Tuesday, May 15, 2012

Resepi Telur Masak 3 Rasa

First time cuba try wat lauk ni ... biasa cuma masak ikan 3 rasa jek  ... disebabkan ari ni malas nak gi beli ikan .. yang ada cuma telur .. semalam dah wat telur masak kicap ... terfikir pulak nak masak 3 rasa ... buleh cuba ubah suai resepi ... mungkin sedap ... dah setelah di makan ternyata sedap sangat ... sebab kuah dia memang ikut resepi 3 rasa cuma tukar ikan jadi telur saja .. jadi, jom layan resepi telur masak 3 rasa aku ni ...


Telur Masak 3 Rasa

Bahan-bahan :
  • 3 biji telur
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 5 biji cili api - di potong kecik
  • 2 ulas bawang putih - di ketuk
  • 1/2 inci halia - di hiris halus
  • 1/2 biji tomato buah - dipotong dadu
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1/2 sudu besar sos tomato
  • Garam, gula dan ajinomoto secukup rasa
  • Bancuhan tepung jagung - utk memekatkan kuah
Cara Membuat :
  • Goreng telur. Stail mata lembu dan ketepikan dahulu
  • Tumis cili api, halia dan bawang putih hingga naik bau
  • Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili
  • Kacau hingga sebati
  • Masukkan bawang merah dan buah tomato
  • Kacaukan lagi
  • Tambahkan air untuk buat kuah sedikit
  • Masukkan garam, ajinomoto dan gula secukupnya
  • Kacau sebati
  •  Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga kuah mula memekat
  • Angkat dan tuangkan di atas telur goreng mata tadi.
  • Dah siap ...

3 comments:

Nur Hidayah Idris said...

sudu besar tu sudu mana?

gaban said...

Aku dah wt apa yg disuruh menjadi ooo..best leh jadi tukang masak hr2,jwapnya bini aku x payah mskla

Anonymous said...

Sudu besar tu sudu mkn org dewasa tu la.
Sudu teh tu sudu kecil yg org selalu guna utk bancuh air dlm cawan...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...