Monday, April 11, 2011

Filem 'Sini Ada Hantu!'

Cerita ni cerita dalam cerita .. faham ker apa yang aku cakap ni .. hehe .. kejadian dalam cerita ni diceritakan semula oleh watak-watak utama cerita Sini Ada Hantu! ni .. ada 3 cerita dalam movie ni .. ikuti preview yang aku buat ni ..

Sinopsis oleh : aznanie

Kisah bermula bila syarikat penghantaran Pasti Sampai perlu menghantar barang kepunyaan bos besar mereka. En. Rama, orang yang bertanggungjawab memastikan barangan sampai tepat pada masanya telah menyuruh Ah Meng dan Bakri pergi menghantar satu barang bos mereka ke kampung. Barang tu merupakan keranda berisi mayat datuk bos besar syarikat itu. Mahu tak mahu, Ah Meng dan Bakri terpaksa jugak menghantar barang tu walaupun sudah malam. Pada mulanya mereka tidak mahu tetapi setelah dijanjikan dengan elaun overtime 3 kali ganda dan cuti dengan gaji, mereka bersetuju dengan berat hati.

"Ini dalam ada orang ka??"
"Adaaa... tapi sudah mati...hahahaha!"
Dalam perjalanan, mereka berdua bercerita tentang kewujudan hantu. Masing-masing mengaku tidak pernah berjumpa dengan hantu. Bakri yang memulakan cerita hantu dulu. tapi katanya bukan dia yang nampak. Abang dia punya adik .. tapi bukan dia la ..

Cerita 1: Hantu Pokok Pisang


Zam, seorang budak kampung yang miskin. Kerja membantu pakcik dia kat gerai makan. Selalu kena buli dengan 3 orang samseng diketuai oleh Farid. Zam ni ada hati kat awek Farid, Aini. Aini syak Farid ada perempuan lain. Jadi, Zam menawarkan diri menyiasat bagi pihak Aini. 

Zam disuruh pakcik dia menghantar nasi kepada bomoh Hamid di rumahnya. Semasa di sana, bomoh Hamid bercerita mengenai hantu pokok pisang. Bila Zam balik dia pun buat cara yang sama bagaimana yang bomoh Hamid cerita tadi. Dia hanya ingin tahu betul ke ada hantu pokok pisang.

Bila malam menjelma, tepat pukul 12 malam. Hantu pokok pisang pun datang dengan menjelma sebagai wanita yang cantik. Zam tergoda dengan hantu itu dan tidur bersama hantu itu.

Farid yang berang bila mendapat tahu yang Zam nak pikat Aini, memarahi Zam. Zam mempertahankan dirinya dengan mengaku dirinya menpunyai awek jugak. Dia menyuruh Farid datang ke rumahnya malam ini untuk membuktikankannya.

Kemudian, Zam pergi ke rumah Aini. Memberitahu bahawa Farid bukanlah lelaki yang baik dan menyuruh Aini datang ke rumahnya malam ini. Untuk melihat kecurangan Farid, katanya.

Tepat jam 12.00 malam, Zam menyuruh Farid masuk ke dalam rumahnya. Bila terlihat sahaja hantu pokok pisang yang menyamar sebagai perempuan cantik, Farid terus tergoda.

Di masa yang sama, Aini sampai di rumah Zam. Dia terihat motosikal Farid ada kat rumah Zam. Zam beritahu Aini yang Farid sering menggunakan rumahnya untuk bersama dengan perempuan-perempuan dari luar kampung.

Aini dibawa masuk ke dalam bilik Zam. Bila Aini buka pintu aje, terus ternampak hantu pokok pisang yang dah bertukar wajah, menjadi hantu. Aini menjerit. Zam membawa Aini keluar dari rumahnya. Zam memberitahu yang dia cintakan Aini. Aini menolak dan berlari ke belakang rumah. Masa tu la dia nampak ada kain merah diikat pada pokok pisang menghala ke bilik Zam. Barulah Aini tahu yang Zam memang rancang semua ni untuk kenakan Farid.

Aini mengambil parang dan menetak kain merah pada pokok pisang itu. Dan berlari masuk ke dalam rumah Zam untuk menyelamatkan Farid. Zam mengikut dari belakang. Bila Aini ingin membawa Farid keluar, Zam menghalang dengan parang di tangannya. Pada masa itulah, hantu pokok pisang mencekik leher Zam. Zam yang ketakutan terjatuh di atas katil. Hantu pokok pisang tu terus menerpa ke arah Zam. Aini dan Farid dapat menyelamatkan diri. 

Keesokan hari, bila bomoh Hamid berserta orang kampung datang ke rumah Zam, Zam dah pun mati di bunuh oleh Hantu Pokok Pisang itu.

