Friday, April 08, 2011

Sinopsis Novel 'Semusim Rindu'

"Selagi rindu mengusik kalbu, ku tahu kau dambakan diriku ..."

Sinopsis oleh : aznanie

Hajar Adira didera mental dan fizikal oleh ibu saudaranya, Nazimah setelah kematian ibu bapanya. Tidak tahan dengan siksaan itu, Hajar Adira nekad melarikan diri ke Johor, untuk bertemu dengan mak ngahnya, Nasriah. Namun dalam usia 10 tahun, apalah sangat dayanya. Akhirnya, nasibnya terbela dengan bertemunya seorang insan berhati mulia, Firdaus dan isterinya, Fauziah. Mereka berdualah yang memberi kasih sayang dan penjagaan yang sempurna kepadanya.



Semenjak kematian Fauziah dan kemalangan yang menimpa Firdaus sehingga membuatkan kakinya lumpuh, Hajar Adira lah yang mengambil alih tugas menyara keluarga itu. Menyara 3 lagi adik-adiknya. Walaupun bukan keluarga kandungnya namun Hajar Adira tidak betah membiarkan mereka ditimpa kesusahan. Bagi Hajar Adira itulah keluarganya setelah dia dibuang saudaranya sendiri.

Dalam kemelut mencari sesuap nasi untuk menyara keluarga yang serba kekurangan, muncul Ikhman, lelaki yang mengharu-birukan hidupnya. Hatinya sakit bila berdepan dengan lelaki itu. Ada saja agenda lelaki itu yang menyusahkan dirinya. Sebenarnya, Ikhman telah jatuh hati pada Hajar Adira. Namun keegoan diri menghalang untuk dia berterus-terang. Bimbang di tolak perasaannya oleh Hajar Adira. Juga takut maruah dirinya jatuh di depan Hajar Adira.

15 tahun mencari, baru lah Hilal menemui Hajar Adira. Namun masa 15 tahun itu belum cukup lama untuk membalut luka. Ianya masih berdarah. Bukan senang memberi kemaafan setelah diri puas di mamah derita. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah.

Keinginan Hilal untuk menyatukan Hajar Adira dengan Ikhman terlaksana bila mereka berdua menyetujuinya. Walaupun begitu Hajar Adira masih sangsi akan perasaannya. Yakin Ikhman tidak mencintainya, sebagaimana dirinya di kala itu. Namun dia pasrah akhirnya.

Setelah disatukan, Hajar tidak mahu serumah dengan Ikhman. Mereka bersetuju membawa haluan masing-masing. Sebenarnya Hajar takut Ikhman akan meninggalkannya dan mempersia-siakannya setelah dirinya dimiliki. Hajar tidak mahu mengulangi kesakitan dulu. Cukuplah dirinya diseksa dan didera.

Namun hati dan perasaan adalah sesuatu yang sukar di kawal. Bila ia hadir sesiapa pun tak mampu menghalangnya. Begitu juga bila cinta untuk Ikhman hadir dalam hati Hajar. Ada rindu yang menggebu untuk suaminya itu. Namun tak terluah dengan kata-kata.

Di saat hati semakin pasti pada perasaan sendiri, Hajar Adira di uji lagi. Rumahtangganya bergoncang lagi. Gara-gara sifat dendam Nazimah yang sengaja menabur fitnah padanya sehinggakan ibu mertuanya, Nasriah termakan dengan kata-kata kakaknya itu. Hajar Adira pasrah. Tak guna menegak keadilan andai hati sudah tertutup menerima kebenaran. Bersama kelukaan Hajar Adira membawa diri. Pergi bersama lara diri.

Hatinya semakin terluka bila Firdaus, ayah yang selama ini menyokongnya pun mempertikaikan kesetiaanya. Dia membawa diri ke luar negara. Menyambung pelajaran yang terbantut dahulu. Sebelum pergi telah diserahkan tanggungjawab menjaga Syarikat Sakura kepada Ikhman.

Kebenaran terserlah. Azim dan Yuha menceritakan apa yang sebenarnya terjadi. Nasriah terkaku malu. Begitu jugak dengan Husna yang lancang menuduh Hajar. Jugak Firdaus terus rebah bila diberitau yang Hajar tidak bersalah. Rasa bersalahnya memakan diri sehingga terlantar di hospital. Ikhman tak berhenti mencari isterinya namun menemui jalan buntu.

Setelah Hajar berjaya dijejaki, Ikhman memujuk dan merayu agar dirinya diberi keampunan. Setelah yakin akan keikhlasan Ikhman, Hajar Adira melembutkan hatinya. Bersedia menerima kembali Ikhman dalam hidupnya mentelah dia pun turut mengakui yang dirinya telah jatuh cinta pada suaminya itu.

Penulis    : Aleya Aneesa
Terbitan  : Alaf 21
Point      : 5/5

* Memula baca .. ceday .. terbawa-bawa dalam kesengsaraan dan penderitaan Hajar .. pastu rasa terhibur dengan kerenah Ikhman dan Hajar yang selalu bertengkar ... Hajar ni tak percaya pada orang lain sebab dia ada pengalaman pahit masa kecik .. kena dera .. ngan mak long dia .. konon nak jaga dia lepas mak ngan ayah dia meninggal .. tapi sebenarnya nak bolot harta Hajar aje .. tak guna punya orang .. sampai sanggup tabur fitnah semata-mata berdendam pada Hajar .. mak long dia marah sebab tak dapat harta pak su Hajar .. Hajar yang dapat harta tu .. apa-apa pun novel ni memang best .. sampai tak leh berenti baca selagi tak habis .. aku baca novel ni setengah hari jek dah buleh habis .. haha .. gile best .. 

5 comments:

Anonymous said...

btul3x ..
mmang besttt gilerr!
saya baca novel nie pun lepas pmr dua ta0n lpas & smpai skrg cita nie still the best! hikhik ;P

aznanie said...

salam ...
thanks sebab singgah blog akak ..
diakuikan novel ni memang best .. tahniah kepada penulisnya Aleya Aneesa

Novelis Aleya Aneesa said...

terima kasih sangat sebab sudi baca semusim rindu dan sudi pula mencoret di blog... ;-)

Manniseh said...

Thanks sinopis.. so tak payah dah tengok dramanya sudah.

Unknown said...

Masih adakah di pasaran?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...