Monday, May 14, 2012

Sinopsis Novel 'Kabus Kasih - Eka Fahara'

Hari ni nak buat sinopsis novel lagi .. baca setengah ari jek dah abis 1 novel ... sebab novel ni tak tebal .. nipis aje ... dan jalan cerita yang biasa-biasa aje .. tak berapa nak sedih sangat walau ada babak yang sedih diselitkan di dalamnya .. sedih biasa-biasa jek .. belum mampu membuat emosi ku tidak terkawal ... haha .. jadi, jom layan sinopsis novel Kabus Kasih karya Eka Fahara ni ...

" Ku intai bayang mu dalam mimpi ku ... Untuk bertemu aku kelu! "

Sinopsis oleh : aznanie

Hardina mencintai Zafril sepenuh hatinya. Hanya Zafril di hatinya. Namun tindakan Zafril yang menduakannya amat mengecewakannya. Sukar menerima kenyataan yang dirinya dicurangi dalam sekelip mata. Punah impian yang dibina bersama Zafril. Hardina melangkah meninggalkan segala kenangan silam yang indah bersama kelukaan hatinya.

Hasif menghulur salam kasihnya dalam keadaan hati Hardina luka parah. Berjanji untuk mengubati luka di hatinya namun terlupa yang dirinya milik wanita lain. Mira, isteri yang dinikahinya secara terpaksa demi menunaikan wasiat ayahnya yang telah tiada.

Kekesalan melanda Zafril setelah di tinggalkan Hardina. Baru kini disedari hatinya tidak dapat melupakan Hardina. Hanya Hardina di hatinya. Kecurangan yang dilakukan bukanlah atas dasar cinta tetapi hanya untuk kesoronokan saja. Kini dia sedar bertapa pentingnya gadis bernama Hardina dalam hidupnya. Dia mahu kembali ke sisi gadis itu tapi sedar akan kepayahan yang bakal dilaluinya. Dia pasrah. Apa  sekali pun dia nekad akan memburu cinta Hardina sekali lagi.

Hardina mulai menaruh rasa curiga pada Hasif. Tahu yang Hasif amat menyintainya tetapi dia dapat merasakan ada sesuatu yang disembunyikan Hasif dari pengetahuannya. Akhirnya terbongkar segala kebenaran. Hardina bagai tidak percaya yang Hasif adalah suami orang. Walaubagaimana bentuk perkahwinannya itu bukan pokok persoalannya yang nyata Hasif adalah kepunyaan orang lain. Dia tidak mahu menjadi perampas. Cukuplah. Perhubungan ini harus dihentikan.

Akhirnya Hardina menerima kembali Zafril setelah melihat kesungguhan dan keikhlsan Zafril untuk meraih kasihnya. Zafril mengahwini Hardina tanpa pengetahuan Hasif. Tidak mahu mengusutkan keadaan. Tapi kebenaran tidak dapat disimpan selamanya. Hasif tahu jua akhirnya. Hatinya remuk redam bila mengetahui gadis yang amat disayanginya telah menjadi kepunyaan orang lain. Tapi dia pasrah dan redha dengan ketentuan tuhan.

Hardina bersyukur di temukan kembali bersama Zafril. Banyak halangan dan dugaan yang terpaksa ditempuhinya untuk sampai ke tahap itu. Zafril merupakan kekasih pertama dan terakhirnya. Hardina bahagia kini dan semoga dengan kelahiran cahayamata mereka akan mengeratkan lagi kasih sayang mereka hingga  ke akhirnya. Tamat ...

Penulis : Eka Fahara
Terbitan : Alaf 21
Point : 4/5

* Jalan cerita yang simple dan ringan ... kisah percintaan gadis yang bernama Hardina yang terputus di tengah jalan .. kemudian bertemu jejaka lain .. bercinta dengan jejaka itu .. kemudian kembali pada cinta pertama bila jejaka kedua yang dicintai itu merupakan suami orang ... kemudian bahagia dengan cinta pertama dia setelah mendirikan rumahtangga ... itu intipati novel ni ... nak lebih best kena baca sendiri novelnya ... kepuasan lebih terasa .. hehe ...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...