Friday, May 25, 2012

Resepi Pulut Panggang

Mak suka betul buat pulut panggang ... pantang dia nampak  beras pulut .. sibuk la dia buat pulut panggang .. inti serunding kelapa la .. kalau ada ikan baru dia buat serunding ikan ... yang gemar pulut panggang inti ikan ni aku ler ... mak tak berapa suka .. bau ikan dia tak suka .. jadi, kalau aku nak pulut panggang inti ikan kena lah order ngan kak long aku bila dia balik kampung kat Sedili ... kat situ banyak jual produk berasaskan ikan .. lagi satu makanan favorite aku ketupat daun palas .. kak long aku mesti beli ketupat daun palas untuk aku kalau dia balik kampung .. dah paham sangat adik dia yang sorang ni .. hehe .. ari ni nak buat resepi pulut panggang .. dua-dua resepi sekali ... inti serunding kelapa ngan inti serunding ikan .. jadi, jom layan resepi pulut panggang aku ni ...

 Pulut Panggang ...

Bahan-Bahan Untuk Pulut :
  • Beras pulut 
  • Santan kelapa
  • Garam secukupnya
  • Daun pandan
Cara Membuat Pulut :
  • Cuci beras pulut dan toskan (dengan menggunakan air suam)
  • Letak beras pulut dalam loyang
  • Masukkan santan dalam loyang itu
  • Masukkan garam dan daun pandan
  • Kacau sehingga larut garam dalam beras pulut yang bersantan itu
  • Kemudian masukkan dalam pengukus yang telah di didihkan airnya
  • Tutup penutup pengukus dan kukus hingga masak pulutnya
Bahan-Bahan Untuk Serunding Kelapa :
  •  Kelapa parut
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Serai - diracik halus
  • Halia 
  • Cili kering - direbus
  • Udang kering - direndam
  • Jintan manis
  • Jintan putih
  • Garam, gula dan ajinomoto secukup rasa
  • Bancuhan air asam jawa
  • Serbuk kunyit - sedikit 
Cara Membuat Serunding Kelapa :
  • Blend bawang merah, bawang putih, serai, halia, udang kering, jintan manis, jintan putih dan cili kering yang telah direbus
  • Tumis bahan yang diblend tadi hingga naik bau
  • Masukkan kepala parut, serbuk kunyit, garam, gula, ajinomoto dan bancuhan air asam jawa
  • Kacau hingga serunding menjadi kering dan ringan
  • Angkat dan biarkan sejuk dahulu sebelum di letak pada pulut 
Bahan-Bahan Untuk Serunding Ikan :
  • Ikan - direbus, buang tulang
  • Lada kering - direbus 
  • Halia
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Serai - racik halus
  • Garam, gula dan ajinomoto
  • Asam keping
Cara Membuat Serunding Ikan :
  • Blend lada kering, halia, serai, asam keping, isi ikan, bawang merah dan bawang putih sehingga hancur
  •  Tuangkan bahan yang diblend tadi ke dalam kuali
  • Masukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa
  • Masak dengan menggunakan api sederhana
  • Kacau hingga serunding masak dan kering
  • Angkat dan sejukkan sebelum di letak pada pulut panggang
Bahan-Bahan Untuk Pulut Panggang :
  • Pulut - yang telah dikukus / dimasak
  • Inti serunding ikan/ serunding kelapa
  • Daun pisang - dipotong 4 segi panjang dan dilayur
  • Marjerin atau minyak masak
  • Lidi atau stapler
 Cara Membuat Pulut Panggang :
  •  Daun pisang yang telah dipotong dan dilayur di letakkan di atas meja
  • Sapukan marjerin atau minyak masak di atas permukaan daun pisang itu
  • Ambil 2 sudu besar pulut 
  • Ratakan di atas daun pisang tadi
  • Ambil 1 atau 2 sudu makan serunding kelapa / serunding ikan 
  • Letakkan di tengah-tengah pulut tadi
  • Tutup inti pulut panggang dengan temukan kedua-dua hujung pulut supaya ia tertutup
  • Gulungkan daun pisang dengan rapat 
  • Sematkan hujung daun pisang dengan lidi atau staplerkan
  • Letak pulut panggang di atas kuali leper 
  • Bakar dengan api sederhana
  • Balik-balikkan supaya pulut panggang dapat dimasak dengan sekata
  • Dah pun siap ...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...