Saturday, April 30, 2011

Sarapan Ngan Anak-Anak ..

Hari ni hari sabtu. Ayen tak sekolah. Jadi bangun lambat sikit ... hehe .. Siap-siap mandi .. ajak anak-anak pegi kedai makan ... cari sarapan .. Ayen ajak makan kat kedai .. dia kata bungkus tak best .. orait jek la .. lagik pun masih awal nak bukak kedai .. hehe ..

Friday, April 29, 2011

Resepi Air Asam Cicah Ikan Bakar

Aku selalu buat air asam ni bila bakar ikan .. ikan cencaru ler biasanya .. kalau ikan pari aku lebih suka wat sambal tumis yang curah atas ikan pari bakar tu ... kalau aku wat daging bakar pun aku wat air asam cam ni jugak ... pada aku ikan bakar memang sejodoh ler ngan air asam ni .. jadi, jom layan resepi air asam nih ...

 Air Asam Cicah Ikan bakar

Resepi Ayam Bakar Madu

Ayam Bakar Madu


Bahan-bahan:

Thursday, April 28, 2011

Beli Album Gambar Kat Kedai Buku Pustaka Kota Tinggi

Pegi kedai buku nak beli album gambar ... adik aku, tam nak tukar album gambar kahwin dia .. dia tak puas hati dengan rupa paras dan keterampilan album gambar kahwin dia ...haha .. albumnya tak nampak macam album gambar kahwin .. haha .. nampak cam album biasa jek ... tak ada klasss langsung .. haha ..

Barbecue Di Hari Lahir Kak Yong

Malam tadi buat makan-makan sempena hari lahir kak yong yang ke 41 tahun .. dah tua kakak aku ni .. hehe .. Kak Yong tanya nak masak apa? Aku ngan tam sepakat nak wat barbecue ... ye la kan .. asik makan mee bandung, soto, mee goreng, mee rebus .. bosan ler .. nasib baik kak yong orait jek .. dia pun bergegas ler pegi cari barang-barang nak masak barbecue tu ..

Ayam di perap ngan madu, paprika dan sos tiram .. ikan just letak garam ngan asam jawa jek .. udang perap dengan halia dan bawang putih ngan garam dan serbuk pati ayam ...

Wednesday, April 27, 2011

Happy Birthday Kak Yong Ke - 41

Selamat hari lahir Kak Yong .. semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki .. dan semoga mendapat keredhan dari Yang Maha Esa .. jangan tension-tension sangat .. maklum le hotel dah nak tutup .. nak kena cari keja lain .. insyallah ... ada rezeki tempat lain nanti .. tapi kena usaha ler .. rajin-rajin mencari lubang pekerjaan .. ramai nak guna tukang masak sekarang ni .. tak dapat keja jadi tukang masak kat hotel .. kat restoran pun boleh .. kat kedai makan biasa pun boleh jugak kan .. jangan la memilih sangat kan .. huhu .. cakap senang la kan .. yang menanggungnya tu .. bak kata pepatah .. berat mata memandang .. berat lagik bahu yang memikul .. tak pe .. aku ngan family kita sentiasa ada menyokong mu .. huhu ..

Tuesday, April 26, 2011

Jalan-Jalan ... Beli-Beli ... Makan-Makan ... I Likeeeee ...

Pagi tadi mak ajak pegi Tapak Semaian kat Jalan Mawai, Kota .. nak beli pokok limau kasturi ngan pokok jambu batu yang buah besar .. yang selalu orang jual letak asam boi .. aku orait jek .. huhu .. jalan-jalan best .. i likeee ..

Tunggu abah balik dari mesin rumput .. lambat pulak abah balik ari ni .. biasa kalau hari panas .. abah tak tahan mesin rumput lama-lama .. paling lama pun sampai kul 9.30 pagi ler .. sebab dia keluar awal pagi .. sesungguhnya penantian itu suatu penyeksaan .. haha ...

Monday, April 25, 2011

Glue Gun Aku Wat Hal!!!

