May Lay seorang wanita yang tertipu dengan pujuk rayu seorang lelaki bernama Robert. May Lay dilarikan oleh Robert dari keluarganya untuk dijadikan pelacur. Dan duit hasil itu diambilnya. May Lay yang percayakan Robert hanya menurut sahaja. Hinggalah satu hari dia sedar yang dirinya hanya menjadi alat untuk Robert mendapatkan wang sahaja. May Lay berhasrat untuk meninggalkan Robert tetapi setelah dirinya didapati mengandung, dia cuba merayu agar Robert mengahwininya. Namun Robert semakin berang apabila mendapat tahu yang May Lay mengandung dan menyuruh May Lay menggugurkan kandungannya itu. Tanpa belas kasihan, Robert memukul May Lay sehingga lebam seluruh muka dan mulutnya berdarah.
May Lay meminta pertolongan daripada Ramli yang merupakan jirannya. Ramli tidak mahu menolongnya menggugurkan anak yang dikandungnya itu tetapi menawarkan diri untuk menjadi suami kepada May Lay dan sekaligus menjadi ayah kepada anak yang dikandung May Lay itu. Setelah berfikir panjang, akhirnya May Lay bersetuju menerima tawaran Ramli itu.
Ramli membawa May Lay berjumpa dengan seorang ustaz, tempat dia selalu belajar agama. Minta pandangan dan nasihat. Setelah selesai urusan penukaran agama May Lay, mereka pun disatukan. May Lay menukar namanya kepada Mariam.
Apabila Mariam selamat melahirkan anak lelaki, Mariam tidak mahu menyusukan anaknya itu. Dia tidak mahu memandang anak itu sebab dia akan terkenangkan dosa yang dilakukan masa silamnya. Ramli memujuknya dan memberi kata-kata perangsang kepadanya.Barulah Mariam mahu menyusukan anak itu, Anak itu diberi nama Abdul Ahad bin Ramli. Sepatutnya dibin kan kepada Abdullah tetapi Ramli mahu Ahad tahu bahawa dirinya menpunyai seorang ayah dan tanda kasih sayang nya kepada Ahad.
Ramli bekerja sebagai pencari barangan terbuang. Dengan pendapatan yang tak seberapa, dia mahu Ahad menjalani kehidupan yang sempurna, sehingga tidak menghiraukan kesihatan dirinya. Suatu hari dia ditimpa kemalangan semasa keluar bekerja. Sejak itu Ramli tidak dapat berjalan dan hanya terbaring di rumah. Tidak ada duit untuk mendapatkan rawatan kat hospital, maka kaki yang tercucuk besi di biarkan di rawat dirumah. Kakinya berulat kerana tidak mendapat rawatan yang sempurna. Di tambah dengan penyakit kencing manis dan batuk keringnya itu. Ahad berasa kasihan melihat keadaan ayahnya. Sepanjang ayahnya sakit dia tidak pergi ke sekolah kerana menjaga ayahnya. Walaupun sudah di nasihatkan ayahnya supaya pergi ke sekolah namun Ahad berkeras untuk menjaga ayahnya itu.
Keesokkan harinya, ketika Ahad mahu mengejutkan ayahnya untuk solat subuh, tetapi ayahnya sudah tiada. Ayahnya meninggal dalam tidur. Setelah kematian Ramli, Mariam mengambil alih tugas mencari rezeki. Mariam berpesan kepada Ahad supaya belajar bersungguh-sungguh supaya menjadi orang yang berjaya, tetapi Ahad tidak sanggup melihat Mariam bersusah payah bekerja mencari duit. Dia mahu bekerja membantu ibunya. Mariam akhirnya akur dengan kemahuan Ahad.
Hari berlalu. Ahad sudah berusia 20 tahun. Mariam pula semakin teruk kesihatannya sehinggakan penglihatannya terjejas. Suatu hari Robert datang menemuinya. Mengaku dirinya sudah berubah dan mahu menemukan Mariam dengan ibunya. Dan Mariam yang rindukan ibunya bersetuju dengan Robert.
Kesempatan di ambil Robert apabila Ahad pergi mengikut ustaz berdakwah ke kampung orang asli selama seminggu. Robert berniat jahat dengan memberi Mariam dadah dan minuman keras. Robert dibantu Lily, yang menyamar sebagai ibu Mariam. Puas hati Robert apabila melihat Mariam bagai tidak bernyawa lagik. Hatinya puas dapat menyiksa Mariam. Dan di kala itu Ahad balik dan terlihat Robert sedang menyiksa ibunya. Ahad membelasah Robert sehingga Robert tertikam dengan besi dan mati. Ahad tidak menyangka tolakannya membuatkan Robert tertikam besi itu. Ahad berlari masuk ke dalam bilik ibunya. Dia menyuruh ibunya menyucap apabila ibunya seakan sudah tidak berdaya lagik. Namun ibunya tidak dapat mengucap syahadah kerana sudah disumbat mulutnya dengan makanan-makanan yang haram oleh Robert. Ibunya meninggal dunia akhirnya.
Ahad dimasukkan ke dalam penjara dan dihukum mati kerana menyebabkan kematian. Ahad berasa bersalah sangat kepada ibunya dan merasakan dialah pembunuh ibunya itu. Seorang ustaz di penjara itu memberitahunya bahawa perbuatannya tak salah di sisi agama. Dia pasti mendapat ganjaran di akhirat kelak. Barulah Ahad berasa tenang dan dapat menjalankan ibadat dengan sempurna.
Pelakon:
Fiz Fairuz - Ramli
Zoee Tan - May Lay / Mariam
Idris Md Diah - Ustaz
Talha Harith - Ahad
Karya/Skrip oleh :
zackzaideen
Sinopsis oleh : Tentang Aku
*Terharu aku tengok cite ni ... dari awal cite macam digambarkan yang Ahad ni pembunuh ibu dia jek .. macam dah buat dosa besar pulak ... tapi bila tengok citenya tak de la pulak si Ahad ni buat kesalahan .. baik jek .. ngan ayah dia .. ngan ibu dia ... cuma dia rasa bersalah tinggalkan ibunya sampai kena bagi makan dadah ngan minum arak ... si Robert yang jahat tu .. padan muka dia mati tercucuk besi tu ... tu balasan untuk dia .. eh .. aku pulak yang emo .. haha .. tapi cite ni best .. penuh dengan pengajaran dan keinsafan ..
0 comments:
Post a Comment