Tuesday, April 12, 2011

Korean Movies : The Classic

Kisah cinta yang tak kesampaian. Antara hero ngan heroinnya. Aksi sedihnya menyentap jiwa, menyentuh kalbu. Sungguhpun cinta diaorang ni cinta mati tapi hajat untuk hidup bersama tak kesampaian. Tak de jodoh namanya tu. Dah bermacam rintangan ditempuhi ... dugaan diharungi .. bersama .. last-last tak kawin jugak ... masing-masing kawin dengan orang lain ... kesiannya ...ceday .. ceday ...

Sinopsis oleh : aznanie

Ji Hae mengemas buku-buku lama untuk di simpan ditempat simpanan buku-buku lama. Di dalam almari tersebut terdapat sebuah kotak berisi diari dan surat-surat cinta pertama ibunya, Sung Joo Hee. Hati Ji Hae tergerak untuk membaca surat-surat yang terdapat di situ kerana dahulu jika ibunya membaca diari itu pasti ibunya menangis. Ji Hae mengambil diari itu dan membacanya dan bermulalah kisah antara ibunya, Sung Joo Hee dan Oh Joon Ha.
Oh Joon Ha seorang pelajar di sebuah sekolah lelaki di Suwon. Semasa musim cuti persekolahan, dia pergi melawat pakciknya di kampung dan di situ lah dia berjumpa dengan Sung Joo Hee. Sung Joo Hee mengajak Oh Joon Ha ke sebuah rumah tinggal di seberang sungai. Oh Joon Ha bersetuju. Mereka berdua pergi dengan menaiki bot. Sesampai di rumah tinggal tersebut mereka di kejutkan dengan kehadiran seorang lelaki berpakaian compang-camping. Mereka berpura-pura takut dan berlari dan menjerit sekuat-kuat hati mereka.

Semasa mereka hendak pulang bot mereka telah dibawa arus ke tengah sungai. Mereka mengambil keputusan berjalan di sepanjang tebing sungai untuk meminjam bot. Pada masa itu hujan turun dengan lebatnya. Mereka berlari ke arah sebuah pondok dan semasa mereka berlari itu Sung Joo Hee terjatuh dan terseliuh kakinya. Oh Joon Ha mendukungnya pergi ke pondok. Mereka duduk di situ hingga hujan berhenti. Setelah hujan berhenti, mereka menetuskan perjalanan. Oleh kerana kaki Sung Joo Hee terseliuh, Oh Joon Ha terpaksa mendukung belakang Sung Joo Hee.

Ketika melalui sebatang jambatan, mereka ternampak kunang-kunang. Dan Oh Joon Ha telah menangkap seekor kunang-kunang itu untuk dihadiahkan kepada Sung Joo Hee. Semasa bot semakin hampir dengan seberang sungai, datuk Sung Joo Hee telah menunggu bersama orang-orang suruhannya. Sung Joo Hee telah memberikan Oh Joon Ha seutas rantai sebagai balasan kerana memberinya kunang-kunang dan mengendongnya sepanjang jalan. Setibanya di seberang sungai, ketika Sung Joo He telah di bawa naik, datuk Sung Joo Hee telah menampar Oh Joon Ha.

Tae Soo, kawan sekolah Oh Joon Ha telah menunjukkan gambar tunangnya dan meminta pertolongan Oh Joon Ha untuk menulis surat kepada tunangnya itu. Ketika Oh Joon Ha melihat gambar itu hatinya menjadi gembira sebab gambar itu adalah gambar Sung Joo Hee..

Semenjak itu hubungan mereka bertambah erat. Cinta telah berputik antara mereka tanpa pengetahuan Tae Soo. Sehinggalah Oh Joon Ha memberitahu Tae Soo bahawa mereka mencintai antara satu sama lain. Tae Soo tiada halangan sebab dia pun tak ada hati pada Sung Joo Hee cuma ayahnya yang beria-ia mahu dirinya berkahwin dengan Sung Joo Hee sebab Sung Joo Hee anak ahli kongres.

Atas cadangan Tae Soo mereka menulis surat menggunakan nama Tae Soo untuk mengelirukan orang tua Sung Joo Hee. Tapi segalanya terbongkar bila surat kiriman Oh Joon Ha dipulangkan semula ke alamat Tae Soo dan ayah Tae Soo telah membaca surat tersebut. Tae Soo berterus-terang pada ayahnya yang Sung Joo Hee dan Oh Joon Ha saling mencintai. Ayah Tae Soo telah memukul Tae Soo dengan menggunakan talipinggang.

