Tuesday, March 22, 2011

Rombongan Menghantar Pengantin - Perjalanan Pulang Dan Cabaran

19/3/2011 (Petang)

Selesai sudah majlis menyambut menantu yang di adakan di rumah pengantin lelaki di Felda Tementi, Pahang. Setelah selesai menjamu selera dan berposing sakan bersama pengantin, kami pun mula bergerak balik ke Johor. Masa tu baru pukul 1.00 petang. Cepat betul orang-orang kat sini punya majlis. Kalau kat tempat aku ni mau nya pukul 2.30 petang baru nak berarak. Jemputan pun tengah ramai kalau kul 1 ni .. kurang-kurang kul 5.00 petang baru tak de orang .. hmm .. lain tempat lain cara nya. Patut lah masa majlis kat rumah aku tempohari pihak pengantin lelaki bersunggut .. katanya lambat .. diaorang nak balik cepat ... tempat jauh .. barulah aku mengerti kini .. huhu ..

Kami bertolak dari Tementi ke Johor dengan konvoi 4 bijik kereta .. masa pergi semalam 7 bijik kereta termasuk kereta pengantin .. hala balik tinggal 4 bijik kereta jek .. kereta pengantin memang ler tak ikut .. yang lagik 2 bijik kereta tu nak pergi ke Tangkak, Muar .. jadi laluannya dah tak sama .. makanya kami adik beradik jek la yang balik ke Kota Tinggi.

Setibanya di Muadzam Shah, kami berhenti mengisi minyak kat Petronas Muadzam Shah, tempat yang sama kami isi minyak masa hala pergi semalam .. huhu .. lepas isi minyak .. nak solat .. tapi air paip tak le la pulak .. tak jadik ler .. solat kat tempat lain ler nampaknya .. anak-anak kalau berhenti kat stesen minyak apa lagi ler .. nak jajan ler .. nak air ler .. gula-gula ler .. hmm .. semua nak .. padahal dah banyak makanan dalam kereta tu .. tak habis-habis ..

Setelah berhenti hampir 1 jam, barulah kami meneruskan perjalanan. Kereta en.suami yang paling belakang dari konvoi kami sebab masa nak gostan keluar parking ada 2 bijik kereta yang lalu di belakang. Jadi, en.suami terpaksa memberi laluan pada kereta-kereta itu dulu.

Sejurus kereta en.suami meluncur keluar dari petronas, kami terlihat ada kereta yang melintang di tengah-tengah jalan ... en.suami cakap ada eksiden kat depan .. en.suami menyuruh aku mengambil gambar .. jangan ada flash kata en.suami .. tapi disebabkan kelam kabut aku terlupa nak buang flash .. harap-harap tak de orang yang perasan akan cahaya dari kamera aku ni .. tapi dapat tangkap 1 kali jek .. yang kali kedua tu tak dapat tangkap sebab en.suami pandu laju jugak ler melepasi kereta yang eksiden tu .. takut kereta tu terbakar .. sebab bonet kereta yang eksiden tu berasap .. yer ler kereta tu eksiden dengan lori tangki minyak masak SAJI .. aku lihat orang kelam kabut menolong mengeluarkan mangsa dalam kereta wira tu .. yang aku nampak, orang ramai keluarkan pemandu yang pengsan .. yang penumpang depan, perempuan pakai tudung pink .. tak dapat dikeluarkan sebab pintu depan belah penumpang tak boleh bukak .. keadaan memang mencemaskan la masa tu .. kami pun naik bulu roma melihatnya .. tapi kami agak tak de kecederaan yang parah atau maut ler .. sebab kereta tu tak remuk .. cuma kemek-kemek kena himpit dengan tayar lori tangki .. kereta wira tu termasuk bawah lori tangki tu .. nasib baik cuma bonet depan jek yang termasuk bawah lori tu .. kalau keseluruhan yang termasuk bawah lori tu .. tak dapat aku bayangkan apa yang akan terjadi .. ya allah .. seram aku memikirkan nya ...

