Sunday, May 28, 2006

Mee Segera Goreng Punya!!!

Walaupun tahu mee segera itu satu makanan yang tidak elok untuk tubuh badan, tapi makanan inilah yang paling digemari keluarga ku. Time malas nak memasak, time tak de selera nak makan nasi atau pun time malas nak gi kedai beli lauk. Lagi-lagi time gaji lum masuk .....

Ada orang kata yang bahaya hanya lah serbuknya tetapi mengikut kajian, meenya pun ada mengandungi sejenis lilin yang hanya akan hilang selama 2 hari dari tubuh kita. Jadi, pakar kesihatan tidak mengalakkan memakan mee segera ini selama 3 hari berturut-turut.

Mengikut kajiannya, lilin ini akan berkumpul dalam tubuh kita dan seterusnya akan men jadi barah.

Tapi, tadi aku baru sahaja bedal sebungkus mee segera yang goreng punya. Nama saja mee goreng tapi tak goreng pun. Gaul-gaul dengan perencah dia dah siap. Senang tul.

Aku bagi gak lah cara nak buatnya. Ikut arahan yang tertera pada kulit bungkusan mee segera itu lah.


Mee Goreng Indo Mie
- Rendam mee dalam air yang sedang mendidih selama 3 minit.
- Keluarkan mee dan tuskan.
- Keluarkan perencah dan sos-sos mee dan letakkan dalam pinggan.
- Gaulkan mee dengan perencah dan siap dihidangkan.



2 comments:

BPS said...

hmm siap MI SEGERA, siap ada bunga lagi.... pelik la, kalau takleh makan, kenapa kerajaan tak haram kan?

tentang aku said...

samalah macam rokok kot ... merbahaya pada kesihatan tapi kerajaan tak haramkan pun

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...