diendahkan.
Nur
Hidayah menjaga Amril yang semakin tenat dengan penuh sabar. Tubuh Amril sudah
ditumbuhi dengan kudis-kudis yang bernanah dan berdarah. Pak Su dan Mak Su nya
setia membantunya. Mereka menganggap Nur Hidayah seperti anak mereka sendiri.
Suatu
hari, tergerak hati Nur Hidayah untuk menziarahi ibu dan ayah mertuanya di
Kuala Lumpur. Sesampainya di sana, Nur Hidayah terkejut apabila mendapati rumah
mertuanya tidak terjaga. Dia masuk ke dalam rumah itu. Dia mencari-cari orang
di dalam rumah itu dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat ibu mertuanya
sedang duduk di hadapan bilik tidurnya dengan bau najis yang sungguh menyengat
hidungnya. Nur Hidayah membantu membersihkan ibu mertuanya itu. Dia memberi ibu
mertuanya itu makan. Ibu mertuanya sudah tidak mengenali dirinya dan seperti
orang yang tidak siuman. Nur Hidayah terkejut apabila mendapati yang ibu
mertuanya bercakap sendirian seolah-olah dihadapannya ada orang lain yang melayaninya
bercakap. Dia melihat ibu mertuanya itu seperti meminta maaf dari ayah
mertuanya. Nur Hidayah hairan kerana ayah mertuanya tiada di rumah itu.
Nur
Hidayah membawa ibu mertuanya balik ke rumahnya di kampung. Ibu mertuanya
ketakutan melihat Amril yang terbaring lesu di katilnya. Dia menyembunyikan
dirinya di tepi katil sambil mengintai-intai Amril yang mengerang kesakitan
itu.
Nur
Hidayah terpaksa berkerja sebagai guru mengaji Al-Quran di kampung sebelah
untuk menampung kehidupan mereka. Dia terpaksa meminta bantuan Pak Su dan Mak
Su nya untuk menjaga suaminya, Amril dan ibu mertuanya sewaktu ketiadaannya.
Malam
itu, Nur Hidayah bermimpi yang Amril sudah meninggal dunia. Nur Hidayah tersentak
dan berpaling kearah Amril di
sebelahnya. Dia mengerakkan tubuh Amril dan ternyata Amril sudah tiada. Nur
Hidayah menangis. Dia kehilangan suami yang sangat di cintainya tetapi dia
bersyukur kerana segala kesakitan dan penderitaan yang ditanggung Amril sudah
berakhir.
Sofi
mendapat alamat rumah Nur Hidayah di kampung. Dia menuju ke sana kerana dia
sudah tiada sesiapa lagi di Bandar. Sesampai di rumah Nu Hidayah, dia
diberitahu yang ayahnya sudah tiada. Sofi meraung dan menyesal kerana tidak
sempat meminta ampun dari ayahnya. Nur Hidayah menenangkannya dan memberitahu
yang ayahnya sudah lama memaafkan dan mengampunkan semua kesalahan Sofi. Sofi
menceritakan apa yang terjadi setelah Nur Hidayah dan Amril pulang kekampung.
Neneknya memindahkan semua harta bendanya ke atas nama ibunya dan datuknya
meninggalkan dunia kerana serangan jantung akibat dari pertengkaran bersama
ibunya itu. Kemudian, ibunya membawanya ke luar negara dengan semua harta benda
milik neneknya. Selama 2 tahun dia di sana, akhirnya ibunya di tangkap oleh
pihak polis kerana cubaan mengedar dadah. Setelah ibunya ditangkap, Sofi pulang
ke Malaysia dan mencari neneknya tetapi dia terjumpa alamat Nur Hidayah yang
ditinggalkan di rumah itu.
Sofi
mahu pergi dari situ kerana menganggap dirinya sudah tiada siapa-siapa lagi di
situ. Neneknya sudah tidak mengenali dirinya dan ayahnya juga sudah tiada. Nur
Hidayah menghalangnya dan mahukan dia tinggal bersamanya. Nur Hidayah
meyakinkan Sofi yang mereka berdua sama-sama tiada sesiapa lagi. Dan dia mahu
Sofi menerimanya sebagai ibunya. Sofi menangis dan memeluk Nur Hidayah. Tamat …
Para
pelakon :
Faradhiya
sebagai Nur Hidayah
Pierre
Andre sebagai Amril
Dian
P. Ramlee sebagai Ibu Amril
Lisdawati
sebagai Ibu Sofie
Eliza Loy sebagai Sofie
* Jalan
cerita yang cukup menyayat hati … muka Faradhiya ni kalau bawak watak sedih
asik nak mencebik jek … hehe … tapi menjadi jugak lakonan dia … watak orang
kampung yang miskin … kena pakai tudung labuh lagi .. tak nampak dah rambut dia
yang kerley2 tu … haha … apapun gandingan dengan Pierre tu tak menjadi sangat …
tapi buleh la … ending sad … Amril mati .. tu memang dah jangka la … mak mertua
dia … mengalami gangguan mental akibat tertekan dengan perbuatan bekas menantu
dia ngan dosa dia kat suami dia .. tak sempat mintak ampun … suami dia dah
meninggal … isteri derhaka dia ni … asyik nak melawan kata suami dia jek … tak
de rasa hormat kat suami … balasan ALLAH kat dunia dah rasa …. Yang si Sofi
baru tau perangai sebenar mak dia … dia ingat mak dia tu baik sangat la …
rupanya kaki belit … kaki songlap … last2 kena tangkap mengedar dadah … baru
Sofi tau yang Nur Hidayah tu tak jahat seperti yang dicanang oleh mak ngan
nenek dia … tapi dia kesal kerana tak sempat nak jumpa ayah dia … dia nak
mintak maaf dan ampun sebab kurang ajar dengan ayah dia … huhu … banyak
pengajaran cite ni … buat jahat di balas jahat … buat baik akan dapat ganjaran
akhirnya … setiap yang berlaku ada hikmahnya … sabar buahnya manis sekali … ok
… layannnn
0 comments:
Post a Comment