Monday, March 21, 2011

Rombongan Menghantar Pengantin - Majlis Menyambut Menantu

19/3/2011

Hari ni, upacara menyambut menantu di adakan di rumah pengantin lelaki di Felda Tementi. Kami yang menghantar pengantin dah sampai semalam lagik. Hilangkan penat kat rumah bersanggah. Kalau nak ikut kan penat memang tak hilang lagik ... huhu .. tapi apa nak dikata .. ikutkan jek ler .. dah memang sedia maklum .. perjalanan yang panjang pasti akan meletihkan fizikal dan mental .. huhu ..

Tepat pukul 10.30 pagi, pengantin bergerak ke butik pengantin untuk disolekkan dan mengambil baju sewa. Sesambil menunggu pengantin bersolek, kami pun menyiapkan diri memasing. Selesai menyiapkan diri .. apalagik .. posing ler dulu .. dengan tuan rumah yang baik hati tu .. sesama rombongan kami ni .. huhu ..buat kenang-kenangan la kan ..


11.45 pagi, pengantin dah siap bersolek .. kami pun bergerak ke rumah pengantin lelaki dengan menaiki kereta. Setibanya kami di sana kumpulan kompang sudah sedia menunggu. Jadi tanpa membuang masa, kami pun terus sahaja bergerak menuju ke rumah pengantin lelaki yang terletak di atas bukit. Kami berarak di iringi kumpulan kompang yang dianggotai oleh remaja sekolah.

Kumpulan kompang yang mengiringi pengantin berarak

Setibanya di perkarangan rumah pengantin lelaki, kami terus dibawa ke meja makan beradap. Oleh kerana tiada pelamin di sediakan dalam rumah, maka kami berposing bersama pengantin kat meja makan jek. Pelamin hanya di buat di meja makan tu jek. Tak pe la.. memang le majlis menyambut menantu tidak dibuat besar-besaran seperti yang dibuat di rumah pengantin perempuan.


Di atas meja, sudah tersedia makanan untuk upacara makan beradap. Ada ayam di salut kentang di lenyek, ikan bawal berserta sambal, urap taughe, udang goreng, daging goreng di cucuk pada lidi, redang daging kerbau dan banyak le lagik .. Nasi minyak n nasi putih .. air oren sunquick .. hmmm .. begitu sedap .. dan menyelerakan .. aku tak banyak sangat makan .. pengantin perempuan asyik suruh aku amik gambo jek .. kamera men dah stop amik gambar ... cause dia makan pulak .. haha .. en.suami aku le tu ..

Pihak pengantin lelaki menyediakan cenderahati untuk kami bawa pulang ... banyak .. sampai 2 paperbag tiap sorang .. beso budget untuk cenderahati. Cenderahati nya cukup unik iaitu kicap lemak manis jenama mudim, sos cili jugak jenama mudim. Selain tu biasa jek ler .. bunga telur n sumi n gula-gula n kerepek-kerepek ler ...

Upacara makan beradap selesai pada jam 1.00 petang. Para jemputan pun sudah berkurangan. Jadi, kami pun minta diri untuk berangkat balik ke Johor. Sesungguhnya budi baik orang-orang di Felda Tementi, Pahang amat kami hargai dan ucapan terima kasih kami berikan diatas layanan baik yang kami terima. Terima kasih sekali lagik ...

Selamat pengantin baru buat Shieda dan Nua ... semoga berkekalan hingga ke akhir hayat .. amin ..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...