Ah Meng mentertawakan Bakri dengan menyatakan hantu cerita melayu tak logik. Baginya hantu mana boleh pegang orang. Baginya hantu cina lebih realistik kewujudannya. Kemudian, Ah Meng bercerita pulak tentang Hantu Nombor Ekor.

Cerita 2: Hantu Nombor Ekor

Kisah 4 sahabat yang suka main nombor ekor. Mereka dapat tahu cara nak menang nombor dengan memuja kubur lama. Jadi mereka pun berpakat cuba cara itu. Dengan harapan cara mereka akan berhasil.

Setelah mendapatkan semua barangan yang diperlukan mereka pun pergi ke kubur itu pada waktu malam. Setelah melakukan semua perkara yang diajarkan. Mereka pun balik setelah merasakan tak ada apa yang berlaku. 

Semasa mereka berkumpul selepas balik dari memuja kubur itu, salah seorang dari mereka pergi buang air kecik. Setelah kembali, dia seperti terkena sawan. Mulutnya berbuih. Dan pengsan.

Mereka menghantarnya ke hospital dan koma. Keesokan harinya, seorang kawan mereka yang lain pulak menjadi mangsa. Dia di langgar kereta ketika berlari menyelamatkan diri, setelah ternampak hantu di dalam keretanya. Pada masa yang sama, yang koma kat hospital tu dah mati jugak.

Tinggallah mereka berdua. Mereka merasakan semua kejadian itu berpunca dari kubur yang mereka puja itu. Jadi, salah seorang yang agak berani telah berjumpa dengan sami. Sami itu memberitahu bahawa mereka telah memuja kubur seorang perempuan yang kena perkosa dengan 3 orang lelaki. Disebabkan takut hantu perempuan itu keluar membalas dendam, keluarga perempuan itu memakaikan baju merah kepadanya. Jadi perempuan itu tidak dapat mengecam orang yang merogolnya dulu. Disebabkan 4 sahabat ini menganggunya, maka dia menjadikan mereka sebagai mangsanya. Hantu ini marah sebab 4 sahabat ini memaksanya keluar. 
Jadi, hantu ni nak 3 nyawa sebagai ganti orang yang memperkosanya dulu.

Sahabat yang tinggal 2 orang ni, pergi semula ke kubur itu. Nak berbincang dengan hantu tu la.Sampai jek di kubur, salah seorang yang berani itu telah menghayunkan penukul ke kepala kawannya. Dia memukul  kepala kawannya itu sehingga mati. Sebab dia takut hantu tu pilih dia untuk cukupkan 3 nyawa. Jadi, dia bagi nyawa kawan dia kat hantu tu. Pastu hantu tu bagi dia nombor ekor.

Dia pun balik dan meminta pinjam dari Along untuk membeli nombor itu. Tapi malang nasibnya bila dia dibelasah dan ditikam dengan parang sehingga mati. Masa dia nak mati tu, dia nampak 3 orang sahabat dia tengok dia. 

Giliran Bakri pulak yang mempertikaikan cerita Ah Meng dengan mengatakan bahawa hantu cina lagik la tak logik. Mereka bertekak sekejap. Ketika itu, enjin van mereka mati. Kena tunggu 15 minit baru boleh dihidupkan semula. Bakri keluar buang air kecik. Ah Meng pun keluar dari van itu. Masa tu Ah Meng nampak sebuah lori dipandu laju menuju ke arahnya. Bakri pun nampak lori tu. Setelah siap, Bakri mencari Ah Meng dan ternampak Ah Meng dah masuk dalam van kat tempat penumpang. Ah Meng menyuruh Bakri membawa van sebab dia mengantuk. Setelah van bergerak, ternampak sebelah kasut menyerupai kasut Ah Meng tertinggal kat jalan.

Bakri menghalang Ah Meng tidur sebab dia nak cerita lagik cerita hantu yang lain. Tentang Hantu Asrama.

Cerita 3: Hantu Asrama   


Yaakob, pelajar bermasalah. Bapanya menghantar Yaacob ke sekolah berasrama untuk dia mengubah sikapnya dan memperbaiki pelajarannya.

Yaacob ditempatkan dalam sebuah bilik yang sama dengan 3 orang pelajar yang lain. Pada mulanya, mereka bertiga itu hendak membuli Yaacob tetapi bila Yaacob menunjukkan taringnya, mereka pulak yang menjadi mangsa.

Yaacob menunjukkan sikap belagaknya pada pelajar yang lain. Semasa dia sedang merayau-rayau di kawasan sekolah, seorang tukang kebun melarangnya merayau-rayau di kawasan itu terutamanya pada waktu malam. Pada mulanya, Yaacob mahu melawan tapi bila kena herdik dengan tukang kebun tu dia terus blah dari situ.