Hajat di hati nak menyiapkan Cenderahati Sabun Butterfly aku yang tinggal sikit jek nak siap tu .. aku pun menyediakan bahan-bahannya  .. dah stand by semuanya .. aku pun amik le glue gun aku .. nak pasang kat plug utama .. sebab kalau guna extension plug nanti meletup glue gun aku ni .. masa nak cucuk wayar plug glue gun .. nampak cam terkangkang kaki plug tu .. kaki glue gun aku ni yang 2 kaki punya ... kala itam .. jadi, aku betulkan le .. aku tekan kaki plug tu sikit .. tiba-tiba .. alamak .. patah la pulak kaki plug glue gun aku ni ... aisyeh .. cam mana nak buat ni .. ngelabah aku di buatnya .. tak sangka pulak aku kaki plug tu lembut .. aku ingat kan keras .. aduiiiiyaiii ... cam mana nih ..

Sunday, April 24, 2011

Lagu Tema Cerekarama 'Bila Azan Berkumandang'



Suara Azan - Fitri Haris
Telah terdengar suara
Memanggil memuji yang ESA
Memanggil muslimin dan juga muslimat
Untuk segera bersolat

Cerekarama 'Bila Azan Berkumandang'

Aku memang suka tengok cerekarama. Tak kiralah cite kelaka ke cite sedih ker cite suam-suam kuku ke .. aku tengok jugak .. kalau aku tak tengok bukan sebab cite tak best tapi sebab aku ada hal kat luar ... kalau aku tengok pasti aku buat sinopsisnya .. haha .. jom layan cerekarama Bila Azan Berkumandang yang penuh dengan pengajaran ini ...


Sinopsis oleh : aznanie

Kamarul dibesarkan dengan penuh didikan agama oleh ayahnya. Di didik supaya tidak meninggalkan solat walau dengan apa alasan sekali pun. Namun ayahnya gagal mendidik isterinya menjadi seorang isteri dan ibu yang bertanggungjawab terhadap anak dan suami. Ibu Kamarul sibuk mencari harta dunia. Kamarul membesar tanpa belaian dan kasih sayang dari seorang ibu.

Saturday, April 23, 2011

Sinopsis Novel 'Lagu Rindu'

"Mengapa hati ini semakin rindu tatkala menatap wajahmu?"

Sinopsis oleh : aznanie

Dirinya di benci dan dihina oleh neneknya namun Puteri Adalea menerima itu sebagai takdir hidupnya. Dia bersyukur kerana mama dan papanya serta adik beradiknya yang lain masih menerimanya. Walaupun dia hanya anak tiri mamanya. Darahnya tetap sama dengan papanya kerana dia anak kandung Zulkarnain dengan isteri yang lain.

Friday, April 22, 2011

Sinopsis Novel 'Kau Doktor Hatiku'

"Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Buang emak buang saudara,
Sayang kekasih hamba turutkan"

Sinopsis oleh : aznanie

Cinta Suraya pada Hisyam bukan mainan. Cinta yang tulus dan suci. Tapi ternyata Hisyam hanya mempergunakan Suraya untuk mendapatkan kemewahan. Perkenalan mereka bermula apabila Suraya dan keluarganya melancong ke Thailand dan Hisyam menjadi pemandu pelancong. Di sana Hisyam telah menyelamatkan Suraya dari disamun dan diperkosa oleh samseng jalanan. Sejak itulah mereka mula menyemai cinta. Walaupun ibu Suraya, Datin Rohani menghalang perhubungan itu tetapi atas dasar terhutang budi dia hanya berdiam diri.

Thursday, April 21, 2011

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Dan Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar Sekolah Agama

Pagi tadi gi Sekolah Agama anak aku, Ayen. Ada Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar. Majlis di adakan di Dewan Sekolah Agama Felda Tunggal. Hantar Ayen dulu .. aku pergi kemudian .. sebab Ayen nak ikut orang berarak .. aku nak ikut jugak tapi jemputan ibubapa pukul 9.00 pagi .. Ayen kena ada kat sekolah pukul 7.00 pagi .. hmm .. melepas ler nak ikut berarak .. haha ..

Wednesday, April 20, 2011

Anuar Zain - Sedetik Lebih



Sedetik Lebih - Anuar Zain
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu ...
Memikirkan mu

Bunga Sumi Untuk Maulidur Rasul Sekolah

Hehe .. selalu orang panggil bunga telur .. sebab diletak telur pada bunganya .. tapi aku panggil bunga sumi sebab aku letak sumi kat bunga tu .. memandai jek bagi nama .. haha ..

Tuesday, April 19, 2011

Barang Tak Cukup .. Cam Mana Nihh!!!

