Sunday, January 13, 2013

Sinopsis Cerekarama 'Sayangku Damia'

Malam sabtu memang tengok tv .. tengok tv3 ... layan cerekarama ler ... cerekarama yang bertajuk Sayangku Damia ... best jugak citenya .. lakonan mantap dari Kamal Adli dan Haney Suraya ... pelakon pembantu pun tak kurang hebat ... lakonan Roy Azman memang sesuai sebagai seorang ayah yang nampak baik tapi sebenarnya lebih zalim dari binatang ... kisah tentang seorang gadis yang bernama Damia ... mengidap sejenis penyakit mental yang dipanggil Skizofrenia ... sejenis penyakit mental yang diakibatkan oleh tekanan perasaan yang dialami oleh seseorang yang telah melalui suatu pengalaman yang menyakitkan atau menakutkan dalam hidup mereka .... Damia hidup tidak terurus ... orang kampung menganggapnya gila atau tidak siuman ... Damia tidak dibenarkan bersekolah dan mempunyai kawan .. ayahnya mengongkong hidupnya ... disebabkan penyakitnya itu .. dia sering merasakan ibunya masih ada walaupun sebenarnya ibunya telah tiada ... haaaa ... best tak intro ... jom la layan sinopsis cerekarama Sayang ku Damia ni ...



Sinopsis oleh : aznanie

Damia seoranng gadis yang kesepian. Dia tidak bersekolah dan mempunyai kawan. Kerana ayahnya tidak membenarkan dirinya bersekolah dan berkawan dengan budak-budak lain di kampung itu. Damia menghidap sejenis penyakit mental yang dipanggil skizofrenia. Damia suka pergi ke sebuah pondok buruk dan memberi burung makan. Dia bernyanyi dan berbual dengan burung-burung yang makan makanan yang dia berikan itu.

Pertemuan dengan Halim menakutkan Damia. Puas Halim memujuk Damia supaya berbicara dengannya. Ternyata Damia tidak sukakan orang asing mendekatinya. Halim mahu berkawan dengan Damia. Halim tahu Damia bukan gila atau tidak siuman seperti yang diperkatakan oleh orang kampung. Dia mempunyai pengetahuan tentang penyakit mental kerana dia belajar dalam jurusan itu dan mentelah pulak ibunya seorang pakar sakit jiwa di hospital. Halim tidak jemu-jemu mencuba untuk mendekati Damia. Akhirnya Damia bersetuju untuk berkawan dengan Halim walaupun sikapnya sukar dijangka oleh Halim.

Ayah Damia iaitu Pak Akub menghalang Damia bergaul dengan orang kampung. Bukan sahaja Damia, malah dirinya juga tidak mahu bergaul dengan penduduk kampung. Baginya orang kampung hanya berpura-pura mengambil berat akan hal keluarganya dan menyebarkan berita tentang keluarganya kepada orang lain.

Di kampung itu, ada seorang pemuda yang bernama Saleh. Dia adalah anak kepada pekedai runcit di kampung itu. Dia begitu simpati melihat keadaan Damia. Justeru itu dia membiarkan Damia mengambil apa-apa yang dimahukannya. Dia tahu yang Damia hanya mengambil beras untuk diberikan kepada burung-burung makan. Saleh merasakan yang ada suatu rahsia yang terjadi di rumah Damia. Pernah dia ternampak kesan lebam di belakang badan Damia. Dia syak Pak Akub memukul Damia. Saleh pernah mengendap di rumah Damia dan ternampak Damia di belasah oleh Pak Akub dan Damia di kurung dalam bilik oleh Pak Akub. Saleh menyuruh Zah, iaitu anak saudaranya membuka pintu bilik Damia dan membebaskan Damia. Namun tindakan Saleh itu di hidu oleh Pak Akub. Saleh di sergah oleh Pak Akub. Mujur Saleh dapat melepaskan diri dari Pak Akub. Saleh memberitahu hal itu kepada ayahnya. Dan mereka sepakat untuk membantu Damia.

Damia yang dapat melepaskan diri dari kurungan ayahnya telah berjumpa dengan Halim. Halim membawa Damia pulang ke rumahnya. Dia menyuruh Damia membersihkan dirinya. Halim mahu Damia tinggal di rumah datuknya kerana dia mahu merawat Damia. Halim meminta izin Pak Akub yang kebetulan datang ke rumah Halim untuk membawa Damia pulang. Tetapi nasib baik Pak Akub membenarkan Halim merawat Damia dan membenarkan Damia tinggal di situ. Halim terdengar suara orang berbual di dalam bilik Damia. Dia melihat Damia seperti sedang berbual dengan seseorang. Tahulah Halim yang Damia sedang berilusi dengan bayangan ibunya.

