Saturday, July 14, 2012

Cerekarama 'Taubat Nasuha'

Dulu TV3 dah tayang kan cite Taubat Nasuha ni dalam slot cerekarama ... dulu tak buat sinopsis cite Taubat Nasuha ni .. malam tadi tertengok pulak kat siaran Suria Singapura ... habis jek cerita teringin pulak nak buat sinopsis cite Taubat Nasuha ni ... jadi, jom layan sinopsis cite Taubat Nasuha ni ...


Sinopsis oleh : aznanie

Mengisahkan kehidupan Mizi mempunyai isteri, Laila yang sangat lembut perwatakannya. Seorang isteri yang penyayang. Walaupun mereka berkahwin bukan atas dasar cinta, namun mereka mampu memikul tanggungjawab masing-masing sebagai sebuah keluarga. Mereka dikurniakan 3 orang anak lelaki. Mizi adalah seorang ayah yang pemarah. Anak-anaknya takut padanya. Bukan sahaja anak-anaknya, isterinya Laila jugak takut padanya. Percakapan harus dijaga supaya tidak membangkitkan amarah Mizi. Sikapnya itu menimbulkan jarak di antara dirinya dengan isteri dan anak-anaknya.

Sebenarnya Mizi bukan tidak sayang pada anak-anaknya tetapi pengalaman kanak-kanaknya yang perit membuatkan dirinya truma. Ayahnya selalu memukul dirinya di atas pekara-pekara kecil yang dilakukannya. Setiap malam Mizi selalu bermimpikan dia di pukul oleh ayahnya.

Di pejabatnya, Maria merupakan ketua di tempat Mizi bekerja cuba mengodanya. Mizi sedar akan hal itu tetapi tidak menolak godaan Maria itu. Dia bosan berada di rumah dengan kerenah anak-anak yang tidak memahami dirinya. Dia mahukan ketenangan tetapi anak-anak yang sentiasa membuat bising membuatkan dirinya tertekan berada di rumah. Dia mencari hiburan di luar bersama kawan-kawannya dan juga bersama Maria.

Bos tempat Mizi bekerja mengadakan jamuan makan malam untuk para pekerjanya. Dia meminta Mizi membawa isteri dan anak-anaknya menyertai jamuan makan itu tetapi Mizi memberi alasan isterinya tidak sihat untuk dibawa bersama. Mizi merasakan isteri dan anak-anak tidak sesuai di bawa ke jamuan itu kerana bimbang akan memalukan dirinya dengan kerenah anak-anak yang nakal.

Ayah mertuanya memberikannya sebuah kitab panduan solat sunat Taubat. Mizi mengambilnya sekadar mahu menjaga hati ayah mertuanya. Pesanan ayah mertuanya, jikalau tidak suka jangan di buang, pulangkan kembali. Mizi yang tidak memahami apa yang mahu disampaikan oleh ayah mertuanya itu hanya mengiyakan saja.

Laila disahkan mengandung. Tapi kehidupan mereka tetap sama seperti dulu. Mizi masih dengan perangai panas barannya. Pantang anak-anaknya buat silap sedikit habislah anaknya kena amukkannya. Sehingga suatu hari, Laila ternampak Mizi bersama seorang perempuan. Dia melihat kemesraan di antara keduanya.


Suatu malam, Laila bertanya Mizi samada Mizi ada hubungan dengan wanita lain dan pengakuan Mizi benar-benar meruntun jiwanya. Mizi menuduhnya perempuan yang tidak tahu bersyukur sebab dia dah beri makan pakai yang secukupnya pada isteri dan anak-anak. Urusannya di luar tak usah di ambil tahu. Setiap kali Mizi menghemburkan amarahnya, pasti perkataan hidup menyusahkan orang akan keluar dari mulutnya. Dia seperti tidak mahu kehadiran isteri dan anak-anaknya dalam hidupnya itu.

Sewaktu sedang bersarapan, anak-anaknya bermain-main dengan makanan dan membuat bising. Telah ditegur oleh ibunya tetapi mereka masih juga mengulangi perbuatan mereka itu. Bila Mizi turun dan terlihat perlakuan anak-anaknya itu, dia naik angin. Di piat telinga kedua anak-anaknya, dan memarahi mereka. Laila yang melihat perlakuan Mizi itu cepat-cepat membawa anak-anaknya masuk ke dalam kereta dan menghantar mereka ke sekolah. Mizi berasa aman berada di rumah seorang diri.