Memandangkan kereta kami dah jauh ketinggalan dari kereta konvoi, adik-adik kami menunggu kami di tepi jalan. Ya ler kan .. kereta en.suami kan guna tayar spare .. jadik tak berapa nak selamat kalau ditinggalkan keseorangan di belakang .. huhu

Setibanya di stesen minyak Rompin, kami bertukar-tukar cite tentang eksiden tadi .. rupa-rupanya adik ipar aku, ijal .. menyaksikan eksiden tu depan mata dia .. menurut ijal, kereta wira tu berada di hadapannya, mengekori lori tangki minyak masak tu .. kemudian, kereta wira tu keluar dari laluannya seakan-akan mahu ke laluan sebelah .. tiba-tiba kereta wira tu pusing kembali ke laluan nya tadi .. masa tu lori tangki minyak masak tu dah ada di laluan itu .. apalagik termasuk le bawah lori .. terseret jauh kira-kira 20 meter jugak ler .. wah .. dasyat betul .. nasib baik tak libatkan kenderaan yang lain .. kalau tak ..

Kami teruskan perjalanan setelah setengah jam berhenti di stesen minyak tu .. cadangnya kami akan singgah di Kg. Batu 4 Jln Endau menghala ke Mersing .. rumah mak angkat abah, Tok Bah. Sepanjang perjalanan ke Endau, aku asyik meneka-neka rumah sepupu-sepupu aku kat Kg. Jawa, Rompin. Sebab rumah diaorang tu terletak di tepi jalan besar tu, jadi senang ler nak tengok tapi sampai ke jambatan yang menghubungkan Pahang - Johor, aku tak dapat mengecamnya .. haha .. maklum ler dah lama tak gi umah diaorang tu .. last aku pergi tahun 2008 .. haha .. apa punya sedara daaa ..

Kira-kira pukul 4 petang, baru kami sampai di rumah Tok Bah. Kami di sambut dengan esak tangis Tok Bah .. mengadu yang dirinya sakit .. baru keluar dari hospital katanya .. kaki nya bengkak .. jangkitan kuman menurut doktor. Tok Bah kata dia macam dah tak dapat jumpa anak cucu dah masa dia kat hospital tu .. ceday aku dengo .. nak menitis airmata .. bukan nya tak nak balik selalu .. tapi kekangan masa dan hidup yang tidak mengizinkan .. jauh tu .. endau ke kota tinggi .. huhu .. di tambah dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil ni ..

Lebih kurang 1 jam jek masa kami kat rumah Tok Bah tu .. tak leh lelama sebab dah petang kan .. sampai kota mesti dah malam .. badan pun dah tak leh tegak dah .. penat oooo ...

Kami teruskan perjalanan lagik, en.suami berhenti di Masjid sebelum sampai ke bandar Mersing. Untuk menunaikan solat. Yang anak sedara aku, epa ... gi buang muntah dia .. hisss .. tak senonoh betul .. tak nak masuk dalam keta lepas keluar tu .. tak larat sangat ler tu .. muka nak nagis jek ... sian aku tengok ... dan disebabkan rasa kesian itu jugak ler .. en. suami sanggup menutup ekon kereta .. bukak tingkap .. bagi udara segar masuk .. tapi telinga bingit ler .. bunyi kereta .. bunyi angin .. radio kereta dah tak dengo dah .. haha ..

Sampai jek di  Mersing, adik ipar aku, enal .. nak cari ikan kering kat stesen bas Mersing .. tapi nasib tak menyebelahi  dia .. stesen bas dah berpindah .. bangunan lama dah bertukar menjadi bangunan baru .. la .. punya ler lama tak ke Mersing .. sampai tempat dah berubah pun tak tau .. huhu ..

Perjalanan kami teruskan hingga sampai ke tempat aku ni .. syukur tak de apa-apa kejadian yang tidak di ingini yang berlaku. Sesampai jek kat umah abah, en.suami mengajak adik-adik n abang ipar aku gi makan malam .. kami pun gi ler kat Amin Tomyam .. just order nasi goreng jek ler semua .. badan penat .. selera  makan pun kurang kot ..anak-anak pun muka dah monyok jek .. dah nampak bantal kot .. haha ..

Selesai makan, kami pun balik ke rumah masing-masing .. fuh .. lega .. selesai semua yang dirancang .. dah tak de apa-apa lagik majlis lepas ni .. lepas ni kerja .. kerja .. dan .. kerjaa .. huhu ..

2 comments:

esa said...

rasanya mcm jauh perjalanan ni. penat tu. tapi xpe, urusan selesai ye kak.

aznanie said...

memang jauh .. penat dah mesti la .. alhamdulilah .. semuanya berjalan lancar ..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...