Sunday, May 20, 2012

Resepi Kim Chi (Jeruk Pedas)

Kim Chi adalah sejenis  makanan yang popular di Korea .. ia sesuai di makan bersama ramen (mee segera) atau makan bersama bubur nasi atau di buat lauk nasi putih ... rasanya yang masin-masin dan masam itu membangkitkan selera ... disebabkan ia di perap bersama serbuk cili maka ia ada rasa pedas ... jadi gabungan masin, masam dan pedas membuatkan rasa kim chi ni begitu unik dan lain dari yang lain ... ada bermacam-macam jenis kim chi yang aku jumpa di internet ni ... kim chi timun, kim chi lobak, kim chi sengkuang cina dan banyak lagi lah ... tapi aku lebih tertarik dengan kim chi kobis putih (kobis panjang) ... nampak menarik dan sedap ... setelah di cuba dengan mengikut arahan di internet .. alhamdulilah .. menjadi jugak kim chi kobis putih aku ni (sebenarnya tak tau jadi ke tak, sebab tak pernah rasa kim chi .. janji sedap menjadi la tu .. hehe) ...  jadi, jom layan resepi kim chi kobis putih ni ...

Kim Chi (Jeruk Pedas)


Bahan-bahan yang di perlukan :
  •  Kobis putih atau kobis panjang - 1 biji
  •  1 biji buah pear - potong dadu
  • 1 labu bawang besar - dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih - dihiris 
  • 1 inci halia - hiris 
  • 5 sudu sos ikan 
  • 10 sudu serbuk cili (terpulang nak pedas ke tidak)
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  •  2 batang daun bawang - potong kecil
 Cara-cara membuat Kim Chi :

  •  Potong di tengah-tengah kobis (bahagi dua)
  •  Dah potong sedikit bahagian hujung, kopakkan kobis putih dengan menggunakan tangan 
  •  Bila dah terbelah dua, belah lagi menjadi 4 bahagian menggunakan kaedah yang sama
  •  Beginilah hasilnya, kobis menjadi 4 bahagian ...
  •  Basuh kobis terutama bahagian dalaman kobis
  •  Potong kobis, kira-kira 1 ruas jari ibu (terpulang pada citarasa samada nak besar atau kecil)
  •  Beginilah rupa kobis putih yang telah siap dipotong ...
  •  Letakkan air dalam besen yang berisi kobis putih yang telah siap dipotong tadi
  • Masukkan garam ke dalamnya
  • Anggaran garam tidak menentu (mengikut tahap kemasinan yang munasabah)
  • Gaul garam tadi sehingga serata dengan kobis putih 
  • Biarkan kobis yang telah direndam dengan garam tadi selama 4-5 jam 
  •  Blend semua bahan kecuali daun bawang 
  • Blend hingga kesemua bahan hancur lumat
  •  Setelah bahan blend siap, masukkan dalam mangkuk
  • Masukkan daun bawang yang telah di potong ke dalam mangkuk tadi
  • Kacau serata
  •  Sos kim chi telah siap
  • Kobis tadi di tapis dan di masukkan dalam besen sederhana besar (senang untuk proses mengaul)
  •  Letakan sos kim chi ke dalam kobis putih tadi
  • Gaul sehingga semua bahagian kobis putih terkena dengan sos kim chi
  • Rasa kan kim chi (buleh tambah apa yang perlu, samada kurang garam atau gula atau serbuk perasa)
  •  Setelah di gaul rata dan telah sempurna rasanya, letakkan kim chi di dalam balang atau bekas kedap udara
  • Buleh la di simpan di dalam peti ais selama seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan

1 comments:

Yatie Abdullah said...

kimchi nie boleh tahan berape lame

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...