Damia terdengar suara ibunya yang menyuruhnya pulang ke rumah. Ibunya mahu dia menjaga ayahnya. Damia meminta Halim menghantarnya pulang. Dia bimbangkan ayahnya yang keseorangan di rumah. Halim memujuk Damia supaya tinggal di situ sehingga Damia pulih sepenuhnya.

Tanpa pengetahuan Halim, Damia keluar dari rumah datuknya itu. Halim yang menyedari akan kehilangan Damia bergegas mencarinya. Dia menuju ke rumah Damia dan memanggil Damia. Tiba-tiba kepalanya di hentak dengan benda keras. Halim pengsan di situ.

Apabila Halim sedar, dia mendapati dirinya sudah diikat di kerusi. Terjadi pertengkaran mulut di antaranya dengan Pak Akub. Pak Akub membelasah Halim yang tidak mampu melawan itu. Apabila Pak Akub mahu membunuh Halim, muncul Damia membantunya. Damia menolak Pak Akub sehingga kepalanya terhantuk ke batu. Sedang Damia dan Halim leka membuka ikatan tali yang mengikat Halim, Pak Akub telah menghilangkan diri.

Sewaktu Halim dan Damia mahu melarikan diri dari situ. Pak Akub muncul dan membelasah Halim. Damia yang mahu membantu juga turut di belasah oleh Pak Akub. Tiba-tiba Damia teringat kata-kata Halim yang menyuruhnya berdoa apabila dilanda ketakutan dan kelemahan kerana dengan berdoa kepada ALLAH, kita akan memperolehi kekuatan dan semangat. Damia memandang Pak Akub dan dengan kekuatan yang dia ada, Damia menolak Pak Akub sehingga Pak Akub tersandar di kaca cermin tingkap rumahnya. Kepala Pak Akub terkena serpihan kaca tingkap yang pecah. Damia tidak peduli. Dia terus-terusan menghentak kepala Pak Akub ke dinding. Dia menjerit-jerit pada Pak Akub. Di situ lah terbongkar rahsia yang Pak Akub bukan sahaja mendera dan memukul Damia, Pak Akub juga turut merogol Damia. Ibunya cuba menghalang tindakan Pak Akub itu tetapi ibunya telah dibunuh oleh Pak Akub. Mayatnya di tanam di belakang rumah mereka. Halim yang melihat kejadian itu terus menghalang Damia dari terus melakukan perbuatannya itu. Dia melihat Pak Akub sudah terkulai di situ.

Akhirnya, Damia di masukkan ke dalam wad sakit mental dan mayat ibunya selamat dikebumikan di tanah perkuburan di kampung itu. Pak Akub meninggal dunia akibat dari kejadian itu. Tamat ...

 Heroin cerekarama Sayang ku Damia ... Haney Suraya sebagai Damia

Hero cerekarama Sayang ku Damia ... Kamal Adli sebagai Halim 

Para pelakon :
Haney Suraya  sebagai Damia
Kamal Adli sebagai Halim
Roy Azman sebagai Pak Akub
Putri Mardiana sebagai Salmah (ibu Damia)

Lagu Latar:
Catatan Ku - Melly Goslow Feat Baim
Kasih Tak Sampai - Padi
Sirna - Atira
Dejavu - Shila Amzah


* Best jalan citenya .... banyak pengajarannya ... tapi diawal cerita dah boleh agak yang Damia tu kena pukul dan dirogol dengan ayah dia ... sebab tak tahan dengan tekanan perasaan yang dialami, Damia jadi macam tu ... tapi kelaka pulak tengok si Halim tu ... bersungguh-sungguh nak tolong Damia ... sebenarnya dia nak mempraktikkan ilmu yang dia belajar tu ... teori yang dirasakan berkesan dari rawatan yang diberikan oleh mak dia kat hospital ... gituuu ... tapi ending pun boleh jangka juga ... macam ada persamaan dengan kebanyakkan cite yang jalan ceritanya begini ... betul ker????? ke aku yang perasan macam tu ea ... hehe .. apa pun cerekarama sayang ku Damia ni boleh layan ler ... hehe ....

2 comments:

kak ina kl said...

akak tenguk gak cerekarama ni..oklah nak buang masa waktu malam

aznanie said...

salam kak ina kl ...

best jugak kan jalan cite nya walaupun sedikit hambar ... tapi banyak pengajarannya jugak .. kannn ... apa pun terhibur jugak lah .. hehe ...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...