Monday, April 09, 2012

Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke 25


Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang bersiaran secara langsung dari Arena Of Star Genting Highland menampilkan 4 pengacara iaitu Raja Azura, Sharifah Shahira, Zizan Razak Dan Didie Alias. Pembuka majlis dimulakan dengan persembahan dari Stacy, Aliah dan Dato Siti Nurhaliza. Hebat persembahan ketiga-tiga artis.

Yang paling best persembahan khas dari Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani. Sedikit lakonan dari filem Ombak Rindu dan diikuti dengan lagu dari filem itu dendangan Adira dan Hafiz. Jerit pekik dari peminat-peminat memenuhi ruang Area Of Star Genting. Terbaek.

Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian:

1. Artis Berkumpulan/ Duo Popular
     - Jaclyn Victor, Shila Amzah Dan Ning Baizura

2. Artis Baru Wanita Popular
     - Tasha Shila

3. Penyampai Radio Lelaki Popular
     - Faizal Ismail

4. Artis Komedi Wanita Popular
     - Didie Alias

5. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
     - Dato Sheila Majid

6. Pengacara Tv Lelaki Popular
     - Zizan Razak

7. Artis Baru Lelaki Popular
     - Johan Arif Ashari (Botak)

8. Pelakon Tv Lelaki Popular
     - Fiz Fairuz

9. Penyampai Radio Wanita Popular
     - Fara Fauzana

10. Pengacara Tv Wanita Popular
       - Fara Fauzana

11. Artis Komedi Lelaki Popular
       - Johan

12. Anugerah Khas Seri Perak
       - Dato Siti Nurhaliza

13. Penyanyi Lelaki Popular
       - Hafiz

14. Pelakon Filem Lelaki Popular
       - Aaron Aziz

15. Pelakon Tv Wanita Popular
       - Fasha Sandha

16. Pelakon Filem Wanita Popular
       - Maya Karin

17. Penyanyi Wanita Popular
       - Yuna

18. Bintang Paling Popular ABPBH 25
       - Aaron Aziz

Pemenang Bintang Paling Popular Berita Harian .. Aaron Aziz dan isteri di Red Karpet ABPBH25 ...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...