Thursday, May 24, 2012

Resepi Telur Bistik

Sekarang ni asik masak telur jek ... macam-macam resepi telur dan buat ... telur masak kicap, sambal tumis telur, kari telur, telur masak 3 rasa, telur gulung .. semua produk telur .. dan ari ni nak buat satu lagi resepi menggunakan telur ... iaitu telur bistik ... aku paling suka makan telur bistik ... kalau gi kedai makan memang telur bistik ni la yang menjadi menu pilihan ... kedai makan tomyam jek ada buat telur bistik ni .. kalau gi kedai makan biasa tak de la telur bistik ... biasanya makan telur bistik bersama tomyam dan nasi putih panas-panas ... wahhhh .. memang best .. disebabkan kekerapan makan di kedai tu kureng .. jadi, aku buat keputusan untuk masak sendiri jek telur bistik kesukaan aku ni ... lagipun bukan aku sorang yang suka makan lauk telur bistik ni .. anak-anak dan en.suami pun suka jugak ... buat sendiri buleh makan sepuas hati ... nak bertambah berpinggan-pinggan pun buleh ... hahaha ... jadi, jom layan resepi telur bistik cara aku ni ...

Telur Bistik 

 https://l.facebook.com/l.php?u=https%3A%2F%2Fyoutu.be%2FHExOHRjZlZ8%3Ffbclid%3DIwAR1Jh1frBuffkQNicPwmoNTNTE_4511PUObVPfCvH3XVXV_4Wv6ZcsWm2uM&h=AT3ToBqV-_O_GIYkQ_wE4ZKLAqQTZewk5EPwX9gPWWwXrXV1P1LgNu8EVS0uWhiMxK_zqkR_oXpWrRUr1SgO6DVNWj0C4GlPzol_VjE9SofI9mELC3TvieNUXw8LvuUgsD86mbwxAKTMdBriWRI6YC0pD7gDIfrijvz-yWQNeDK1w04Ikdqqwvt6QJZT8UxsdfPXfQkFSnBqoou48lW-T5w0-XjxZqdmcyMwhChuXfM0xA5KqdjxTiGkrRZ8eXfsuX0FCH2-j-7D3cRVIDzajQoMedcsMIxl5CfgHd4M3-iX1F8GR6dG03xZuGigfE0QWqVhAQf5bZknPU2Asg9JYuviDXR4meDgbQh-vhmmaOtneOUcR71aArdgImRQFkogs3UBsdcqdRlBflagR-X4FIsqLaZ3doZ0HEB04t5RCB0tuJWpEzJkDUtSEKaWKG_Bc81yFv6TxpggWghyi9-lI9LmeS_jtilrzirXNMpwSSIf2lkgO0cZELgiP5VurkIuhKreKLh36EpzN2I1dvdhftapvwZwNeaaDCYr2xop_3-OqtIpLxLX-j8AtXbkFPFiG9CvrE0sFi9R8xklKR7n6W0L4s4HxfPWgHe5PgJY6HpR7Sxe2mb8SOGow9CXLEvLnac
Bahan-bahan:
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar daging yang telah di potong kecil (terpulang nak banyak daging letak banyak)
  • 1/2 biji bawang merah - potong dadu
  • 1 ulas bawang putih - diketuk
  • 4 biji lada cili padi - di potong kecil (terpulang pada citarasa, nak pedas tambah lagi ladanya)
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh sos ikan
  • 1/2 sudu besar sos cili 
  •  1/2 sudu besar sos tomato
  • 1/2 biji buah tomato - potong dadu
  • Garam, gula dan ajinomoto secukup rasa
Cara membuat :
  •  Pecahkan telur dalam mangkuk
  • Masukkan daging dalam mangkuk yang berisi telur tadi
  • Masukkan juga garam dan kacau sehingga sebati 
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali
  • Goreng telur yang telah di campurkan daging tadi
  • Goreng telur seperti telur dadar
  • Apabila masak, angkat dan ketepikan
  • Panaskan minyak dalam kuali
  • Tumiskan bawang merah, bawang putih dan lada cili padi
  • Bila dah garing, masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan sos ikan
  • Masukkan jugak garam, gula dan ajinomoto
  • Kacau sebati
  • Tambahkan air (sebanyak yang diperlukan sahaja)
  • Biarkan seketika sehingga kuah pekat
  • Masukkan buah tomato
  • Kacau seketika 
  • Angkat dan curahkan kuah pada telur yang digoreng dadar tadi
  • Dah pun siap ..

7 comments:

wananiewana said...

mohon curik resipi hehe..nak cuba buat lah..sbb sy pon suka makan telur bistik ni

wananiewana said...

mohon curik resipi hehe..nak cuba buat lah..sbb sy pon suka makan telur bistik ni

tentang aku said...

salam wananiewana ...

ya .. silakan di curik resepinya ... hehe .. selamat mencuba ... klu nak letak dalam blog saudari .. plzzz linkkan blog akak yer ... just kredit kepada entry asal .. hehe .. thanks sudi singgah n bagi komen ...

juwita annysa said...

wah mcm sedap je..nk share resepi nie ye...(^_^)

Mariam angullia said...

erm nak tanya..sama x dengan masak masam manis atau sweet sour

Unknown said...

senag giler

Unknown said...

keje sekolah psl nihh

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...