Monday, May 07, 2012

Sinopsis Novel 'Cintamu Di Hati - Aida Adriani'

Mood membaca masih ada lagi ..baca dan terus membaca .. sampai jemu .. haha ... ari ni nak buat sinopsis novel yang mengundang airmata .. penuh dengan adegan sedih dan penderitaan ... baru nak bahagia derita semula .. hmm .. mood sedih tapi happy ending ... ending yang memang dijangka .. hehe .. jadi, jom layan sinopsis novel Cintamu Di Hati karya Aida Adriani ni ...

 " Ku bawa cintamu walau ke mana meskipun ia bukan milik ku "
Sinopsis oleh : aznanie

Bertahun menyemai cinta bersama Zulfy akhirnya terpisah jua. Zulfy pergi tanpa khabar berita. Bertahun Seri Adriani nanar menahan rasa. Setelah hati mulai terubat, Zulfy muncul kembali. Menagih kasih yang kian kabur. Namun, semua itu bukan halangan untuk mereka menyambung kembali percintaan yang terhenti di tengah jalan.

Setelah kasih kembali memekar, dugaan datang menguji. Tentangan dari papa Seri Adriani dan mummy Zulfy yang tidak mengizinkan mereka bersama.

Papa Seri Adriani sudah punya pilihan untuknya. Dr.Azlan yang merupakan seorang anak kenalan lamanya. Keperibadian Dr.Azlan sedikit sebanyak mengusik hati wanitanya. Namun cinta yang terpahat kukuh untuk Zulfy bukan boleh di luntur dengan sekelip mata.

Namun jodoh tak siapa dapat menduga. Kerana marahkan Zulfy yang terlalu percayakan fitnah mummynya, Seri Adriani menerima lamaran Dr.Azlan. Perkahwinan mereka terjadi bukan kerana Seri Adriani menyintai lelaki itu tetapi kerana kecewa dengan perlakuan Zulfy yang terus membuangnya tanpa usul periksa.

Menjadi isteri kepada lelaki yang tidak dicintai bukanlah mudah. Namun, kelahiran cahayamata bagai melahirkan rasa cintanya pada lelaki yang bergelar suami itu. Benarlah kata orang anak menguat kasih sayang suami isteri. Keperihatinan dan kasih sayang suaminya membuat Seri Adriani jatuh kasih kepadanya.

Pertemuan kembali dengan Zulfy tidak disangkanya. Dia masih tak tahu kepada ada debaran bila bertemu lelaki itu. Di bumi Venice yang penuh dengan suasana romantik membuatkan dirinya terbuai dengan kehadiran lelaki itu di sisinya namun dia masih sedar siapa dirinya. Masih sedar dirinya isteri kepada lelaki yang amat mencintai dirinya juga seorang ibu.

Sekembalinya ke tanahair mengundang seribu resah. Dirinya tak keruan tatkala memberitahu Azlan tentang pertemuannya dengan Zulfy. Ternyata telahannya benar bila Azlan mulai mempersoalkan kesetiaan. Dan kerana perasaan cemburu Azlan juga mereka kembali lagi ke bumi Venice ini. Azlan meminta supaya Zulfy memulangkan semula cintanya kepada Seri Adriani. Seri Adriani yang bengang dengan cara Azlan itu terus mempersoalkan tindakannya itu. Dan untuk meredakan perasaan Azlan, Zulfy memperkenalkan teman wanitanya, Marissa. Mereka bakal berkahwin tidak lama lagi.

Kasih mereka mulai memekar kembali. Hati di bungai bahagia. Di tambah dengan berita kehamilan kedua Seri Adriani. Namun semua itu hanya seketika. Kemunculan semua Zulfy di antara mereka membuat rumahtangga mereka bergoyah kembali. Puas dijelaskan tentang perasaannya pada Zulfy sudah tiada namun semua itu bagai angin lalu. Azlan tetap dengan cemburunya. Di tambah dengan kejadian Seri Adriani keguguran. Azlan menganggap yang Seri Adriani sengaja membuatkan mereka kehilangan anak mereka. Sakitnya hati tidak terperi dengan tuduhan itu. Pada Zulfy dia meluah perasaan. Hanya Zulfy yang sudi mendengar luahan hatinya. Namun, pertemuan mereka disalah ertikan oleh Azlan. Akhirnya, Azlan menghukumnya dengan perpisahan.

