" Seputih harapan ku dambakan memagari rindu yang membiru "
Sinopsis oleh : aznanie
Nora Elena hanya inginkan bahagia dalam hidupnya. Kasih suci yang harap berkekalan dari Saiful Idham punah di tengah jalan. Semuanya kerana tragedi sepuluh tahun dulu. Rahsia yang disorokkan dari pengetahuan tunang kesayangannya akhirnya terbongkar jua. Saiful Idham meninggalkannya tanpa sempat mendengar penjelasannya. Tentang kebenaran yang dirinya dinodai tanpa relanya. Kesuciannya diragut di usia remaja. Di saat dia tidak mengerti apa-apa.
Nora Elena serba salah. Kesungguhan Seth Tan menawarkan diri untuk menjadi suaminya amat mengejutkannya. Sungguh pun dia amat perlukan seseorang untuk menjadi penganti pengantin lelaki yang melarikan diri di saat semua persiapan kenduri sudah dimulai. Mahu tak mahu Nora Elena terpaksa menerima Seth Tan sebagai suaminya.
Seth Tan bersyukur kerana doanya dimakbulkan. Sepuluh tahun dia cuba menjejaki Nora Elena. Penantiannya tidak sia-sia. Akhirnya dia dapat memiliki Nora Elena. Gadis yang dicintai dalam diam. Cinta pandang pertamanya. Walaupun dia tahu Nora Elena tidak mencintai dirinya tapi dia akan berusaha untuk memikat hati Nora Elena.
Akhirnya, rahsia yang disimpan Seth Tan terbongkar jua. Rupanya dialah lelaki durjana yang merampas mahkota miliknya dulu. Menodainya kerana kasihnya yang suci. Dirinya mahu memiliki Nora Elena. Tidak tega melihat gadis itu dimiliki lelaki lain. Tahap kebencian Nora Elena sampai kekemuncaknya namun apakan dayanya Seth Tan adalah suaminya kini. Dia pasrah dengan takdirnya.
Di amati keperibadian dan sikap suaminya yang sentiasa bertolak ansur melayan kerenahnya akhirnya dalam diam dia mengakui yang Seth Tan memang lelaki yang ditakdirkan untuknya. Cintanya berputik jua untuk lelaki yang bergelar suami itu. Nora Elena redha dan rela menerima cinta Seth Tan. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki inilah syurganya di akhirat nanti. Tamat ...
Penulis : Meen Zulaikha
Terbitan : Alaf 21
Point : 5/5
Penulis novel Kasih Yang Suci, Meen Zulaikha (bertudung) bersama heroin cite Nora Elena, Siti Saleha ...
0 comments:
Post a Comment