Thursday, April 14, 2011

Bersamamu TV3 : Kisah En. Idris Abu Bakar Dari Selangor

En. Idris Abu Bakar telah menderita penyakit kanser lidah dan telah menjalani pembedahan pada Jun 2010. Beliau juga telah menjalani 40 kali radioterapi dan 15 kali kemoterapi. Pada pembedahan itu stuktur lidah beliau telah di buang sebanyak 70% dan tisu kulit di ambil bagi membentuk lidah yang baru tetapi malangnya lidah baru itu tidak berfungsi dengan baik. Ia merosakkan rongga mulut. Lidah membengkak dan bahagian sekitar mulut dan tepi pipi membengkak. Ini menyukarkan beliau untuk bercakap dan mengunyah makanan.
Beliau di kurniakan 4 orang anak setelah berumahtangga bersama Hayati selama 15 tahun.Beliau telah berkerja di kilang kotak selama 11 tahun. Dan disebabkan penyakit yang dihadapinya, beliau tidak dapat bekerja dan diberhentikan kerja. Dengan bantuan dari lembaga zakat negeri yang menyumbang Rm 300 sebulan untuk menyara keluarganya juga Rm 300.00 sebulan untuk bayaran rumah, beliau meneruskan kehidupan.

En. Idris tidak dapat makan makanan seperti orang lain. Makanan beliau adalah bubur nasi yang dikisar halus serta air susu. Hanya ini makanan yang boleh melalui mulutnya. Beliau juga sering demam kerana antibodinya lemah.

Beliau tidak menduga akan menghidap penyakit kanser lidah itu sedangkan dirinya tidak merokok dan tiada sejarah dalam ahli keluarganya yang menghidap kanser. Namun dia redha dengan ujian dari Allah ini. Walaupun beliau kehilangan deria rasa untuk menikmati makanan, beliau tetap bersyukur dan berusaha untuk melawan penyakit kanser yang dihadapinya ini.

Kini kehidupannya semakin baik bila PERKESO meluluskan permohonannya untuk mendapatkan PENCEN ILAT. Definasi PENCEN ILAT ini ialah keuzuran yang serius, berkekalan dan tidak boleh atau tidak mungkin pekerja (OB), tidak mampu mencari nafkah sekurang-kurangnya 1/3 dari keupayaan pekerja normal. En. Idris menerima Rm 1,600.00 sebulan. Dengan bantuan dari PERKESO ini dapatlah mengurangkan bebanan beliau bagi menangung keluarganya.

Isterinya, Hayati jugak diajar membuat kraftangan melalui program Pendidikan Kebajikan Keluarga anjuran KEMAS. Di sini didedahkan dengan ilmu kraftangan dan boleh memulakan perniagaan kecil-kecilan apabila sudah mahir kelak. Program ini adalah secara percuma. Hanya barang untuk belajar saja di sediakan sendiri oleh para peserta secara berkongsi.



* Kepada En. Idris aku doakan semoga diperolehi kesihatan yang baik berpanjangan. Juga semoga dapat bersabar dan redha dalam menjalani kehidupan ini. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui akan hikmah di sebalik setiap kejadian-NYA. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...