Wednesday, May 09, 2012

Sinopsis Novel 'Lafazkan Cinta Mu - Aida Adriani'

Novel Lafazkan Cinta Mu ini adalah novel favorite aku ... seronok baca berulang-ulang ... penuh dengan adegan suspen dan mencabar .. hehe .. mencabar tu maksudnya mancabar mental .. bab sedih dia lah yang mencabar tu .. penulis Aida Adriani ni memang pakar dalam mengolah adegan sedih dan tragisnya ... ingat novel Cinta Mu Di Hati .. pun sama penuh dengan adegan yang mencabar mental ... jadi, jom layan sinopsis novel Lafazkan Cinta Mu karya Aida Adriani ni ...

" Ucapkan sekali saja dan akan ku simpan di sepanjang hayat ku "

Sinopsis oleh : aznanie

Kisah silam yang amat memeritkan itu terjadi di luar mahunya. Kerana kejadian hitam di mana dirinya di fitnah oleh bakal mertuanya sendiri, Tuan Darus. Tuan Darus orang kaya di Kampung Bukit Tinggi, tidak menyukainya tetapi disebabkan Zamri beria-ia mahu memperisterikannya, Tuan Darus terpaksa menurut kemahuan anak lelaki kesayangannya itu.

Bila Zamri di tangkap kerana menagih dadah, Tuan Darus menyalahkan Erina dengan alasan Erina lah yang bertanggungjawab di atas penangkapan Zamri. Ini kerana Erina tidak mahu berkahwin dengan Zamri. Dia mahu melanjutkan pelajaran ke Universiti. Tuan Darus menfitnah Erina dengan mengupah orang untuk memalukan Erina dengan mengatakan dia melakukan perbuatan terkutuk dengan lelaki. Erina yang tidak dapat menerima fitnah itu telah mengikut Mak Long Zainab ke Kuala Lumpur. Dan disebabkan fitnah itu jugaklah ibu Erina, Mak Cu Senah jatuh sakit lalu meninggal dunia. Tak lama kemudian Mak Long Zainab pun pergi menemui ilahi. Tinggal lah Erina meneruskan kehidupan sebatang kara.

Haikal tidak menduga adanya wajah yang seiras arwah adiknya, Hana Munirah. Pertama kali bertentang mata dengan Erina, bagai bermimpi. Adakah kemunculan Erina sebagai ganti adiknya tapi hatinya bagai di usik bila bersama gadis itu. Haikal buntu dengan perasaannya sedangkan dirinya diasak dengan rasa setia pada gadis yang lama bertahta di hati.

Kepulangan Julie tidak mengembirakan dirinya. Sikap Julie yang bersahaja membuatkan dirinya terpana. 5 tahun berjauhan tanpa sebarang berita tentulah menghantar rasa kekok bila bertemu semula. Keluarga mulai mendesak semoga hubungan mereka dimeterai dengan ikatan pertunangan setelah sekian lama diikat dengan janji. Haikal mulai sangsi dengan kesetian Julie kerana kecurangan Julie jelas di depan mata namun kerana tidak mahu mengecewakan kedua belah keluarga, dia bersetuju untuk bertunang walau jauh di sudut hati hanya Erina di hatinya.

Berita pertuanangan Haikal di sambut pilu oleh Erina kerana tanpa sedar dirinya jatuh kasih pada lelaki itu. Ucapan rindu dan sayang yang sering diucapkan Haikal menghantar rasa aneh dalam dirinya. Perasaan selesa bila bersama Haikal lebih dari rasa seorang adik kepada abangnya walaupun Haikal menganggapnya seperti penganti adiknya.

Kesungguhan Razwan untuk memiliki cintanya membuatkan Erina tidak sampai hati untuk menolak. Akhirnya dia menerima lamaran Razwan walau tiada segelumit cinta untuk lelaki itu. Dan tanpa diduga pertunangan Haikal dan Julie terputus. Alasan Julie sudah tiada persefahaman antara mereka namun tidak dinyatakan yang dirinya sudah ada penganti Haikal. Dan Haikal yang tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan hanya mendiamkan diri tanpa mempertahankan dirinya bila semua kesalahan di tuding padanya.

Perkahwinan Erina dan Razwan tidaklah seindah yang di fikirkan. Razwan pandai bersandiwara. Di khalayak ramai mereka bagai pasangan yang bahagia namun hakikatnya tidak begitu. Razwan tidak pernah menyentuhnya. Itu yang menghairankan Erina. Namun tidak diceritakan kemelut rumahtangganya kepada sesiapa. Dia harus menjaga maruah suaminya. Dia mulai belajar menyayangi Razwan.