Sekarang ni tengah buat cenderahati sabun butterfly .. dah tinggal 100 pcs jek nak siap ... tapi tengok kotak terakhir tu tak cukup 50 pcs .. kalau ikut kiraan 1 kotak mengandungi 50 pcs .. tapi kotak yang paling bawah sekali ni ada tertera 45 pcs .. aku kira balik isi dia .. cuma ada 44 pcs jek .. laaa ... cam mana nihh .. tak cukup ler 600 pcs .. kurang lagik 6 pcs .. cam mana nak cakap kat tokei kedai tu .. ni first time pulak aku beli barang kat tempat dia ni .. nak ke dia percaya cakap aku .. nanti dia kata aku tipu pulak ..

Monday, April 18, 2011

Oh My Darling I Love You - Mujhse Dosti Karoge



Oh My Darling I Love You - Mujhse Dosti Karoge

Female :
Aaj Ke Ladke I Tell You
Kitne Lallu What To Do
Aaj Ke Ladke I Tell You
Kitne Lallu What To Do
Koi Mujhe Poocche How Are You
Koi Mujhe Bole How Do You Do
Kabhi Koi Mujhse Na Kahe
Oh My Darling I Love You
Oh My Darling I Love You
Oh My Darling I Love You

Sunday, April 17, 2011

Cerekarama 'Wan Tempe Ke London'

Malam tadi ngeteh ngan adik aku, tam ..makan sate .. lama tak makan sate .. Rm 10.00 makan 2 orang jek .. waduh .. semput nak menghabiskan makanannya ..  sampai umah dah pukul 10.00 malam. Terus bukak TV3. Tengok cerekarama. Dengo muzik intro dah tau ni cite kelaka. Apalagi tengok senarai para pelakonnya. Sah-sah ler cite kelaka ni .. Layan jek ler ...

Sinopsis oleh : aznanie

Wan bercita-cita untuk memperkenalkan perniagaan tempenya ke luar negara. Di kampungnya, tempe Wan bukan sahaja di gemari oleh masyarakat setempat malahan masyarakat cina dan india juga mengemarinya. Kedatangan seorang pelancong dari London, Herbert seakan memberinya harapan apabila Herbert mengajak Wan ke London untuk berniaga tempe di London. Wan merasa teruja dengan tawaran itu.

Saturday, April 16, 2011

Sinopsis Novel 'Sepi tanpa Cinta'

"Ku tetap menanti selagi ada rasa di sebalik rindu yang tegar"

Sinopsis oleh : aznanie

Haziqah, seorang gadis yang mengimpikan kebahagian bersama insan kesayangannya, Yusri. Tapi hajatnya itu terkubur begitu sahaja apabila ada insan yang tak senang dengannya membuat onar sehingga kesucian dirinya dipersoalkan. Yusri yang termakan dengan fitnah itu bertindak meninggalkan dirinya walaupun hari bahagia mereka bakal menjelma tidak lama lagi.

Friday, April 15, 2011

Dil Hain Tumhara - Mohabbat



Mohabbat - Dil Hain Tumhara

Male :
Hey hey hey hey hey

Thursday, April 14, 2011

Burger Oblong .. Pasar Malam Mari!!

Tadi gi pasar malam .. kat tempat aku ni jek .. tak jauh dari rumah aku .. jalan kaki .. 5 minit jek dah sampai .. huhu .. pegi dengan satu tujuan iaitu nak beli burger oblong .. sedap betul rasanya .. sebijik rasa cam prosperity burger kat mcdonald's tu .. huhu .. ada 2 pilihan burger ni .. nak yang ayam atau yang daging .. terpulang .. rega sama jek .. Rm 3.50 sebijik .. lada hitam dia berasa sungguh .. sedap .. rasa tak cukup makan sebijik .. haha .. kalau makan kongsi-kongsi lagi la tak cukup nya .. haha ..

Bersamamu TV3 : Kisah En. Idris Abu Bakar Dari Selangor

En. Idris Abu Bakar telah menderita penyakit kanser lidah dan telah menjalani pembedahan pada Jun 2010. Beliau juga telah menjalani 40 kali radioterapi dan 15 kali kemoterapi. Pada pembedahan itu stuktur lidah beliau telah di buang sebanyak 70% dan tisu kulit di ambil bagi membentuk lidah yang baru tetapi malangnya lidah baru itu tidak berfungsi dengan baik. Ia merosakkan rongga mulut. Lidah membengkak dan bahagian sekitar mulut dan tepi pipi membengkak. Ini menyukarkan beliau untuk bercakap dan mengunyah makanan.

