Sunday, March 06, 2011

Cerekarama : Pintu Taubat

Mengisahkan tentang sebuah keluarga yang cacat lagi miskin. Mereka sekeluarga di pandang hina oleh orang kampung terutamanya Mak Lang yang merupakan adik ipar kepada Pak Nain. Keluarga Pak Nain ini terdiri daripada seorang anak lelaki, along dan dua orang anak perempuan iaitu angah dan adik.Walaupun miskin dan cacat tetapi mereka redha akan ketentuan Ilahi. Cuma si adik sahaja yang tak sedar diri. Merasakan dirinya lebih sempurna jika hendak dibandingkan dengan kakaknya, angah. Sebenarnya si adik ni dah termakan hasutan Mak Lang supaya membenci keluarganya sendiri.

Mak Lang lah punca segala kesengsaran yang dilalui mereka. Dendam kesumatnya pada Pak Nain menjadikan sikap perikemanusiaannya hilang sama sekali. Sakit hati yang amat sangat bila Pak Nain tidak memilih dirinya sebagai isteri tetapi memilih kakaknya yang cacat. Dan hatinya tak kan puas selagi tidak dapat menghancurkan keluarga Pak Nain.

Bila si adik datang kepadanya, meminta bantuannya menguruskan majlis pertunangannya bersama Musa iaitu supervisor di tempat dia berkerja, Mak Lang mula memainkan peranan jahatnya. Dia menghasut adik supaya tidak membenarkan ayah serta abang dan kakaknya hadir ke majlis pertunangannya. Kononnya bimbang majlis akan dibatalkan sekiranya pihak lelaki mendapat tahu tentang kecacatan seluruh angota keluarga si adik. Adik mengikut sahaja apa yang di kata Mak Lang sehingga sanggup mengurung angah di bawah rumah. Bimbang jika angah datang dan merosakkan majlis pertunangannya.

Pada hari majlis pertunangan adik berlangsung, si along terdengar suara angah meminta tolong dari dalam pondok di bawah rumah mereka dan melepaskan angah keluar. Mereka berdua pergi ke rumah Mak Lang untuk melihat adik mereka bertunang tapi malang nya mereka diusir oleh Mak Lang. Keluarga Musa yang melihat kejadian itu terus bertindak meninggalkan majlis kerana tidak mahu berkeluarga dengan orang cacat.

Selepas kejadian itu, adik menjadi marah dan bertindak memutuskan tali kekeluargaan dengan along dan angah serta tidak mahu lagi tinggal bersama dengan keluarganya. Dia berpindah duduk bersama Mak Lang. Mak Lang berpura-pura baik dengannya dan memberitahunya ada seorang lelaki iaitu Pak Sani seorang duda menginginkan seorang isteri. Pak Sani seorang yang kaya dan berumur. Pada mulanya adik tidak mahu tetapi setelah dipujuk oleh Mak Lang akhirnya adik bersetuju.

Bagi menjayakan rancangan jahatnya, Mak Lang mengupah 3 orang samseng untuk memukul along ketika along dalam perjalanan balik dari membeli garam. Setelah along pengsan dipukul, mereka meletakkan along di atas katil di sebuah rumah seorang penduduk kampung, Pak Lamin. Ketika itu Pak Lamin tak de di rumah. Cuma tinggal isterinya sahaja. Apabila menyedari ada orang di atas katilnya, isteri Pak Lamin pun menjerit meminta tolong dan di saat itu lah Pak Lamin balik dan orang kampung pun memukul along. Namun setelah memikirkan tiada apa-apa yang terjadi pada isterinya dan kasihan melihat keadaan along yang tidak berapa nak waras itu Pak Lamin melepaskan along dan tidak membuat laporan polis.

Setelah kejadian itu, along ditangkap penduduk kampung pula dengan alasan menghisap ganja. Semasa penduduk kampung memeriksa koceknya, mereka terjumpa ganja dalam poket seluar along walhal ganja itu sengaja diletakkan oleh samseng yang diupah oleh Mak Lang. Along ditangkap dan dibawa ke balai polis. Along di lokap selama seminggu.

Si adik yang menyangkakan dia akan hidup mewah setelah berkahwin dengan Pak Sani ternyata meleset. Pak Sani mengahwininya supaya dia menjadi orang gaji di rumahnya. Melayan isteri tuanya yang lumpuh serta melakukan tugasan rumah. Pak Sani sebenarnya sudah mempunyai 2 orang isteri dan bukannya duda seperti yang dikatakan oleh Mak Lang. Itu semua rancangan Mak Lang yang hendak melihat keluarga Pak Nain hancur. Adik merasa menyesal kerana bersikap buruk pada keluarganya.

Tak cukup dengan itu, Mak Lang mengupah pulak orang supaya merogol angah. Angah yang cacat kaki dan tangan tidak mampu melawan kudrat samseng yang diupah oleh Mak Lang itu.

Setelah tidak tahan di dera oleh keluarga Pak Sani, adik nekad melarikan diri dari rumah Pak Sani dan balik ke rumah bapanya. Dia memohon ampun kepada bapanya, along serta angah.

Pak Sani yang berang setelah mengetahui yang adik melarikan diri bertindak mencarinya di rumah Pak Nain. Semasa berlakunya tarik menarik di antara Pak Nain dengan Pak Sani, Pak Sani telah menolak Pak Nain sehingga kepala Pak Nain terhantuk pada tangga batu. Pak Nain cedera parah dan meninggal. Kemudian semasa along cuba menghalang Pak Sani daripada beredar, Pak Sani telah melanggar along dengan keretanya dan along terjatuh dan kepalanya terhantuk pada batu. Along juga meninggal akibat kejadian itu.

Mak Lang yang suka hati melihat kejadian itu, ketawa terbahak-bahak sambil berlalu pergi. Tetapi malang baginya apabila kakinya tersadung dan dia jatuh tertiarap di atas pecahan botol kaca. Mak Lang juga meninggal di situ.

Akhirnya, Pak Sani di tangkap polis kerana menyebabkan kematian Pak Nain dan along. Adik yang insaf telah balik semula ke rumah dan menjaga angah.

Sinopsis oleh : aznanie

*Cerita ni banyak pengajarannya. Sedih. Tak patut orang kampung tu buat keluarga Pak Nain tu cam tu .. ya ler kan ... dah tau si along tu terencat akal tak kan ler leh terpikir nak merogol orang ... hisap ganja ler .. main percaya jek cakap bebudak jahat. Yang Mak Lang tu ... huh .. jahat betul .. dendam sangat ler konon ... Pak Nain tu kan miskin .. buat apa dia nak orang miskin .. dia tu kan kaya .. apa daaa ... tapi best ler Amyza Adnan tu belakon jadi orang capek. Ngan tangan terkepot .. kaki tempang-tempang .. menjadi lakonan dia. Si Ako Mustapa pun ok .. jadi budak terencat akal .. huhu .. best ler

Antara pelakon yang membintangi cerekarama Pintu Taubat

4 comments:

juicy X said...

siyes sentapp tgk citer ni

aznanie said...

ni citer ceday yang penuh ngan pengajaran ... huhu

Anonymous said...

mmg best!

aznanie said...

setujuuu ..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...