Seri Adriani membawa diri. Dengan alasan untuk menyambung pelajarannya, dia melangkah ke England. Membawa hati yang lara bersama benih Azlan di dalam rahimnya. Tidak diberitahu sesiapa tentang kehamilannya kecuali kawan baiknya, Aisyah. Kelahiran Aiman menguatkan semangatnya. Namun ada segaris rindu untuk lelaki bernama Azlan di hatinya.

4 tahun  sudah berlalu. Dia kini bergelar Doktor Seri Adriani. Sudah tiba masanya dia kembali ke tanahair. Pulang untuk bertemu orang yang amat dirinduinya. Namun, semuanya tidak lah semudah yang disangka. Aiman yang beranggapan Zulfy adalah ayahnya mengusutkan lagi keadaan. Pertemuan dengan Azlan semasa Aiman dimasukkan ke hospital amat di nantinya. Tapi kehadiran Zulfy disisi tidak memungkinkan rancangannya untuk memberitahu Azlan siapa Aiman padanya terbantut.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Akhirnya, segala kebenaran terungkai jua. Rupa-rupanya, Aisyah bukanlah kawan baik yang disangkanya. Segala yang berlaku adalah rancangan Aisyah. Dia cemburu dan iri hati pada Seri Adriani kerana wanita itu sering memdapat perhatian dan kasih sayang. Dia cemburu melihat Seri Adriani mempunyai kekasih yang setia dan suami yang menyayanginya. Dia mahu Seri Adriani menderita. Dia sengaja membuat fitnah yang kononnya Seri Adriani masih ada hubungan dengan Zulfy. Azlan yang dibakar api cemburu terus mempercayai kata-kata Aisyah dan terjadi lah perpisahan antara mereka.

Seri Adriani tidak mempercayai kebenaran itu. Dia tidak menyangka yang Aisyah tergamak melakukan perkara itu padanya. Namun, hatinya lembut jua bila Aisyah datang merayu-rayu meminta keampunan dan kemaafan darinya. Dan seperti tidak mempercayai jua yang Aisyah dan Zulfy bakal melangsungkan perkahwinan mereka. Hatinya dilanda kesedihan kerana Azlan masih belum dapat menerima dirinya.

Bila Azlan melamar dirinya buat kali kedua. Seri Adriani bersyukur. Ternyata cinta mereka masih kukuh. Sudah terpadam nama Zulfy di hatinya. Diganti cintanya pada Azlan. Hanya Azlan di hatinya. Bersatulah kini dua jiwa yang saling menyintai. Mereka menyulam bahagia hingga ke akhirnya. Tamat ...

Penulis : Aida Adriani
Terbitan : Alaf 21 
Point : 5/5

* Best novel ni .. penuh dengan penderitaan .. baru nak bahagia .. dah derita semula .. sebenarnya permasalahannya kecik jek .. cuma tak terluah apa yang terbuku di hati .. sebab tu jadi panjang lebar .. kalau tak yah rahsia-rahsia kan sedang cite .. berbincang lebih elok dari melarikan diri dari masalah .. gituuuu .. hehe .. emo pulak aku ni .. ok lah .. kalau nak lebih best baca novel nya .. yang aku tulis kat sini cuma intipatinya aje .. yang penting-penting jek aku amik .. don't worry ... berbaloi-baloi membaca novel ni ... buleh cuci mata yang kering .. hehe

2 comments:

yaya said...

hye, nk tanya di mana blh sy dptkan novel ini? awk nk jual tak novel ini?

Unknown said...

Salam, saya ingin menjual novel ini preloved. Sesiapa yang berminat boleh email saya syaz_mie85@yahoo.com.my. Terima kasih. :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...