Wednesday, April 13, 2011

Sinopsis Novel 'Ratu Hatiku'

"Kau barangkali tidak sedar tatkala gerimis membasahi hati kita. Namun aku merasa tempiasnya .. sehingga basah hatiku kerana mencintaimu sebegitu lama .."

Sinopsis oleh : aznanie

Kehidupan gadis bernama Norazirawati penuh dengan rintangan. Menumpang kasih ibu dan bapa saudara setelah kematian ibu bapanya bukanlah sesuatu yang diingininya. Tetapi apakan daya, mengenangkan dirinya yang masih belum mempunyai pekerjaan sedangkan dirinya memiliki segulung ijazah. Di tambah dengan usianya sudah menjangkau 27 tahun pasti menjadi kata umpat penduduk kampung. Dirinya dituduh memilih pekerjaan namun hakikatnya tidak begitu. Puas dikerah tenaganya. Serata pelusuk pekan itu di teroka demi mencari pekerjaan namun pekan tempat tinggalnya itu terlalu kecil dan membataskan peluang pekerjaan yang diingininya. Akhirnya dia hanya mampu berserah.

Tuesday, April 12, 2011

Korean Movies : The Classic

Kisah cinta yang tak kesampaian. Antara hero ngan heroinnya. Aksi sedihnya menyentap jiwa, menyentuh kalbu. Sungguhpun cinta diaorang ni cinta mati tapi hajat untuk hidup bersama tak kesampaian. Tak de jodoh namanya tu. Dah bermacam rintangan ditempuhi ... dugaan diharungi .. bersama .. last-last tak kawin jugak ... masing-masing kawin dengan orang lain ... kesiannya ...ceday .. ceday ...

Sinopsis oleh : aznanie

Ji Hae mengemas buku-buku lama untuk di simpan ditempat simpanan buku-buku lama. Di dalam almari tersebut terdapat sebuah kotak berisi diari dan surat-surat cinta pertama ibunya, Sung Joo Hee. Hati Ji Hae tergerak untuk membaca surat-surat yang terdapat di situ kerana dahulu jika ibunya membaca diari itu pasti ibunya menangis. Ji Hae mengambil diari itu dan membacanya dan bermulalah kisah antara ibunya, Sung Joo Hee dan Oh Joon Ha.

Monday, April 11, 2011

Filem 'Sini Ada Hantu!'

Cerita ni cerita dalam cerita .. faham ker apa yang aku cakap ni .. hehe .. kejadian dalam cerita ni diceritakan semula oleh watak-watak utama cerita Sini Ada Hantu! ni .. ada 3 cerita dalam movie ni .. ikuti preview yang aku buat ni ..

Sinopsis oleh : aznanie

Kisah bermula bila syarikat penghantaran Pasti Sampai perlu menghantar barang kepunyaan bos besar mereka. En. Rama, orang yang bertanggungjawab memastikan barangan sampai tepat pada masanya telah menyuruh Ah Meng dan Bakri pergi menghantar satu barang bos mereka ke kampung. Barang tu merupakan keranda berisi mayat datuk bos besar syarikat itu. Mahu tak mahu, Ah Meng dan Bakri terpaksa jugak menghantar barang tu walaupun sudah malam. Pada mulanya mereka tidak mahu tetapi setelah dijanjikan dengan elaun overtime 3 kali ganda dan cuti dengan gaji, mereka bersetuju dengan berat hati.

Sunday, April 10, 2011

Birthday Along!!

Birthday boy, along ..

Semalam birthday anak sedara aku, along yang ke-17 tahun ... dah bujang anak sedara aku ni .. tahun ni amik SPM ..  jadi, ibu dia buat majlis doa selamat .. untuk keluarga aje. Tak de special apa-apa pun .. cuma berkumpul adik-beradik .. ngan makan-makan  .. sambil borak-borak .. sesekali berkumpul cam ni best jugak .. ya ler .. masing-masing kan kerja .. sorang kat Giant .. sorang kat Bandar Penawar .. sorang kat Johor .. sorang kat Pasir Gudang .. waktu-waktu cam ni ler baru dapat berkumpul selain hari raya .. 

