Thursday, May 03, 2012

Sinopsis Novel 'Sayang Tak Terucap - Norhayati Berahim'

Dah lama tak ulang baca novel ni ... ari ni baru berkesempatan ... terus lah letak sinopsis kat sini ... jadi, jom layan sinopsis novel Sayang Tak Terucap hasil karya Norhayati Berahim ...

" Walau ada benci mengapa sesaat kau pergi rasa rindu datang lagi? "

Sinopsis oleh : aznanie

Delilah membesar tanpa kasih sayang dari seorang ayah. Ayahnya meninggalkan ibunya sewaktu dia di dalam kandungan ibunya. Dunianya hanya ada ibu, nenek dan datuk. Walau datuknya tidak dapat melihat namun keperibadiannya cukup mulia. Kasih sayang yang dilimpahkan pada Delilah tidak berbelah bagi. Delilah bersyukur kerana mendapat kasih sayang itu.

Sejauh mana pun Tan Sri Aminudin pergi, dia tak mungkin dapat terlepas dari bertemu kembali dengan keluarga yang ditinggalkannya. Pertemuan dengan Delilah amat dinantinya. Namun berat untuknya memberitahu Delilah siapa dia yang sebenarnya.

Perhubungan rapat antara Afnan dengan Delilah membenihkan cinta di hati masing-masing. Namun tiada sebarang lafaz yang terucap. Mungkin jarak usia antara mereka yang membataskan segalanya.

Setelah mengetahui yang Tan Sri Aminudin adalah ayah kandungnya, Delilah cuba menolak kehadiran lelaki itu dalam hiudpnya. Dia masih marah dan dendam pada lelaki yang bergelar ayah itu. Marah kerana ayahnya meninggalkan dia dan ibunya terkontang-kanting meneruskan kehidupan. Keperitan dan kesusahan yang dilalui tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Pernah menjadi penjaja di tepi jalan dengan menjual air dan goreng pisang. Dan di situ jua lah dia bertemu dengan Afnan buat pertama kalinya. Bukan senang dirinya melupakan kisah silam yang pahit dan penuh derita.

Namun, sejauh mana dendam mahu di junjung. Akhirnya Delilah memaafkan dan menerima Tan Sri Aminudin dalam hidupnya walau rintangan dari adik beradik tirinya cukup hebat. Semuanya terpaksa di hadapi dengan berani. Mujur ada Afnan yang sentiasa di sisi. Yang memberi sokongan dan kekuatan di saat Delilah memerlukan bantuan.

Dan kerana itulah Afnan melamar Delilah. Bukan kerana itu sahaja, cinta dan kasih sayangnya hanya untuk Delilah. Dan Delilah amat bersyukur akhirnya lelaki yang dicintainya menjadi suaminya. Bahagia menyulam kasih hingga ke akhirnya. Tamat ...

Penulis : Norhayati Berahim
Terbitan : Alaf 21
Point : 4/5

* Novel ni mengajar kita erti ketabahan ... pahit tak akan semestinya akan berterusan pahit .. manis pasti muncul di akhiran ... sabar dalam menghadapi apa jua kesulitan hidup ... mengerti sengsara orang lain, akan membuatkan sengsara kita berkurangan ... cewahhh ... berbahasa falsafah pulak .. eleh .. tu semua kata-kata dalam novel ni la .. kalau nak tau lebih lanjut kena lah baca sendiri novel Sayang Tak Terucap ni .. gerenti puas hati ...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...