Wednesday, April 06, 2011

Sinopsis Novel 'Ku Bawa Hati Ini'

Novel Ku Bawa Hati Ini di tulis dengan penuh perasaan oleh penulisnya, Elis Mokhtar. Novel ini diterbitkan dalam usaha membantu Elis mendapatkan semula hak penjagaan anaknya, Ferris melalui kempen, Bring Back Ferris To Malaysia. Ibu muda ini tidak pernah berputus asa untuk membawa pulang Ferris ke pangkuannya sejak Ferris diculik oleh bapa kandungnya sendiri ke Belanda. Jadi, Elis memerlukan bantuan kewangan bagi melantik seorang peguam untuk fight hak penjagaan Ferris di Belgium, negara asal bekas suaminya itu. Moga-moga usaha murni Elis ini akan membuahkan hasil ... insyallah .. dan sebagai menyokong usaha Elis ini aku dah pun beli novel Ku Bawa Hati Ini.

Sinopsis oleh : aznanie

Novel 'Ku Bawa Hati Ini' mengisahkan kisah kemelut rumah tangga Elis Mokhtar, jiwanya yang dilanda badai, bagai retak menanti belah. Sedangkan usaha untuk menyelamatkan rumah tangganya hanya di lakukan oleh dirinya sahaja. Suaminya hanya mementingkan diri sendiri dan keluarganya sahaja. Elis berperang dengan mainan perasaannya setiap hari. Dirinya dirasakan berada di dalam sebuah kedukaan yang panjang. Ingin dinokhtahkan tapi diri tiada kekuatan. Mengenangkan anak yang masih kecil. Yang masih memerlukan jagaan sempurna ibu dan bapa. Namun hati semakin lama semakin gundah, semakin bercelaru. Rumah tangga yang semakin hilang kemesraannya, yang tinggal hanya sekeping hati yang lara. Di tambah dengan sikap baran suaminya menjadikan suasana semakin dingin antara mereka. Namun, akhirnya segalanya bernokhtah jua. Dia kini bebas. Bebas sebebas burung yang terbang di angkasa.

Bebas!
Bebaskanlah aku ...
Biar aku terbang bagai camar pulang ke sarang
Biarkan ...
Biarkanlah aku mengibarkan bendera merdeka ku
Menebar empayar sayap ku
Biar aku bebas
Bebas!
.... bebas sebebas-bebasnya!
Merangkumi bumi
Melewati mentari
Menjenguk Marikh
Menggapai Utarikh
Sukarkah kau?
Ferris Mokhtar Van De Ven

*First time baca novel yang sebegini .. biasa tu bila aku baca novel aku akan terbayangkan watak hero cam mana .. watak heroin cam mana .. tapi dalam novel ni .. lain pulak .. aku dibawa masuk dalam kehidupan watak utama novel ni .. menyelami perasaannya .. merasai derita hatinya .. merasa beban yang di tanggungnya .. wa...lah ... aku jadi moody sekejap masa tengah baca novel ni .. tapi aku pun ikut rasa lega bila di akhir novel ni bila akhirnya watak utama mendapat kebebasan yang diingininya .. haha .. cam aku pulak yang jadi watak utama cite ni .. best jugak novel ni .. aku bagi 4/5 lah ..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...