Semua  pelajar asrama itu tidak berani pergi ke tandas pada waktu malam, kerana seorang senior mereka memberitahu pernah terserempak dengan hantu jepun kat tandas pada waktu malam. Jadi, mereka semua buang air pakai plastik. Sehingga mereka dimarahi oleh cikgu mereka. 

Yaacob tidak percaya pada cerita hantu tu. Sehinggalah dia nak pergi ke tandas pada waktu malam. Dia mengajak 3 orang kawan sebiliknya pergi menemaninya. Pada mulanya mereka enggan mengikut tetapi setelah dipaksa oleh Yaacob, akhirnya mereka mengikut jugak.

Sampai di tandas, mereka bertiga berbual sesama sendiri tentang kewujudan hantu jepun itu. Sedang mereka berbual mereka terlihat hantu jepun itu sedang berdiri sambil memegang pedang samurai. Mereka bertiga berlari meninggalkan Yaacob yang masih dalam tandas.

 Yaacob yang merasakan dipermainkan oleh mereka bertiga, bertindak berani dengan mencari mereka. Tiba-tiba dia terpandang hantu jepun di belakangnya. Dia pun berlari keluar dan pergi ke kawasan di mana hantu tentera jepun selalu dijumpai berkawad. Yaacob ketakutan dan terjatuh di situ. Masa tu dia nampak hantu jepun tu dah keluarkan pedangnya untuk memancungnya. 

Nasib baik tukang kebun sekolah tiba tepat masanya, dia bercakap dalam bahasa jepun dengan hantu itu dan hantu itu melepaskan Yaacob setelah tukang kebun itu berjanji akan menghukum Yaacob atas perbuatannya itu. 

Bakri dan Ah Meng meneruskan perjalanan, sehingga  mereka membelok masuk ke jalan kampung yang kecik dan berhutan kiri dan kanan jalannya. Tiba-tiba enjin van mereka mati sekali lagik. Kali ini masalah bateri pulak. Ah meng pergi mendapatkan bantuan.

Ketika peninggalan Ah meng, Bakri mendapat panggilan telefon daripada Rama. Dia memberitahu ada kemalangan kat highway. Ada orang mati kena langgar lori. Bakri mensyaki yang Ah Meng dah mati di langgar lori.

Tiba-tiba Ah Meng muncul dengan menakut-nakutkan Bakri. Tapi Bakri yang percaya Ah Meng sudah mati mula ketakutan dan tidak mahu membuka pintu van untuk nya. Setelah diyakini oleh Ah Meng yang dia belum mati barulah Bakri percaya.

Bila Bakri sudah mula percaya, tiba-tiba Ah Meng berlari meninggalkan van mereka. Rupa-rupanya mayat dalam keranda di belakang mereka tu dah duduk kat tempat pemandu. Bakri yang tidak perasan ada hantu disebelahnya terpinga-pinga sehingga lah diberitahu oleh Ah Meng. Barulah Bakri melarikan diri. Van mereka dibawa lari oleh hantu uncle.

Mereka berjalan sehingga hari siang dan menemui van mereka di kampung bos mereka. Mereka memeriksa van dan mendapati keranda sudah tidak ada di situ. Mereka bergegas pergi ke tokong tempat upacara pengkebumian di adakan dan mendapati keranda ada disitu. Bila mereka melihat gambar mendiang, mendiang mengenyit mata ke arah mereka. Mereka menjerit dan berlari keluar. Tamat.

Barisan pelakon :
Alvin Wong sebagai Ah Meng
Baki Zainal sebagai Bakri
Ramasundran sebagai Rama

Penampilan Istimewa :
Fasha Sandha sebagai Hantu pokok pisang
Patrick Teoh sebagai Pakcik Ma Zhai
Mandy Chen sebagai Hantu nombor ekor
Goh Sin Ping sebagai Hantu Jepun
Mano Maniam sebagai Hantu keranda
Kaza Saisi sebagai Tukang kebun

Arahan : James Lee
Cerita Asal Dan Skrip : James Lee

* Kelakar ler cite ni .. aku baru tengok cite ni .. kelaka seram sebenarnya .. aku tak berapa nak suka ler bab yang hantu pokok pisang tu .. banyak pelakon yang kaku semacam jek .. tak best .. yang 2 cite lagik tu okey ler .. buleh layan lagik .. suke tengok si Bakri ngan Ah Meng tu jek .. haha .. lawak betul masa Bakri tak percaya yang Ah Meng belum mati lagik .. haha .. sampai sakit perut aku gelak .. lawak betul la mamat 2 orang ni .. best ....

2 comments:

sabree hussin said...

wah ni dah macam kisah lengkap dah ni

aznanie said...

hmm .. saya pun rasa begitu ..hehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...