Sunday, May 27, 2012

Slot Wayang Di TV3 'Isabella'

Dulu-dulu pernah tengok .. beberapa kali jugak la ... masa kumpulan search tengah di puncak kegemilangan ... tengah popular la .. best jugak tengok amy masa muda-muda .. hehe .. jadi, jom layan sinopsis Isabella ni ...

Isabella


Sinopsis oleh : aznanie

Mengisahkan percintaan antara Isabella dengan anggota kumpulan rock terkenal iaitu Amy dari kumpulan Search. Perkenalan Isabella dengan Amy bermula apabila diperkenalkan oleh kawan sekolej Isabella. Isabella adalah seorang gadis berasal dari Jakarta. Ayahnya bekerja di kedutaan Indonesia ke Malaysia. Jadi Isabella mengikut ayahnya yang bekerja di Malaysia.

Isabella tahu yang ayahnya tidak suka pada muzik rock. Pada pandangan ayahnya, muzik rock adalah mendorong anak-anak muda menjadi liar dan ganas. Tapi berlainan dengan Amy. Dia adalah seorang pemuda yang berpegang teguh pada ajaran islam dan masih mengamalkan gaya hidup yang sihat, jauh dari gejala negatif yang merosakkan akhlak dan akidah. Itu yang membuatkan Isabella begitu menyenangi Amy.

Isabella berasa kecewa dengan sikap ayahnya yang tidak membenarkan dia menonton konsert Amy. Ayahnya mahu Isabella berhati-hati memilih kawan dan menjaga reputasi ayahnya sebagai orang penting di kedutaan, Indonesia. Lagipun ayahnya sudah memilih seorang jejaka di Indonesia yang begitu di senangi iaitu Roby. Isabella tidak menyukai jejaka itu. Padanya Roby bukanlah orang yang tepat dengan citarasanya. Hatinya tidak dapat menerima lelaki itu yang dirasakan terlalu sukar untuk difahami.

Percintaan mereka makin hari makin erat. Isabella selalu menemani Amy di studio rakaman. Mereka selalu meluangkan masa bersama-sama. Sehinggalah suatu hari, ayahnya memberitahu yang mereka akan berpindah semula ke Jakarta kerana ada tugasan yang memerlukan dia di sana. Isabella terpaksa mengikut jugak ayahnya berpindah walau terpaksa berpisah dengan Amy.

Isabella ke tempat tinggal Amy untuk memberitahu berita itu tetapi dia telah terlihat kawan baiknya, Salma bersama Amy. Dia melihat Amy sedang memujuk Salma yang sedang menangis. Isabella merasakan yang Amy mempunyai hubungan dengan Salma. Dia melarikan diri dari Amy dan pulang ke Jakarta.  

Di Jakarta, Roby melayan Isabella dengan baik. Dia berusaha memenangi hati gadis itu, namun tidak diendahkan oleh Isabella. Berbagai cara dilakukan tetapi Isabella tetap dingin bersamanya. 

Kedatangan Amy ke Jakarta amat mengembirakan Isabella. Akhirnya mereka bertemu setelah sekian lama terpisah. Amy ke Jakarta untuk menyelesaikan masalah percintaannya bersama Isabella. Amy mahu berbincang dengan ayah Isabella. Namun kekerasan hati ayahnya tidak dapat dilembutkan dengan kata-kata. Akhirnya Amy akur dengan pendirian ayah Isabella yang tidak dapat menerima artis kumpulan rock sepertinya. Tapi itu bukan alasan untuk dirinya melupakan cintanya terhadap Isabella.

Kumpulan Search membuat album baru. Lagu mereka meletup-letup sehingga mereka membuat keputusan untuk konsert di Jakarta. Ini kesempatan untuk Isabella bertemu dengan Amy. Walaupun ayahnya masih melarang dia berjumpa dengan Amy, tapi Isabella keluar juga bertemu Amy. Roby mengekori Isabella dan mendapat tahu Isabella mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Roby tidak mahu mengikut kemahuan orang tuanya untuk mengahwini Isabella. Dia harus berbuat sesuatu supaya orang tua mereka tidak terus-terusan memaksanya. Roby bertindak mahu memperkosa Isabella di rumahnya. Kebetulan ibu dan ayah Isabella pulang ke rumah tepat pada masanya. Kelakuan Roby itu disaksikan sendiri oleh ayah dan ibu Isabella. Isabella bertindak menampar Roby. Kepada Isabella diberitahu walaupun kelakuan Roby sudah terbongkar namun ayahnya masih belum dapat menerima Amy sebagai menantunya. Isabella yang kecewa dengan ayahnya terus keluar untuk bertemu Amy yang sedang membuat persembahan. Sedang Amy menyanyikan lagu Isabella, Isabella pun sampai di pentas. Amy membawa Isabella naik ke atas pentas. Tamat ...

Para pelakon :
Kumpulan Search
Nia Zulkarnain sebagai Isabella

*  Tengok cite lama .. teringat kisah-kisah lama .. hehe .. nostalgia beb ... lain sungguh cara orang dulu dengan sekarang ni berlakon ... cara pengambaran pun berbeza ... cara baca skrip pun lain .. hahaha .. memang ketara membaca la diaorang ni .. haha .. jangan marah yer peminat search .. hehe .. bab nanyi memang power .. search memang meletup la .. dulu ngan sekarang sama jek .. bestttt ...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...