Thursday, April 21, 2011

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Dan Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar Sekolah Agama

Pagi tadi gi Sekolah Agama anak aku, Ayen. Ada Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar. Majlis di adakan di Dewan Sekolah Agama Felda Tunggal. Hantar Ayen dulu .. aku pergi kemudian .. sebab Ayen nak ikut orang berarak .. aku nak ikut jugak tapi jemputan ibubapa pukul 9.00 pagi .. Ayen kena ada kat sekolah pukul 7.00 pagi .. hmm .. melepas ler nak ikut berarak .. haha ..

Sedang aku menyiapkan anak aku, Aisy .. tedengar kompang .. aku keluar dari umah mak .. nampak bebudak berarak sambil pegang sepanduk .. wah .. diaorang lalu depan umah mak aku ler .. ini sudah bagus .. leh snap-snap pic nih .. hehe

Seramai 7 kumpulan yang membawa sepanduk sempena Sambutan Maulidur Rasul Sekolah Agama ni .. anak sedara aku, Ebay .. bawak sepanduk yang kainnya kala ijau .. kumpulan dia sorang jek yang kain ada kala .. yang kumpulan lain semua kain putih .. nak kelainan ler tu ... yang ikut berarak ni semua budak-budak sekolah jek .. dari darjah 1 hingga darjah 6 .. ader le 2 orang cikgu yang mengiring .. cikgu lelaki jek .. cikgu perempuan tak ikut .. hehe .. kumpulan kompang ikut kat belakang sekali .. kompang .. gendang .. berjalan sambil berselawat .. laluannya dari sekolah agama tu .. menghala surau felda tunggal .. pastu masuk ke jalan raya depan blok mak aku .. pusing padang .. sampai sekolah agama balik .. tak jauh sangat beraraknya .. cuma nak tunjuk sepanduk jek .. haha ..

Sepanduk-sepanduk yang di pertandingkan .. yang kala ijau tu kumpulan anak sedara aku, ebay .. huhu .. tak menang dapat nombor 6 jek .. huhu ..

Meja Pendaftaran ...

Cikgu Hazlinah dan Cikgu Hanifah .. bekas guruku dan kawan baik ku .. huhu ..

Aku sampai kat Dewan Sekolah Agama pukul 9.00 pagi .. sampai-sampai jek terus gi daftar .. kena daftar baru dapat nombor untuk cabutan bertuah .. haha .. harap-harap bertuah ler hari ini .. huhu .. mengharap la pulak .. aku dapat nombor 212 .. hmm .. maknanya dah ada 212 orang kat sekolah agama ni .. yang mendaftar jek la .. yang tak daftar tu tak tau ler kan .. tapi 212 ni tak campur anak-anak .. tapi lepas aku daftar ada lagik yang datang .. maknanya lebih dari itu ler kan kat dewan ni .. aku duduk kat luar jek la .. leh borak-borak ngan kawan baik aku, Cikgu Hazlinah ngan Cikgu Hanifah ... Cikgu Hanifah ni, cikgu aku masa sekolah dulu ... dia ajar aku 2 taun .. darjah 5 ngan darjah 6 ... Sekolah Agama Tunggal ni ler ... hehe .. sekarang ni Cikgu Hanifah tak ngajar kat Sekolah Agama ni dah ... dia ngajar kat Sekolah Agama Kledang .. sama ngan Cikgu Hazlinah .. Cikgu Hazlinah ni .. kawan baik aku masa Sekolah Menengah .. dari form 2 hingga form 5 .. satu kelas .. cuma form 3 jek .. tak sama kelas .. dia masuk kelas adil rasanya .. aku masuk kelas setia .. huhu .. setianya aku .. haha ..

Yang pegang mikrofon tu ler guru besar .. Cikgu Kamsiah Bikin ..

Majlis di mulakan dengan bacaan doa selamat .. semoga majlis yang bakal berlangsung akan berjalan dengan lancar .. pastu ucapan dari Guru Besar Sekolah, Cikgu Kamsiah Bte Bikin .. Cikgu Kamsiah ni pun pernah ngajar aku jugak .. masa darjah 6 Sekolah Kebangsaan dulu .. sekarang dia ngajar anak aku pulak .. huhu ...

