Wednesday, April 20, 2011

Bunga Sumi Untuk Maulidur Rasul Sekolah

Hehe .. selalu orang panggil bunga telur .. sebab diletak telur pada bunganya .. tapi aku panggil bunga sumi sebab aku letak sumi kat bunga tu .. memandai jek bagi nama .. haha ..

Semalam dapat surat dari Sekolah Agama anak aku, Ayen. Sekolah nak buat Majlis Penyampaian Hadiah Dan Sambutan  Maulidur Rasul. Majlis tu akan diadakan pada 21/4/2011 pukul 8.30 pagi. Bertempat kat Sekolah Agama tu ler. Jadi, diaorang mintak sumbangan  .. pada ibubapa murid yang menjalankan aktiviti perniagaan. Jadi, secara automatiknya aku tergolong dalam kumpulan ini .. hehe .. en.suami kata bagi sumbangan duit jek ...

Ketika aku sedang sibuk bekerja pada petang tu, guru besar sekolah telefon aku .. dia terangkan ler bentuk sumbangan yang boleh diberikan .. salah satunya bunga telur. Tak kisah ler nak letak telur ke nak letak sumi ker .. terpulang ler .. kuantitinya pun terpulang pada keikhlasan aku nak bagi sebanyak mana  .. jadi aku pun bersetuju ler nak bagi bunga telur ngan sumi ..

Jadi, malam semalam, aku pergi ler beli sumi 1 kotak .. balik umah mak .. cari bunga telur adik aku, Tam .. lebih-lebih masa majlis kawin dia aritu .. mujur banyak lagi .. kira-kira ada 200 pcs .. okay ler tu .. dah banyak ler tu .. huhu

Pagi tadi, siap jek packing bunga sumi ni dalam kotak .. terus gi hantar kat sekolah. Abah ler yang tukang hantarnya ... hehe ...

Esok nak gi tengok majlisnya. Dapat jemputan VIP lagik  .. haha ... nak datang pepagi .. nak tengok perarakan budak-budak sekolah .. ada pertandingan melukis sepanduk sempena Maulidur Rasul .. anak sedara aku, Ebay masuk bertanding .. bagi sokongan sikit kat dia .. haha .. esok boleh ler buat posting pasal majlis ni .. hehe

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...