Wednesday, March 09, 2011

Cara-cara Buat Reben Hamper

Petang ni nak siapkan hamper ... mesti siap sebelum esok ... huhu .. bunga pulak habis .. jadik mahu tak mahu kena la buat bunga reben ni .. bukan apa yang begini ler menjimatkan .. huhu .. (sebenarnya, pengantin dah sound, jangan banyak sangat kuar duit, takut lari budget .. huhu) jadi aku pun mula la memintal reben kertas ni nak dibuat bunga reben untuk di letakkan pada hamper aku ni .. So, jom kita tengok cara-cara nak buat reben hamper ni ...




Bahan-bahan yang diperlukan adalah reben kertas (betul ker sebab ada yang panggil reben plastik), dawai halus, dan gunting.











Gunting reben kepada dua bahagian.













Satu, potong reben sepanjang 2 meter. Terpulang ler pada citarasa memasing. Kalau nak buat kelopak dia sikit kurang kan ler panjangnya.














Dua, potong reben sepanjang setengah meter. Ini pun terpulang jugak, kalau nak ekornya panjang lebih kan jek panjang nya.












Gulung reben yang dipotong tadi sehingga habis reben dan pastikan hujung sebelah dalam mesti berselisih dengan hujung sebelah luar.















Lipat reben. Pastikan hujung reben yang di sebelah dalam bertemu dengan reben sebelah luar.
















Begini ler bentuk nya setelah dilipat

















Gunting menyerong hujung reben yang telah dilipat tadi. Gunting di kedua-dua belah hujungnya. Kiri  dan kanan reben itu.














Begini ler rupanya setelah digunting atas dan bawah reben tersebut















Temukan bahagian yang telah digunting tadi ditengah-tengah sehingga terbentuknya no 8.
















Cantumkan satu lagi reben yang dipotong pendek tadi. Buat ekor nya. Pastikan reben itu berada di bawah reben yang di gulung tadi.
















Ikatkan reben-reben itu menggunkan dawai halus. Ikat dengan ketat supaya ia tidak terbukak semasa proses memintal nanti.











Begini lah rupa reben yang telah di ikat tadi



















Ambil gulungan yang paling dalam dan pintal kan dia. Cara memintalnya mestilah satu kiri satu kanan. Pintal sehingga habis.
















Begini ler hasilnya setelah semua kelopak di pintal



















Gunting sedikit hujung ekor reben tadi
















Kemudian, koyakkan cepat-cepat bahagian ekor reben yang digunting tadi.
















Koyak hingga ke pangkal ekor reben tadi. Begini ler rupanya.
















Dengan menggunakan sebelah sahaja gunting, tarikkan pada sebelah dalam ekor reben tadi. Buat kesemua ekor reben tadi.









Begini lah rupa reben hamper yang telah siap. Selamat mencuba ... huhu

12 comments:

ati shariffuddin said...

thanks. it works.. :) hee

aznanie said...

salam ati shariffuddin ...
welcome dear ... harap dapat dimanfaat ilmu nya .. hehe

Anonymous said...

thank yer....sgt membantu..

aznanie said...

alhamdulilah ... semoga dapat dimanfaat ye ilmunya ...

Anonymous said...

pandainye lahai akak nie.. huhuh jealous saye au..
nk wt tapi takut x jadi...nanti perasmian PSS kne ade reben nie.. x pasal2 saye lak kene buat... adoiiyaii.. nasib baik saye sayamg cikgu..
klau x????

Kamsiah Mat Sohor said...

salam..dh buat,tp x berapa nak jd..sy x faham bhgn nak pintal 2..1 kiri 1 kanan.. x faham la.. blh jelaskan lg x?

pinky rinky said...

thax4 d info..mmg nak sgt blaja wat reben nie... (^,^)

oumiey said...

terima kasih, ilmu yg bermanfaat..

Nurul Aini said...

huhu thanks.... menjadi..., tgh balut hamper untuk majlis kahwin adik ni..., ilmu yg bermanfaat...

Anonymous said...

thanks!!!

sebarkan cahaya keharuman said...

thanks.... :)

Anonymous said...

THANKS ILMU YG SNGAT MEMBANTU SAYA WAT HAMPER UNTUK JUALAN AMAL

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...