Saturday, April 09, 2011

Bermain Di Taman Permainan Bandar Penawar

Lepas gi makan sarapan tadi .. abah singgah Bandar Penawar .. dah janji dengan anak-anak aku nak bawak diaorang main-main kat taman permainan semalam .. ya ler .. singgah ler sekejap .. diaorang ni main bukannya lama .. sekejap jek dah jemu .. penat .. lelagi Ayen .. main buai sekejap pun leh pening .. haha .. gayat kata dia .. Aisy paling seronok .. kalau main buai tu mesti nak kena hayun laju-laju .. hayun sendiri tak reti .. nak suruh orang hayun kan dia .. si Ayen dah duduk jek kat buai tu .. pening ..

JJCM .. Sarapan

Hari ni gi makan sarapan jauh .. luar kawasan .. haha .. abah nak makan nasi dagang .. kat simpang masuk ke felda gugusan Lok Heng .. kedai makan tu satu-satunya kat situ .. kebanyakkan nya pemandu lori yang selalu berhenti makan kat situ .. makanannya pun sedap-sedap .. kedai makan ni hanya bukak untuk makan sarapan saja .. jadi beroperasi dari kul 6 pagik hingga 11 tengahari ..

Friday, April 08, 2011

Sinopsis Novel 'Semusim Rindu'

"Selagi rindu mengusik kalbu, ku tahu kau dambakan diriku ..."

Sinopsis oleh : aznanie

Hajar Adira didera mental dan fizikal oleh ibu saudaranya, Nazimah setelah kematian ibu bapanya. Tidak tahan dengan siksaan itu, Hajar Adira nekad melarikan diri ke Johor, untuk bertemu dengan mak ngahnya, Nasriah. Namun dalam usia 10 tahun, apalah sangat dayanya. Akhirnya, nasibnya terbela dengan bertemunya seorang insan berhati mulia, Firdaus dan isterinya, Fauziah. Mereka berdualah yang memberi kasih sayang dan penjagaan yang sempurna kepadanya.

Thursday, April 07, 2011

Jalan-Jalan .. Cuci Mata Kat Econsave

Pagi tadi turun Kota lagik .. beli barang cenderahati aku ni .. en.suami nak gi bank .. ada urusan sikit .. pastu kitaorang gi jejalan sambil cuci mata kat Econsave Taman Daiman Jaya kat Kota Tinggi .. saje jek gi situ .. bukan ada apa sangat barang yang nak dibeli .. saje .. menghabiskan masa .. haha .. cam banyak masa jek ..

Wednesday, April 06, 2011

Sinopsis Novel 'Ku Bawa Hati Ini'

Novel Ku Bawa Hati Ini di tulis dengan penuh perasaan oleh penulisnya, Elis Mokhtar. Novel ini diterbitkan dalam usaha membantu Elis mendapatkan semula hak penjagaan anaknya, Ferris melalui kempen, Bring Back Ferris To Malaysia. Ibu muda ini tidak pernah berputus asa untuk membawa pulang Ferris ke pangkuannya sejak Ferris diculik oleh bapa kandungnya sendiri ke Belanda. Jadi, Elis memerlukan bantuan kewangan bagi melantik seorang peguam untuk fight hak penjagaan Ferris di Belgium, negara asal bekas suaminya itu. Moga-moga usaha murni Elis ini akan membuahkan hasil ... insyallah .. dan sebagai menyokong usaha Elis ini aku dah pun beli novel Ku Bawa Hati Ini.

Cenderahati Sabun Butterfly

Cenderahati Sabun Butterfly tema kala hijau ni ditempah oleh Salwa dari Sarawak .. nak kena hantar awal bulan 5 ni .. dah siap packing separuh .. huhu .. yang lain akan di siapkan kemudian ..

Tuesday, April 05, 2011

Bedak Muka Dah Abis!!!

Ini semalam punya cerita .. bedak muka aku dah habis .. waaa .. aku suka pakai bedak ni .. dah bertahun-tahun aku guna bedak jenama ni .. jenama Reenas Cosmetic .. bedak yang aku gunakan ni namanya bedak rawatan .. ia sesuai untuk kulit muka yang selalu berpeluh macam aku ni .. lagi pun ia dapat merawat penyakit resdung, jeragat kat muka ngan menghalang pertumbuhan jerawat .. memang aku akui lah .. ianya memang berkesan kat aku .. kulit pun rasa lembut bila diusap .. sungguh ... ni bukan nak promote ke apa .. memang cakap betul-betul punya ..

Leno Dan Aku ...