Di sekolah, Tae Soo rasa tertekan dengan tindakan ayahnya itu dan bertindak menggantung dirinya dengan menggunakan talipinggang itu. Mujur Oh Joon Ha menemuinya dan Tae Soo dapat diselamatkan. Semasa di hospital, Sung Joo Hee datang melawat Tae Soo. Oh Joon Ha telah menyuruh Sung Joo Hee menemani Tae Soo sebab katanya Tae Soo akan cepat sembuh andainya Sung Joo Hee ada disebelahnya. Ketika di dalam bilik Tae Soo, Sung Joo Hee memandang Oh Joon Ha yang tersenyum ke arahnya. Dan apabila Sung Joo Hee melihat ke arah lain, Oh Joon Ha sudah tiada dan yang ada di situ hanyalah seutas rantai pemberian Sung Joo Hee dulu. Sung Joo Hee keluar mencari Oh Joon Ha tapi disebabkan ada perarakan di depan hospital itu menyukarkan Sung Joo Hee mencari Oh Joon Ha. Itulah terakhir kalinya mereka berjumpa.

Sehingga tamat persekolahan, Sung Joo Hee tidak bertemu lagi dengan Oh Joon Ha, sehinggalah dia bertemu dengan Tae Soo. Tae Soo membawanya berjumpa dengan Oh Joon Ha yang sedang dalam perjalanan untuk pergi berperang. Mereka mencari Oh Joon Ha di tengah-tengah kesesakan orang di setesen keretapi. Melalui gerak hati, Sung Joo Hee dapat menemui Oh Joon Ha. Pada mulanya Oh Joon Ha tidak mahu memandang Sung Joo Hee tetapi bila keretapi sudah mula bergerak barulah dia bertindak mengejar Sung Joo Hee. Oh Joon Ha berpaut pada pintu masuk keretapi itu bila Sung Joo Hee mengejarnya bersama Tae Soo. Sung Joo Hee memberinya kembali rantai yang pernah diberikan dulu. Dan meminta Oh Joon Ha pulang dengan selamat.

Semasa di medan perang, ketika pasukan Oh Joon Ha sudah mahu berundur, dia terperasan rantainya telah ditarik oleh kawannya yang terbunuh di tengah hutan. Dia bertindak mencari rantai tersebut dan menemuinya. Dalam perjalanan kembali ke helikopter, dia mendukung kawannya yang cedera di tembak musuh. Bila jaraknya semakin hampir dengan helikopter tiba-tiba letupan berlaku mengenai dirinya. Oh Joon Ha cedera akibat letupan itu dan menyebabkan matanya buta. 

Setelah beberapa tahun berlalu, Oh Joon Ha merancang bertemu dengan Sung Joo Hee untuk memberitahunya yang dirinya sudah berkahwin dan Sung Joo Hee patut berkahwin juga. Dia tidak memberitahu yang matanya tidak dapat melihat lagi. Dan segalanya terbongkar apabila dia menunjukkan arah replika piano sedangkan replika piano itu telah di ambil oleh seorang budak lelaki. Pada masa itu lah Sung Joo Hee tahu kedudukan sebenarnya. Oh Joon Ha ingin memulangkan rantai pemberian Sung Joo Hee tetapi Sung Joo Hee memakaikannya semula kepada Oh Joon Ha. Itu lah pertemuan terakhir antara mereka.

Setelah pertemuan itu, Sung Joo Hee pun berkahwin. Lelaki pilihannya adalah Tae Soo. Kerana hanya Tae Soo yang ada di sisi dia dan mentelah kedua orang tua mereka berhajat sangat untuk menyatukan mereka sejak dari dahulu lagi.

Setelah anak Sung Joo Hee berumur 3 tahun, dia membawa anaknya ke sungai yang menyimpan kenangan indah dirinya dan Oh Joon Ha. Ketika itulah dia didatangi oleh 3 orang lelaki yang memberitahunya tentang wasiat terakhir Oh Joon Ha yang mahukan Sung Joo Hee menabur abu mayatnya di sungai itu. Sung Joo Hee tidak dapat menahan sebak bila mengetahui yang Oh Joon Ha telah mati dan dirinya bertambah pilu bila diberitahu yang Oh Joon Ha berkahwin setelah dirinya berkahwin dahulu. Oh Joon Ha mempunyai seorang anak lelaki. Bersama abu mayat itu diberikan jugak sebuah kotak yang mengandungi diari dan surat-surat cinta mereka.

