Sunday, April 29, 2012

Resepi Kerepek Pisang

Dulu dah buat resepi kerepek ubi pedas ... resepi kuih siput pedas pun dah buat ... hmmm .. hari ni nak buat resepi kerepek pisang ... resepi ni aku amik dari mak su Ani aku yang berniaga kerepek pisang .. kerepek pisang dia .. walah .. sedappp dan garing .. memang marveles .. jadi, jom layan resepi kerepek pisang aku ni ...
Kerepek Pisang

Bahan-Bahan :
  • Pisang nipah atau tanduk (yg dah agak tua tapi lum masak)
  • Garam dan gula (dilarut dalam air suam)
  • Serbuk kunyit 
  • Minyak untuk menggoreng kerepek pisang
Cara Membuat :
  • Kupas kulit pisang dan bersihkan
  • Panaskan minyak dalam kuali
  • Masukkan serbuk kunyit dalam minyak supaya kerepek pisang nampak kekuningan
  • Bila minyak dah cukup panas, sagat pisang terus ke dalam kuali (kalau sagat siap-siap, nanti kerepek pisangnya melekat antara satu sama lain)
  • Masukkan 1 atau 2 sudu bancuhan garam dan gula tadi ke dalam kuali yang mengandungi kerepek pisang tadi (ia akan menghasilkan bunyi berdesir dan memercikkan minyak - jauhkan dari kanak-kanak semasa proses memasak)
  • Goreng kerepek pisang tadi hingga masak
  • Angkat dan sejukkan, baru boleh di simpan dalam balang kedap udara

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...