Tuesday, April 17, 2012

Forum Perdana Hal Ehwal Islam Di Padang SEMEKA ...

Malam tadi bawak anak-anak gi Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang bertajuk Kesatuan, Perpaduan, Persaudaran Dan Permuafakatan Ummah Adalah Tuntutan Fardhu Ain .. bertempat Di Padang Sek. Men. Kebangsaan. Adela (SEMEKA) anjuran Gabungan NGO Melayu Negeri Johor, Johor Coporation, Felda dan Pertubuhan Usahawan Generasi Felda Malaysia. Ahli Panel yang menjayakan program ini ialah YB.Dato' Haji Nooh Bin Gadot (Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor), Ustaz Dr.Mohd Ridzuan Tee Bin Abdullah, Tuan Sheikh Haji Ismail Bin Haji Hashim (Pensyarah Ikon YADIM) dan dipengerusikan oleh Kadi Daerah Kota Tinggi iaitu Al-Syeikh Mohd Taufek Bin Dato' Kiyai Shamsuddin.
Kumpulan Marhabban GPW mengambil tempat di atas pentas ...

Majlis dimulakan dengan persembahan Marhabban dari kumpulan Gerakan Persatuan Wanita (GPW). Para hadirian diminta berdiri dan bersama-sama mengalunkan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W ...

Persembahan Nasyid sedang berlangsung ... (maaf pic tak terang sebab kedudukan yang jauh dan keadaan persekitaran yang kurang pencahayaan) ..  

Majlis diteruskan dengan persembahan Nasyid dari pelajar-pelajar Sek. Keb. L.K.T.P Adela yang menjadi juara Nasyid peringkat Negeri Johor. Mendendangkan 3 buah lagu Nasyid.

Penceramah pertama yang menyampaikan ceramahnya ialah Ustaz Dr.Mohd Ridzuan Tee Bin Abdullah. Dalam ceramahnya, beliau menekankan bertapa perlunya kita sebagai orang melayu bersatu padu, jangan berpecah belah hanya kerana fahaman polotik yang berbeza. Beliau memberi contoh bertapa teguhnya perpaduan sesama kaum di zaman Nabi kita dahulu.

Penceramah Kedua ialah Tuan Sheikh Haji Ismail Bin Haji Hashim iaitu Pensyarah Ikon YADIM. Beliau juga mengupas isu permuafakatan dan persaudaraan sesama kaum. Di selang seli dengan lawak jenaka supaya para hadirin terhibur dan tidak tertidur katanya.

YB. Dato' Haji Nooh Bin Gadot ...

Penceramah yang terakhir ialah YB.Dato' Haji Nooh Bin Gadot, penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor. Isu masih berkisar tentang kesatuan, perpaduan, persaudaraan dan permuafaktan ummah adalah tuntuan Fardhu Ain. Beliau menekankan sangat bertapa perlunya bersatu padu. Bak kata pepatah bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Juga diselang selikan dengan jenaka yang membuatkan para hadirin terhibur.

Belum pun habis acara Forum Perdana ni anak-anak dah sibuk ajak balik ... ngantuk kata Aisy ... lagi pun dah pukul 11.15 malam .. Ayen nak sekolah esok ... jadi, aku pun bawak anak-anak balik ... tak sempat tunggu acara makan-makan .. hehe .. tak pe la .. datang bukan nak makan pun .. dengar ceramah tu yang lebih penting ... harap program ilmu ini akan berterusan diadakan di kawasan ini ... insyallah ...
Ayen dan Aisy di Forum Perdana Hal Ehwal Islam  ... nampak mereka berdua ni jek sebab kamera guna flash .. jadi yang difokus jek yang terang .. persekitaran jadi gelap ..  lampu kat pentas jek banyak .. kat dalam khemah tak de lampu sangat ... buleh la ni .. nampak jugak .. hehe ...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...