Wednesday, March 02, 2011

Bersamamu TV3: Kisah Adik Hakimi Dari Kelantan

Terharu dan tersedu melihat penderitaan adik Hakimi tadi. Adik Hakimi menderita penyakit Neurofibromatosis yang dikenali sebagai NF1 iaitu sejenis penyakit keturunan. Adik Hakimi dah berusia 16 tahun tapi disebabkan penyakit yang dialami nya dia tidak boleh bergerak. Baring jek. Mata kanan adik Hakimi dah dibuang ... sebab stuktur kulit muka yang membesar. Adik Hakimi jugak menderita sakit barah otak ...Penyakit ini tidak ada ubatnya ... Ya Allah ... kesian betul dia. Besar sungguh dugaan Allah untuk keluarga Mak cik Norma Muhammad ..

Oleh kerana adik Hakimi tidak boleh bergerak dan menguruskan diri sendiri, Makcik Norma tidak dapat bekerja. Kerana tidak sampai hati membiarkan adik Hakimi keseorangan di rumah. Ya la ... makan bersuap, berak kencing pun dalam lampin pakai buang. Makcik Norma hanya mengharap pada wang ehsan dari JKM saje ... sian betul 

Sebenarnya mak cik Norma pun menderita sakit yang sama cam Adik Hakimi. Ada benjolan besar dekat tulang belakang badan makcik Norma. Tapi keadaan makcik Norma tidak le seteruk adik Hakimi. 

Anak makcik Norma yang lagi satu, Azam umur 20 tahun pun berpenyakit yang sama juga. Menderita sakit barah otak. Walaupun zahirnya Azam nampak seperti remaja yang lain yang sihat tetapi sebenarnya tidak. Dia pandai menyembunyikan sakitnya kerana tidak mahu ibu nya risau pasal dirinya. Mentelah adiknya Hakimi lebih memerlukan perhatian ibunya. 

Kepada Allah ... aku panjatkan doa ... semoga KAU berikan lah keluarga ini kesihatan dan KAU murahkan lah rezeki mereka dalam menjalani liku-liku kehidupan. Limpahi lah mereka dengan taufik dan hidayah MU YA ALLAH .... AMIN ... AMIN ... YA RABBAL ALAMIN ....

3 comments:

Anonymous said...

asslamualaikum,saya seorang hamba allah dari johor bahru ingin membantu adik hakimi serta keluarga, boleh saya dapatkan alamat / no tel yang boleh berurusan dengan keluarga ini. Terima kasih.Sila emailkan kepada saya - aryomar_67@yahoo.com.my

aznanie said...

wa'alaikummussalam ... minta maaf la yer .. sayer tak ada alamat n no tel keluarga adik hakimi ni .. memandangkan ini program TV3 .. makan sayer rasa anda boleh berhubung dengan pihak BersamaMu untuk keterangan lebih lanjut yer .. saya hargai niat murni anda itu ..

Anonymous said...

0310041000208304 -akaun bsn norma mohd...boleh refer pada facebook bersamamu tv3 timeline 2011...sy pon kesian pd family ni..da lame cari no akaun makcik norma ni.insya allah sama2 kita bantu insan yg memerlukan.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...