Laila terlambat mengambil anaknya dari sekolah kerana dia pergi mengeluarkan duit di ATM dahulu. Setelah mengambil anak-anaknya, mereka pulang ke rumah. Tetapi malang menimpa mereka, apabila belum sempat pintu pagar tertutup, 2 orang perompak telah menyusup masuk. Mereka mengacukan pisau di leher anak-anak dan Laili sendiri. Perompak-perompak itu mengheret Laili dan anak-anaknya masuk ke dalam rumah. Laili yang sedang sarat mengandung itu diperlakukan dengan kejam oleh perompak yang tidak berperikemanusian itu. Perompak itu bertanyakan barang kemas miliknya. Laili menyatakan semua barang kemas di simpan oleh suaminya. Perompak itu menyuruh Laili menelifon suaminya. Laili mendail nombor telefon bimbit Mizi tetapi tidak diendahkan oleh Mizi yang sedang berseronok bersama Maria dan kawannya, Jeery. Perompak itu mengesa Laili menelifon kembali suaminya, kali ini telefon sengaja di matikan oleh Mizi apabila melihat nama Laili tertera di skrin telefon bimbitnya. Dalam kekalutan untuk melepaskan diri, anak Laili, Aiman telah mengigit tangan perompak itu dan berlari ke arah Laili tetapi malang sekali apabila Aiman telah ditikam dengan pisau oleh perompak yang memukul Laili. Aimim yang melihat adiknya, Aiman telah rebah dengan tubuh berlumuran darah meronta untuk dilepaskan dan Aimim jugak ditikam di bahagian belakang badan oleh perompak itu. Dia jugak rebah di sisi Aiman. Laili yang melihat kedua-dua anaknya telah berlumuran darah tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia jugak sedang dalam kesakitan akibat di hentak di bahagian perut. Dengan keadaan hamil begitu apalah sangat kudaratnya untuk melawan kekuatan perompak berdua yang amat zalim itu. Tidak puas hati dengan itu, perompak-perompak itu telah menikam Laili dan Amirul. Akhirnya kesemua mereka mati ditikam oleh perompak itu sebelum mereka melarikan diri.

Mizi pulang ke rumah. Amarahnya memuncak apabila melihat pintu kereta Laili terbuka. Dia mulai mengamuk tetapi apabila pintu rumah di buka. Dia melihat tubuh-tubuh ahli keluarganya bergelimpangan di ruang tamu dengan berlumuran dengan darah. Dia mulai berasa menyesal kerana tidak mengendahkan panggilan telefon daripada Laili yang meminta bantuan darinya tadi. Jikalau dia lebih prihatin pada panggilan dari Laili tadi mesti kejadian itu dapat dielakkan. Dia menyalahkan dirinya sendiri kerana kurang memberi perhatian dan kasih sayang kepada keluarganya. Kini dia tinggal seorang diri dengan kekesalan yang menggunung. Ayah mertuanya memujuk Mizi supaya bersabar dan menerima ketentuan dari ILAHI ini. Sindiran ayah mertuanya yang menyatakan jikalau tidak suka jangan di buang, pulangkan kembali baru di fahami oleh Mizi namun semuanya telah terlambat. Kerana dia tidak menghargai kurniaan ALLAH kepadanya maka ALLAH menarik kembali apa yang telah diberikanNYA. Mizi mulai sedar kesilapan dirinya. Benarlah kata orang, kita akan lebih menghargai setelah kita kehilangan mereka. Tamattt .....

Para pelakon :
Sheila Rusly sebagai Laili
Fauzi Nawawi sebagai Mizi
Sheila Mambo sebagai Maria
Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Ayah Laili

* Geram betul ngan si Mizi tu ... kalau dah tau tak suka budak-budak wat apa kahwin ... dah kahwin mestilah ada anak .. ataupun cakap awal-awal tak nak anak lepas kahwin .. kan senang .. nih taunya nak marah jek ... tak tenang duduk rumah ler .. anak-anak asyik ganggu jek .. sampai malu nak bawak anak isteri gi majlis-majlis ... bos dia selamba jek bawak anak-anak yang nakal-nakal .. tak masalah pun ... dia jek yang mengada-ngada .. pastu buat ler alasan bosan kat umah main kayu 3 kat luar ... dengan bos tua pun jadi ... entah apa-apa jek ... pastu dah kehilangan insan-insan yang menyusahkan dia baru nak menyesal ... hiiisshhh gerammmm sangatttt ... haha ... emosi lerrr ... sian sangat kat isteri dan anak-anak dia ... sampai mati tak dapat kasih sayang dari seorang ayah dan suami kepada seorang isteri .... baru dia tau betapa berharganya anak-anak dan isteri dalam sesebuah rumahtangga ... moga-moga segala yang berlaku di dalam cerita ini menjadi pengajaran kepada kita semua dalam melayari kehidupan ini ...


1 comments:

Sky Before Pinky said...

pernah gak tengok citer nie best..moral value dia..sedih pun ade.. =)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...