Thursday, April 19, 2012

Sinopsis Novel 'Badai Di Hati - Fazie Hanna'

Novel Badai Di Hati ini aku beli pada tahun 2005 .. lama tak ulang baca novel ni .. datang mood nak baca semula novel yang jadi koleksi .. pastu tepek la sinopsis dia kat sini untuk dikongsikan dengan kekawan semua ... jadi, jom layan sinopsis novel Badai Di Hati ni ...

" Titis air mata ini tidak akan melemaskan lagi sisa semangat ku ... "

Sinopsis oleh : aznanie

Mengisahkan tentang ketabahan seorang wanita bernama Natilly. Sedang diri diulit debaran hari pernikahan, pemergian ayah tercinta merubah suasana. Pemergian ayah yang tak akan kembali membuatkan adiknya, Adli menanggung bebanan perasaan. Natili harus jadi kuat demi Adli. Adli harus diubati sebelum dirinya menjadi milik Nasrul.

Natilly tetap berkahwin dengan Nasrul walaupun di sogokkan dengan cerita-cerita yang kurang enak tentang Nasrul dari sepupunya, Mukriz. Padanya, Mukriz hanya membawa cerita kerana marah dan dendam setelah lamarannya ditolak Natili.

Natilly bahagia setelah bergelar isteri kepada Nasrul. Baginya, Nasrul adalah seorang suami yang penyayang dan sangat memahami dirinya. Namun, rupanya itu hanyalah lakonan semata. Setelah tembangnya pecah, Nasrul ditahan pihak berkuasa kerana memperdagangkan gadis-gadis di bawah umur dan pendatang asing tanpa izin berkerja sebagai pelacur di bawah jagaannya. Nasrul dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun. Natilly menanggung malu dan aib yang amat sangat. Orang-orang sekampungnya mulai mengata dirinya. Mujur ada Mukriz yang sentiasa melindunginya.

Namun, Mukriz tidaklah sebaik itu bila dia sendiri bertindak memperkosa Natilly. Mukriz yang telah dirasuk nafsu serakah bagaikan lupa diri bila saban hari bersama Natilly. Dirinya yang sememangnya mempunyai perasaan kepada Natilly lupa pada janjinya pada arwah ayah Natilly untuk menjaga Natilly dan Adli seperti adik kandung sendiri. Akibatnya, Mukriz ditangkap dan dipenjarakan selama 8 tahun dan 4 kali sebatan.

Tidak lama selepas kejadian itu, Natilly didapati mengandung. Malangnya dia tidak tahu siapakah ayah anaknya itu. Dia takut sekiranya anak itu terjadi hasil perbuatan jalang Mukriz. Namun, setelah ujian DNA dijalankan dan sahlah anak itu memang anak dari hubungan suci mereka suami isteri.

Natilly tidak mahu berdiam diri. Dia mahu melakukan sesuatu. Bersama Izni, dia menolong pihak polis memberkas ibu ayam dan bapak ayam di rumah pelacuran dengan menjadi umpan di rumah pelacuran itu. Tujuannya adalah untuk menyelamatkan wanita dan gadis yang menjadi mangsa orang-orang seperti suaminya, Nasrul.

Di penjara, Nasrul mulai menginsafi diri. Mulai rasa bersalah di atas perbuatannya. Dia menjalani hukumannya dengan redha dan memohon kemaafan kepada yang ESA.

Natilly tidak lupa menjenguk suaminya di penjara. Walau sejahat mana pun suaminya, dia tetap menunggu suaminya keluar dari penjara. Dia tidak sekali-kali mencurangi suaminya itu. Baginya, Nasrul adalah suami yang baik dan penyayang cuma suaminya memilih jalan yang salah untuk mencari kekayaan.

Natilly bersama penduduk kampung membangunkan kembali projek usahasama yang dimulakan oleh Mukriz. Ramai yang menyokong tak kurang juga yang mengeji. Namun semua itu tidak diendahkan oleh Natilly. Dia mulai bersemangat apabila porjeknya membuahkan hasil.

Suatu kejadian telah berlaku. Natilly di samun  dan dicederakan sewaktu dalam perjalanan pulang dari Bank. Cedera parah Natilly dan anaknya, Nabil. Mujurlah tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Mukriz sedar, dia harus meminta keampunan dari Natilly sebelum ajalnya sampai. Berbekalkan keinsafan dia menitipkan surat kemaafan. Natilly yang pada mulanya berat untuk memaafkan Mukriz tetapi akhirnya redha dengan takdir hidupnya. Dengan hati yang ikhlas Natilly memaafkan semua perbuatan jahat Mukriz terhadapanya. Namun, Mukriz meninggal sebelum sempat kata maafnya diterima Natilly. Dia pasrah menerima berita kematian Mukriz itu.

10 tahun sudah berlalu. Nasrul akhirnya dibebaskan dari penjara. Nabil yang pada mulanya membenci ayahnya kerana membuat dirinya menderita akhirnya dapat menerima ayahnya. Nasrul benar-benar insaf dan memohon keampunan dari Natilly. Dia berusaha supaya mereka dapat hidup dengan aman dan bahagia. Tamat ...

Penulis : Fazie Hanna
Terbitan : Alaf 21
Point : 5/5

* Best jugak novel ni ... macam terbawak-bawak dengan penderitaan yang dialami Natilly... merasi ketabahan hati wanitanya ... digarap dengan baik jalan ceritanya oleh penulis .. supaya mesejnya sampai kepada pembaca sekalian .. ewahhh .. gituuuu ...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...