Wednesday, May 16, 2012

Resepi Telur Gulung (Gaeran Mari)

Hari ni mencuba masakan korea yang diberi nama Gaeran Mari (telur gulung atau egg roll) ... kami memang peminat cite-cite korea .. suke tengok makanan diorang .. cam best jek .. jadi hari ni berpeluang mencuba .. sedap jugak ... Gaeran Mari ni sesuai dimakan begitu sahaja atau dijadikan lauk sampingan... jom layan resepi telur gulung yang aku dapat dari internet ....

Telur Gulung (Egg Roll)


Bahan-bahan :
  • 4 biji telur
  • 1/2 biji lobak merah
  • 2 helai daun bawang
  • Garam dan serbuk perasa (terpulang pada citarasa anda)
Cara Membuat :
  • Pecahkan telur dalam mangkuk
  •  Kacau telur hingga kuning telur sebati dengan putih telur
  •  Cincang lobak merah dan daun bawang hingga lumat (terpulang pada citarasa nak lumat macam mana)
  •  Masukkan lobak dan daun bawang yang telah dicincang tadi ke dalam mangkuk yang berisi telur
  • Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa
  • Kacau sebati semua bahan
  •  Beginilah rupa bancuhan telur setelah di kacau tadi
  •  Panaskan sedikit minyak di dalam kuali non-stick
  •  Bila minyak sudah panas, masukkan bancuhan telur tadi ke dalam kuali
  • Biarkan hingga bahagian bawah telur masak
  • Hendaklah menggunakan api yang kecil sahaja
  •  Setelah bahagian bawah telur masak, gulung sedikit bahagian tepi untuk tapak gulungan
  •  Teruskan menggulung telur sehingga selesai
  • Pastikan bahagian atas telur belum kering supaya dapat melekatkan gulungan telur
  •  Biarkan telur yang telah siap digulung di dalam kuali kira-kira seminit supaya bahagian dalam telur masak
  •  Potong mengikut lebar satu jari ibu
  •  Dah pun siap telur gulung (egg roll) .. yummyyy ...

6 comments:

rennylesa said...

saya suka penerangan bergambar...especially macam sy yang baru terkial-kial belajar memasak.. TQ

fiffy pink said...

nmpak sgt sedap..terima kasih sbb share..bleh sy cuba resepi ni?

Anonymous said...

wah, terima kasih kerana memberi penerangan yg sangat details. senang aje rupanyer. hehehe boleh la balik ni saye buat :) terima kasih tuan tanah :)

Anonymous said...

cara masak mcm simple jer tp mesti sedap...
penerangan yg details... TQ

Anonymous said...

Terima kasih untuk rsepi trsebut..sye first time ingin mencuba..harap2 jadi :')

farah Hanim Evans said...

Thanks , ia menjadi

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...