Tadi gi Leno Kota Tinggi .. nak amik barang yang adik aku, Tam tempah. Di sebabkan aku tak de kad ahli Leno ni, maka aku gunalah nama kakak aku, Kak Yong. Jadi begitulah setiap kali kalau nak beli barangan Leno ni. Kakak aku ni ahli lama. Tak de kad. Jadi, setiap kali nak bayar kena bagi no. ahli dia aje. Cam tak best beno rasanya .. hehe ..

Opick - Bila Waktu Telah Berakhir



Bila Waktu Telah Berakhir - Opick
Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua
Hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Monday, April 04, 2011

Opick - Cahaya Hati



Cahaya Hati - Opick
Allah engkau dekat
Penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan
Hamba MU menangis
Karena kemurahan MU
Karena kasih sayang Mu

Sunday, April 03, 2011

Opick Feat Amanda - Hanya Hamba Allah



Hanya Hamba Allah - Opick Feat Amanda
Hidup di dunia
Hanya sebentar saja
Bila duka
Bila tawa
Smoga hati kembali padaNya

Cerekarama 'Iktikad Ahad'


May Lay seorang wanita yang tertipu dengan pujuk rayu seorang lelaki bernama Robert. May Lay dilarikan oleh Robert dari keluarganya untuk dijadikan pelacur. Dan duit hasil itu diambilnya. May Lay yang percayakan Robert hanya menurut sahaja. Hinggalah satu hari dia sedar yang dirinya hanya menjadi alat untuk Robert mendapatkan wang sahaja. May Lay berhasrat untuk meninggalkan Robert tetapi setelah dirinya didapati mengandung, dia cuba merayu agar Robert mengahwininya. Namun Robert semakin berang apabila mendapat tahu yang May Lay mengandung dan menyuruh May Lay menggugurkan kandungannya itu. Tanpa belas kasihan, Robert memukul May Lay sehingga lebam seluruh muka dan mulutnya berdarah.

Saturday, April 02, 2011

Sinopsis Novel 'Senafas Rindu'

" Meskipun berjauhan aku sentiasa dapat merasai getaran gemuruh di hatimu "

Sinopsis oleh : Aznanie

Tegarkah dia berdepan dengan kenyataan andai diri masih dihimpit kenangan lalu? Ke mana jua langkahnya dibawa, kisah duka yang pernah terpalit itu, amat sukar diluputkan daripada ingatan. Tanpa kata-kata perpisahan, Shafika kabur daripada pandangan mata. Lantaran itu, jiwa Fariz terus lumpuh tak keruan.

Cenderahati Perkahwinan Saputangan Buluh

Akhirnya, siap jugak cenderahati tempahan pelanggan aku ni .. berhari-hari mengerjakannya .. haha .. siap yang ni, bukan bermakna buleh rilek yer .. no .. no .. no .. ader lagik satu cenderahati yang perlu disiapkan .. cenderahati sabun butterfly pulak ... nak kena siapkan sebelum bulan depan .. cause awal bulan 5 dah nak kena hantar .. huhu ..

Friday, April 01, 2011

Teman Mak Gi Klinik

Pagi tadi teman mak gi klinik swasta kat Bandar Penawar ... badan mak kena gatal-gatal .. cam tumbuh ruam yang berair .. gatal-gatal tu tumbuh kat kawasan badan yang berlipat .. yer ler .. mak tu sedikit gempal orangnya .. jadi banyak ler tempat-tempat yang berlipat yang senang berpeluh .. bila peluh terkempam kat bawah lipatan kulit tu .. tumbuh ler ruam .. yang mak tak tahan tu .. dah la gatal .. pedih pulak tu .. yer ler .. dah mak garu tempat yang gatal tu .. melecet ler dia .. tu yang pedih .. pulak tu mak selalu ke tanah .. tanam bunga la .. tanam sayur la .. siram pokok bunga la .. buat batas tanam sayur la ..macam-macam aktiviti yang buleh menyebabkan badan mak berpeluh .. sian mak .. macam-macam penyakit .. minggu lepas pun teman mak gi klinik ni jugak .. bisul tumbuh kat ketiak .. dah pecah dah bisulnya .. gatal-gatal pulak .. hisssyy .. tak siap-siap penyakit mak ni .. haha ..

Yakinlah Aku Menjemput Mu - Kangen Band



Yakinlah Aku Menjemput Mu - Kangen Band
Teringat selalu wajah kekasih ku
Saat ku menuai lagu
Coba engkau dengarkan
Ku tuaikan nada
Lirik lagu sederhana
Ku ceritakan kisah tentang kita
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...