Anak Sung Joo Hee, Ji Hae mempunyai perasaan pada Sang Min pengarah dan pelakon teater. Tapi dia hanya memendamkan perasaannya sahaja. Kawannya, Soo Gyung juga suka pada Sang Min. Soo Gyung meminta Ji Hae menulis email kepada Sang Min. Semenjak hari itu, Soo Gyung mengikut kumpulan teater Sang Min. 

Ji Hae tidak meluahkan perasaannya pada Sang Min kerana tidak mahu merampas kekasih kawannya dan beranggapan yang Sang Min jugak berperasaan begitu terhadap Soo Gyung. Sehinggalah suatu hari Sang Min sanggup meredah hujan bersamanya untuk menghantarnya ke library. Hatinya berbunga riang. 

Dan segalanya terbongkar bila dia mendapat tahu yang hari itu Sang Min ada membawa payung tetapi sengaja di tinggalkan payung di cafe semata-mata bila terlihat Ji Hae berteduh di bawah pokok. Barulah Ji Hae mengerti bahawa Sang Min juga mempunyai perasaan terhadapnya. 

Ji Hae berjumpa dengan Sang Min untuk memulangkan payung. Sang Min meluahkan perasaan pada Ji Hae pada masa tu tapi Ji Hae yang sudah mengetahui perasaan Sang Min hanya mendiamkan diri dan menyatakan dia akan datang menyaksikan persembahan teater Sang Min dan terus pergi.

Selepas persembahan teater itu berakhir, Ji Hae membawa Sang Min ke sungai di mana cinta pertama ibunya berputik. Dan di situ dia melihat Sang Min menangis. Ji Hae tidak mengerti dan sehinggalah Sang Min mengeluarkan seutas rantai dan dipakaikan kepada Ji Hae. Mengertilah Ji Hae bahawa Sang Min adalah anak kepada teman lelaki ibunya, Oh Joon Ha. Tamat


Para pelakon :
Son Ye Jin           sebagai   Ji Hae & Sung Joo Hee
Jo Seung Woo     sebagai   Oh Joon Ha
Jo In Seong         sebagai   Sang Min
Lee Ki Woo        sebagai   Tae Soo
Lee Soo In          sebagai   Soo Gyung

* Best jugak cite ni ..sebenarnya masa memula cite kisah Ji Hae dulu ... pastu flashback lepas dia baca diari yang dia jumpa dalam kotak kat tempat simpan buku-buku lama ...pastu kat tengah-tengah cite balik semula kisah Ji Hae .. cam tu la sampai habis cite ..cite ni touching sangat .. sedih .. ada gak babak yang hapening tapi tak sebanyak babak yang sedih .. kesian sangat masa Joon Ha tu dah buta tapi dia tak nak Joo Hee tahu, dia praktis kat situ sebelum hari nak jumpa ngan Joo Hee .. tapi kantoi jugak .. sedih sangat bila Joo Hee nampak Joon Ha jatuh masa nak lari lepas kantoi yang mata dia buta ... menangis aku tengok cite ni .. biasalah kan aku ni kan memang cepat jek nangis bila tengok cite sedih .. hehe .. tapi puas hati jugak ler .. mak ngan ayah diaorang tak dapat bersama walau dah bercinta setengah nak mati .. tapi anak-anak diaorang pulak yang sambung cinta diaorang tu .. gembira dalam sedih ler kiranya .. hehe

3 comments:

Anonymous said...

Best beb cerita nie...jiwang abis smpai nangis sowang2...dpat tahu cerita nie pown psal tngok running man...ost the classic ade kuar dlam running man tuh yang dtg rajin search title kuar lak the classic....huhuh...betul beb klau hayati kisah diowang conform korang pown ngis...genre romantik mmg favourite aku...hahaha

Anonymous said...

Jiwang abis

akassya trias salsabilla said...

Huuhh.. ;-( tapi, happy ending kan.. Oh yoon ha dan sung nim sweet banget ya ?. Mungkin takdir kebahagiaan diberikan kpd anak2 mereka.. Haii,, makasih ya sinopsisnya. lengkap,keren, tapi aku agak bingung sama bahasanya ya.. Hehe ;-):-D. Byee.. #salah satumyfavorite

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...