Namun, kasih yang baru berputik itu hancur lebur apabila sikap Razwan yang semakin meliar apabila dia dibuang kerja dan mulai bercampur dengan kawan-kawan lamanya. Dan bertapa hancurnya perasaan Erina bila mendapat tahu yang suaminya seorang pengedar dadah sekali gus menagih benda haram itu. Dan lebih menyakitkan hatinya rupanya Razwan adalah seorang homoseksual. Dia melakukan perbuatan sumbang itu di rumahnya, di atas katilnya dan di depan mata Erina sendiri. Bila mendapati perbuatannya diketahui Erina, Razwan bertindak membelasah Erina hingga cedera parah.

Haikal bertindak melaporkan kegiatan Razwan kepada pihak polis dan tanpa diduga rupanya Razwan memang menjadi perhatian polis selama ini. Bila Erina dimasukkan ke hospital, Razwan terus melarikan diri. Mungkin menyembunyikan dirinya dari pihak polis. Erina dipindahkan ke hospital Kuala Lumpur. Trauma masih menghantuinya. Erina dijaga sepenuhnya oleh keluarga Haikal.

Ketidakselesaan Erina berada di rumah itu di luahkan pada ibu Haikal, Hajah Dahlia. Tetapi mereka sepakat tidak mahu Erina berpindah kerana bimbangkan keselamatan Erina. Selagi Razwan dan koncu-koncunya belum di tangkap selagi itu dirinya masih dalam bahaya. Mahu tak mahu Erina terpaksa akur dengan keadaan itu.

Kedatangan ibu Razwan membuat Erina resah gelisah namun kemesraan Puan Mazni mematikan rasa itu. Ibu mertuanya itu terharu melihat penderitaan Erina dan meminta Erina memaafkan Razwan. Berita yang dibawa ibu mertuanya cukup menyentap hatinya. Razwan membawa penyakit HIV. Mujurlah Razwan masih ada kewarasan tidak mahu Erina terkena penyakit yang dibawanya. Erina bersyukur dengan tindakan Razwan yang masih berperikemanusian itu. Juga di sampaikan surat talak Razwan kepadanya. Erina tidak tahu kenapa hatinya bagai ditusuk sembilu apabila menatap surat itu. Terkenang segala pahit manis hidup bersama Razwan. Tidak dinafikan yang Razwan pernah menyayanginya dulu dan segala kebaikan Razwan tidak pernah dilupainya.

Hari berlalu, perasaan Haikal makin mengebu terhadap Erina. Dia pasti dirinya tidak bertepuk sebelah tangan. Erina juga berperasaan begitu terhadapnya namun masing-masing bagai enggan melafazkan kata-kata keramat itu. Yang terzahir hanya tingkah laku dan kemesraan mereka. Namun kemesraan mereka dapat di hidu mata tua ibu dan bapa Haikal. Sepakat mereka bercadang menjodohkan mereka berdua. Pada mulanya, Erina bagai menolak tapi dirinya tidak mahu kehilangan lelaki itu. Maka di tepis rasa egonya dan berharap perkahwinan kali keduanya ini dapat memberikan sinar kepadanya.

Ternyata pilihannya kali ini tidak tersasar. Haikal adalah seorang lelaki yang amat penyayang dan prihatin terhadap dirinya. Dirinya dilimpahi kasih sayang lelaki itu. Erina bersyukur sesunguhnya ada bahagia setelah derita melanda hidupnya. Tamat ...

Penulis : Aida Adriani
Terbitan : Alaf 21
Point : 5/5

* Best sangat .. sampai tersedu-sedan membacanya .. haha .. mood sedih lepas baca novel ni .. sabo jek la ... tapi happy ending .. juga ending yang dah dijangka ... memang dah agak Erina mesti kahwin dengan Haikal punyalah .. sebab hero mesti kahwin dengan heroin .. walaupun heroin dan kahwin dengan second hero .. akhirnya mesti kahwin juga dengan hero ... gituuuuuu ... haha ... nak lagi best kena baca novelnya sendiri .. yang aku tulis ni cuma intipati dia jek ... isi penting la kata orang kan .. so .. enjoyyy ...

1 comments:

Unknown said...

novel ni dah hilang. entah sape pinjam xingat. huhu. memang novel ni best. malah saya terpikat dengan nama Erina dlm novel ni la. nama Erina tu comel. penderitaan yg dia tanggung betul2 sadis. huhu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...