Lepas tu, majlis di teruskan dengan bacaan berzanji oleh Adik Sakinah binti Hamsan, anak Imam Besar Felda Tunggal .. semasa bacaan selawat ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W... bunga sumi di edarkan oleh pelajar-pelajar kepada para hadirin yang hadir ... aku dan anak aku pun dapat jugak .. haha .. ni namanya buruk siku .. sebab aku yang bagi bunga sumi ni .. tapi aku tak mintak .. haha .. tak kira la kan .. haha
Penceramah jemputan menerima hamper dari guru besar sejurus selepas memberi ucapan ..

Selesai bacaan berzanji, majlis diteruskan dengan ucapan dari penceramah jemputan iaitu orang dari Pejabat Pendidikan Agama .. siapa namanya aku dah lupa ler .. ada sebut tadi .. hehe .. dalam ucapan dia ada sebut pasal bunga sumi ni .. dia kata "bunga telur kena letak telur .. sebab bunga untuk orang perempuan .. telur untuk orang lelaki .. kalau bagi sumi dah tak kena ler .. tak kan orang lelaki nak makan sumi .. sumi ni untuk bebudak jek makan" .. huhu .. terkena aku .. haha ..

Persembahan nasyid dari pelajar sekolah agama felda tunggal mengambil tempat selepas itu .. bawak 3 lagu .. salah satu nya lagu Maher Zain .. yang dimelayukan  .. tajuk lagu Insyallah .. huhu .. ramai yang ikut nyanyi sekali .. riuh rendah dewan .. haha .. dengan suara bebudak yang sumbang mambang .. haha ..

Lepas tu, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah untuk pelajar cemerlang tahun lepas, 2010 .. yang bestnya bukan cikgu atau jemputan VIP yang bagi hadiah tu .. bila sebut nama pelajar .. mak atau ayah pelajar tu datang sekali .. mak atau ayah yang bagi hadiah tu kat anak-anak .. hadiah berupa piala dan buku tulis yang di sampul dalam kertas kala putih ... penghujung acara ini, penyampaian hadiah kepada Cikgu Jamilah pula .. sebab Cikgu Jamilah nak bertukar sekolah .. dia naik pangkat jadi guru besar kat Sekolah Agama Pasir Gogok ..

Cikgu Jamilah menerima hadiah sempena pertukaran beliau ke Sekolah Pasir Gogok ..

Selepas acara penyampaian hadiah, majlis diteruskan dengan Mesyuarat Agung Tahunan Kebajian Sekolah Agama Felda Tunggal. Tahun ini tiada pemilihan seperti tahun-tahun yang sudah. Hari ni cuma perbentangan budget aje .. jadi, yuran kebajian masih kekal seperti tahun lepas iaitu Rm 7.00 setahun.

Selepas itu, acara cabutan nombor bertuah pun dimulakan, nombor Kak Yong di cabut .. orang ke 2 awal .. huhu .. pastu nombor orang lain pulak .. berdebar-debar jugak .. naik ke tak nombor aku ni ... 212 .. huhu .. lepas tu nombor Cikgu Hanifah pulak naik .. lepas tu nombor Cikgu Hazlinah pulak naik .. 141 .. dapat hamper besar .. huhu .. sampai ke akhirnya .. nombor aku tak naik .. huhu .. tak bertuah ler hari ni .. frust .. jugak ler .. haha .. ngade-ngade bunyinya .. hehe .. tak de la .. tak kisah pun .. this year not my year laaaa .. haha ..

Cikgu Hazlinah mengendong hamper nya .. terus letak dalam kereta .. haha ..

Pastu, gi makan .. pihak sekolah menyediakan makanan untuk para jemputannya .. makan nasi putih .. lauk daging rendang kari ... acar timun ... air sirap .. fuh .. cuaca panas .. air segelas tak cukup .. aku amik 2 gelas .. tu pun rasa tak cukup .. haha .. nasib baik ada cikgu tu bagi air 1 jug .. air tambah kata dia .. huhu .. terima kasih ler ye .. kerana begitu memahami diriku yang kehausan ini .. haha .. makan dalam dulang .. aku makan bertiga, aku, Cikgu Hazlinah ngan Kak Yong .. tak habis makannya .. banyak sangat dalam dulang tu .. haha .. sebenarnya dah kenyang minum air .. bergelas-gelas .. haha ...


Cikgu Hazlinah dan Kak Yong .. terima kasih yer Lin sebab sudi mencemar duli makan bersama ku ...hehe .. jemput makan ..

Terima kasih cikgu-cikgu Sekolah Agama Felda Tunggal kerana sudi mengundang aku hadir ke Majlis ini  .. tahun depan undang ler lagik yerr .. sediakan hamper banyak-banyak yerrr .. haha ..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...