Novel ni adalah novel airmata ... apa tidak nya .. terlalu sedih jalan ceritanya .. percintaan yang penuh dengan dugaan dan rintangan .. walau dapat bersama ke jinjang pelamin ... sekali lagi berpisah kerana ketentuan ilahi .. heronya pergi untuk selamanya .. pergi menyahut panggilan ilahi ... sedih sangat .. jadi, jom layan sinopsis novel Tangisan Bulan Madu ni ...
" Mereka berjerih ke pelamin, di sana mereka terpisah "
Sinopsis oleh : aznanie
Amira tidak pernah meminta begitu. Gelaran penggangur yang dipegangnya amat menjerut perasaannya. Segulung ijazah belum dapat menjamin masa depannya. Sudah jenuh di perah keringatnya mencari pekerjaan yang setaraf dengan pendidikannya, namun hampa. Percintaannya kecundang di tengah jalan setelah kekasih hati beralih arah.
Lalu tanpa segan silu, Amira memohon pekerjaan di sebuah butik milik Puan Marina, seorang wanita yang mementingkan status dan kedudukan. Sifat sombong dan bongkak sudah sebati dalam jiwanya. Nasib menyebelahinya apabila Amira diterima bekerja di butik itu.
Di situlah juga Amira bertemu Bogatt. Huluran kasih Bogatt tidak di sambut oleh Amira memandangkan Bogatt anak orang kaya. Sedangkan dirinya hanyalah orang kebanyakkan yang tiada harta benda. Amira sedar siapa dirinya. Lagipun Amira tidak mahu dianggap musuh oleh majikannya sendiri, Puan Marina.
Kesungguhan Bogatt menawan hatinya akhirnya melunturkan kekerasan hatinya. Cair akibat panahan cinta Bogatt. Tentangan Puan Marina sudah dijangka. Puas Amira di cerca dan di maki oleh Puan Marina. Namun, kekuatan cinta Bogatt mengatasi segalanya.
Akhirnya, mereka disatukan. Namun, tak siapa menduga begini akhirnya. Bogatt pensan sejurus majlis akad nikah dijalankan. Tempoh bulan madu mereka hanya tiga bulan. Sepanjang tempoh itu Bogatt tidak menyentuh Amira kerana dia mahukan Amira meneruskan impian bulan madunya bersama lelaki lain. Walaupun Amira menginginkan Bogatt meninggalkan sesuatu untuknya sebagai lambang cinta mereka. Di depan Bogatt, Amira bersumpah dia tak akan mencari penganti Bogatt. Dia mahu bertemu Bogatt di alam sana.
Pemergian Bogatt satu tamparan hebat buat Amira. Tak sanggup dia meneruskan kehidupan di situ lagi. Dia membawa diri ke Utara untuk meneruskan kehidupannya. Puan Marina sudah berubah sikap apabila Bogatt, anak lelaki kesayangannya meninggalkannya. Di tambah dengan kehadiran Badariah sebagai madunya. Dia pasrah dengan ketentuan takdir. Tamat ...
Penulis : Samsiah Mohd Nor
Point : 5/5
* Sukeee novel ni ... novel Tangisan Bulan Madu ni dah sampai keluaran ke 4 ... aku termissss satu novel nya .. Tangisan Bulan madu ke 2 .. yang lain semua ada ... jenuh mencari .. tak jumpa jugak ... nak buat cam mana kannn .. hehe ... haaaa ... ada drama tv kan tangisan bulan madu ni .. watak Amira dipegang oleh Rita Rudaini ... watak Bogatt dipegang oleh Ezany .. tak pernah tengok sebenarnya .. hehe ... tapi mesti best kannnn ...
1 comments:
Saya nak beli novel ni...boleh dapat di mana ye..tq
Post a Comment