Sinopsis oleh : aznanie
Johanna adalah seorang isteri yang baik, setia dan menghormati suaminya. Namun, jodoh mereka tidak panjang apabila suaminya menceraikan dirinya selepas dia mengetahui bahawa suaminya telah berkahwin lain.
Dia tidak menyangka bahawa nasibnya sama dengan uminya. Uminya juga diceraikan ayahnya kerana berkahwin lain. Namun, Johanna rela berkorban. Biarlah dirawat hati yang luka, biarlah dilalui hari-hari yang mendatang tanpa suami di sisi. Dan Johanna bersyukur anaknya, Aiman menerima dan memahami perasaannya.
Setelah melalui hidup berkeseorangan, Johanna dipertemukan dengan Graham. Graham merupakan jirannya. Graham adalah seorang lelaki yang tidak percaya kewujudan agama dan Tuhan. Tetapi bagi Johanna, Graham adalah lelaki yang istimewa, lelaki yang selalu mengerti dan cepat memahami. Dia merasakan jiwanya yang kosong kembali terisi. Seperti terasa luka di hati telah terubati.
Namun, ketika bunga-bunga cinta mulai mekar dihati, Dihrran, bekas suaminya yang dulu pernah membuangnya datang kembali menagih hati, menagih simpati.
Hatinya nekad, apa yang berlaku, biarlah berlalu. Namun, Johanna sedar Dihrran perlu di ajar untuk lebih menghargai dan menghormati. Dia bukan wanita yang mudah dibuang dan ambil kembali.
Segala perancangannya berjalan lancar. Namun, tanpa disedarinya Graham mendapat tahu dan membawa diri ke Indonesia. Johanna kalut. Lantas, pergi mencari Graham. Dan ternyata mereka memang ditakdirkan untuk bersama. Johanna bertemu kembali Grahamnya di Masjid Darul Falah.
Bersama nekad, Graham telah menikahi Johanna di Masjid tersebut tanpa pengetahuan Aiman dan seluruh keluarganya.
Sekembalinya dari Bandung, Aiman mendapat tahu yang ibunya telah menikah dengan Graham. Dan dia mula merasa tersinggung dan berkecil hati kerana tidak dapat menyaksikan pernikahan ibunya. Namun, setelah di pujuk Graham, akhirnya Aiman mengerti dan merestui perkahwinan ibunya dengan Graham.
Johanna mengerti sekarang akan kata-kata ibunya. "Luka tidak akan luka di tempat yang sama ... begitu juga luka di hati. Selagi parutnya masih ada, ia tidak akan terluka lagi buat kali keduanya." Dan dia bersyukur dengan kebahagiannya kini.
Komen aku mengenai novel ni:
Pada aku novel ni okey lah. Boleh dijadikan koleksi untuk di baca berulang-ulang kali. Aku kagum gak dengan watak Johanna tu. Tenang aje masa didatangi bekas suami dia. Boleh layan baik lagi tu walaupun dalam hati meluat giler. Lagi satu watak Graham tu, macam mat cool je. Walaupun di gambarkan sebagai lelaki yang simple, tapi nampak loving jerrr.
Penilaian : 3/5
1 comments:
Suatu realiti kehidupan dan harus dimanfaatkan dengan sebaik mungkin,Inshaa'Allah
Post a Comment